FH_MFFTrader

DESTINI : mencari destinasi baru?

MYX:DESTINI   DESTINI BERHAD
Kaunter berkaitan Minyak & Gas ini antara kaunter murah yang menarik.
apabila tema Minyak & Gas tiba, ramai pedagang akan melihat kaunter murah yang memberi pulangan untung yang tinggi dan berisiko tinggi.
Menariknya, kaunter ini telah melakukan lantunan pada tarikh 25 Nov 2020 pada paras emas Fibo dengan minat belian yang tinggi.
Adakah kaunter ini akan meneruskan kenaikan dan membentuk Higher High?

Jika dilihat berdasarkan indikator Stochastic telah mendongak dari oversold dan MACD hampir bercantum serta kedudukan EMA hampir teratur,
Boleh dipantau pada 26 Nov 2020 untuk melihat pergerakan kaunter ini.

Jika meneruskan pendakian ia akan menuju ke paras siling 0.270 dan seterusnya ke paras siling 0.290-0.300. Lantai terkuat pada 0.225.

#teknikal analisis saham marhaen
#tujuan pendidikan sahaja



Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.