Kenapa saya akan beli 50000 unit DRB-HICOM?Drb-Hicom sebenarnya masih bergerak dalam price channelnya iaitu antara 1.85 ke 1.62. Ini bererti, sekiranya 1.85 pecah, kita akan lihat Drb untuk bergerak ke 1.90, bahkan 2. Sebaliknya jika 1.62 pecah ke bawah, DRB hicom akan bergerak ke 1.550. Kalau saya nak katakan bahawa kawasan 1.62-1.65 sekarang adalah base yang kuat-- tidak juga kerana MACD menunjukkan pergerakan yang sangat bearish. Cuma suka untuk saya ingatkan bahawa MACD menunjukkan momentum bullish divergence yang menandakan bahawa akan berlakunya pengumpulan dalam zon harga sekarang. Ini dapat disahkan apabila DRB memecah garisan EMA dalam masa terdekat.
Oleh itu, saya telah menetapkan rancangan trading saya untuk masuk pada 1.67 atau paling kurang 1.65. Saya akan jual rugi bila 1.62 pecah iaitu pada harga 1.59 kerana ia bakal menguji sokongan 1.55 sebelum rebound. Saya pula akan ambil untung pada 1.85, sekiranya okay saya akan pegang sehingga 1.90.
Itu adalah trading plan saya, bagaimana dengan anda?
idea dagangan DRBHCOM
DRB: Stochastic mahu memulakan persilangan.Hari ini saya masih mencari kaunter yang sudah pun "terlebih jual" tetapi sudah mula menunjukkan tanda untuk cross di antara garisan K% dan D%. DRB sebagai contoh. Garisan stochastic sudah mula menunjukkan persilangan dan anda boleh mengikuti kaunter DRB in
DRB - HICOMHarga saham secara keseluruhan masih berada diatas garisan arah aliran menaik yang tercipta sejak Mei 2016. Walaubagaimana pun, pada 10/1/19, harga telah sampai ke paras rintangan. untuk melakukan posisi membeli jangka pendek, harga perlu memecahkan paras rintangan dengan volum yang kuat. Jika tidak, harga akan kembali menguji garisan arah aliran menaik Mei 16.
Potensi- DRBHCOMJika dapat bertahan di atas aras harga RM 1.72, DRBHCOM akan meneruskan lantunan dan menuju ke aras-aras harga berikut :
Aras Rintangan :
1. RM 1.76
2. RM 1.80
3. RM 1.85
4. RM 1.90
Aras Sokongan : RM 1.66
Penafian : Perkongsian ini HANYA bagi tujuan pendidikan semata-mata. BUKAN saranan dagangan saham. Sila dapatkan pandangan remisier/dealer anda bagi dagangan saham.
3 Isyarat Kelemahan Yang Mesti Ingat Untuk Mengelakkan KerugianMenggunakan carta Inari, dan mengambil contoh seperti DRB dan Supermax, kita boleh mengenalpasti pergerakan Smart Money.
Gunakan 3 isyarat ini untuk memberi anda kelebihan untuk berdagang di pasaran saham.
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
DRB-Hicom akan melantun DRB-Hicom mempunyai potensi untuk lantunan sementara. Kalau kita lihat di Fibo Fan, DRB-Hicom telah berkali-kali cuba membuatkan lantunan yang menyamai dengan reversal. Tetapi gagal.
Rintangan penting untuk lantunan adalah 1.76, diikuti dengan rintangan perubahan sentimen (reversal) di 1.92.
DRBHCOM: Apa khabar?Melihat pada carta harian, DRBHCOM berada diarah aliran menurun. Ini disokong oleh harga saham yang membuat siri-siri "Lower High" & didagangkan dibawah 50EMA. Petunjuk teknikal pun berada didalam keadaan negatif.
Jika didagangkan dibawah RM 1.70, harga sokongan berikut di RM 1.61.
Penafian: Hanya untuk analisa teknikal sahaja.
DRBHCOM: Kemungkinan membuat pusingan ke ATASPergerakan harga DRBHCOM untuk seminggu yang lepas menunjukkan kemungkinan harga sedang membuat pusingan, melihat pada MACD, telah berlaku silangan yang positif pada 31 Oktober dan DRBHCOM telah di tutup pada paras RM 1.88, dan sehingga semalam harga di tutup pada paras RM 1.99, kenaikan sebanyak 11sen. pada ketika itu boleh di kata kan ia adalah petunjuk awal belian apabila terjadi silangan yang positif.
Tetapi jika anda menggunakan MA Cross sebagai strategi beli dan jual ada maka, pada ketika ini, anda masih lagi menanti akan silangan MA Cross. silangan Beli MA Cross berkemungkinan terjadi dalam masa terdekat ini jika harga meneruskan momentum nya naik ke atas. Sasaran harga seterusnya adalah pada paras 2.18 dan 2.50
DRBHICOM perlu melepasi rintanganSaham DRB-HICOM perlu melepasi rintangan 2.10 untuk kenaikkan yang lebih stabil, namun dijangkakan saham ini akan sideway terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan, cadangan untuk membeli di area lantai dan menjual di rintangan. Red chips sudah mula masuk dan saham ini boleh dimasukkan di dalam watchlist anda.
DRBHICOM perlu melepasi rintanganSaham DRB-HICOM perlu melepasi rintangan 2.10 untuk kenaikkan yang lebih stabil, namun dijangkakan saham ini akan sideway terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan, cadangan untuk membeli di area lantai dan menjual di rintangan. Red chips sudah mula masuk dan saham ini boleh dimasukkan di dalam watchlist anda.
Analisa Teknikal DRB-HICOMPeluang beli untuk jangka masa pendek. Saham kini berada di aras EMA 200 yang menjadi aras sokongan yang terbaik.
Jangkakan saham berpotensi untuk membuat "retracement" sedikit ke harga 2.20 dan 2.270.
Keseluruhan trend masih lagi menurun, jadi sentiasa bersedia untuk "cutloss" sekiranya harga jatuh ke 2.065.
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab pengarang.
Faiz Ikmal Ismail, MSTA, CFTe.
DRB-HICOM - break ke bawah triangleTidak berapa baik..sekiranya tiada cubaan untuk break ke atas semula kaki triangle, kemungkinan harga akan turun melepasi low terkini atau setidak-tidaknya sideway untuk kumpul semula momentum..kalau jadi sideway, hanya tunggu signal candle (doji, spinning top, hammer atau candle body kecil) untuk entry atas dari signal candle.
boleh juga bersedia rebound entry, jika RSI sudah turun melepasi paras 30 (tunggu candle merah muncul kalau guna indi trendband)..cari entry guna time frame 30 minit..