idea dagangan DESTINI
DESTINI diperhatikanSecara teknikalnya, DESTINI tidak kelihatan baik kerana Purata Pergerakan 20 Hari merosot ke bawah dan tindakan harganya berada di bawah garis purata pergerakan. Pergerakan penurunan harga baru-baru ini telah membawa kita ke tahap teknikal yang penting dari 0.215. Kegagalan mendapatkan sokongan pada tahap ini dapat menonjolkan pergerakan penurunan harga. Analisis penunjuk pada RSI tidak menunjukkan keadaan yang melampau. Berhati-hatilah untuk tahap 30% dan 70% yang menunjukkan setiap keadaan jual dan beli berlebihan.
DESTINI 4 Januari – Cubaan Pecahkan Garisan Downtrend?> Saham DESTINI tutup pada harga 0.280.
> Berdasarkan pada carta harian, harga membuat candle hammer dan berjaya bertahan di atas paras sokongan 0.255.
> MACD menunggu masa untuk bersilang menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> RSI berada di atas paras 50 menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga telah bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 0.280, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 0.310.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
DESTINI SEDANG MENGUMPUL KEKUATAN?DESTINI sedang berada di paras support 0.265-0.270 iaitu paras resistance become support (RBS).
- Jika support 0.260-0.265 tidak pecah kemungkinan akan meneruskan kenaikan setelah melakukan sedikit pullback.
- Harga kini berada di atas SMA50 dengan stochastic berada di area oversold.
- Pattern inverted head and shoulder boleh dilihat dari chart menunjukkan bullish patern
- Rintangan seterusnya berada di aras 0.325-0.335
- Adakah DESTINI mampu untuk meneruskan kenaikan dari paras 0.265 setelah berkali-kali cubaan untuk memecahkan support tidak berjaya.
* Ini adalah kajian semata-mata dan sebarang transaksi jual beli adalah atas tanggungan risiko sendiri. TAYOR
DESTINI - menuju ke resistance seterusnya?TA:
Flag formation dengan ascending triangle
Resistance kuat pada 0.280 (harga tutup hari ini)
Adakah akan berjaya?
Banyak Volume pada kuantum besar masuk pada har ini (1000 lot atau lebih pada satu2 pembelian) - mungkin menunjukkan minat dan accumulation oleh pembeli
Untuk pembelajaran diri sendiri sahaja
DESTINI : mencari destinasi baru?Kaunter berkaitan Minyak & Gas ini antara kaunter murah yang menarik.
apabila tema Minyak & Gas tiba, ramai pedagang akan melihat kaunter murah yang memberi pulangan untung yang tinggi dan berisiko tinggi.
Menariknya, kaunter ini telah melakukan lantunan pada tarikh 25 Nov 2020 pada paras emas Fibo dengan minat belian yang tinggi.
Adakah kaunter ini akan meneruskan kenaikan dan membentuk Higher High?
Jika dilihat berdasarkan indikator Stochastic telah mendongak dari oversold dan MACD hampir bercantum serta kedudukan EMA hampir teratur,
Boleh dipantau pada 26 Nov 2020 untuk melihat pergerakan kaunter ini.
Jika meneruskan pendakian ia akan menuju ke paras siling 0.270 dan seterusnya ke paras siling 0.290-0.300. Lantai terkuat pada 0.225.
#teknikal analisis saham marhaen
#tujuan pendidikan sahaja
Destini Kaunter Minyak yang Trending dan Mur2Musim mandi minyak ni sangat wajar untuk perhatikan kaunter minyak yang mur2 seperti ini.
Volume juga mula membina kuantiti nampaknya.
Mampukah mendaki lagi untuk break DTL?
Mari sama sama kita monitor
Resistance1: 0.270
Resistance2: 0.285
Resistance3: 0.300
Support1: 0.255
Support2: 0.210
Untuk pemerhatian dan pembelajaran sendiri sahaja.
TAYOR
25-Nov-2020: Indi kajian TA (bursa)-Siri 1Assalamulaikum dan selamat sejahtera rakan bokojoz;
Petang ini saya sekadar nak berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya tahu dan cara bagaimana saya melakukan kajian kaunter di Bursa. Jadi setiap kaedah kajian adalah agak berbeza dimana naked chart dan price action tidak berapa berkesan digunakan di BURSA walaupun boleh saja untuk digunakan (Ini pengalaman saya sendiri mungkin sebab saya tak biasa dengan bursa)
Secara umum di bursa saya banyak menggunakan indikator untuk membantu dalam pemilihan kaunter. Ini disebabkan kebanyakan entry dan exit yang dilakukan oleh pedagang bursa adalah berdasarkan kepada indikator. Jadi kita sebenarnya menggunakan indi ni sebab nak tahu dimanakah kebanyakan trader membuat keputusan nak masuk. Jadi beberapa indi yang saya biasa gunakan adalah seperti berikut:
1. Volume
kebiasaanya digunakan untuk melihat minat belian
Time frame digunakan D dan W
pada DTF kita nak lihat minat belian semasa
pada WTF kita nak lihat trend pembelian dan minat keseluruhan terhadap sesuatu kaunter dlm jangka masa panjang.
Jadi kita akan hanya menumpukan pada kaunter yang mempunyai volume sekurang-kurangnya 10k (di DTF)
Direprentasikan dengan warna hijau dan merah, hijau minat belian / merah jualan
2. MA
yang ini merupakan indikator yang digunakan untuk kenalpasti trend
ada beberapa jenis namun kebiasanya SMA dan EMA lebih kerap digunakan.
SMA/EMA 5 & 10 / 6 & 9 (untuk jangka pendek)
SMA/EMA 20 & 50 (digunakan untuk trend jangka panjang)
Biasanya digunakan berpasangan dan isyarat membeli atau menjual dikenalpasti daripada persilangan Golden Cross @ Death Cross
Selagi harga berada di atas MA 20 & 50 kebanyakan trader mengatakan trend adalah dalam keadaan menaik
Rasanya cukup 2 ini dahulu, kita akan sambung dengan siri 2
Semoga bermanafaat