ahzaadhwa

Kenapa saya akan beli 50000 unit DRB-HICOM?

Panjang
MYX:DRBHCOM   DRB-HICOM BHD
Drb-Hicom sebenarnya masih bergerak dalam price channelnya iaitu antara 1.85 ke 1.62. Ini bererti, sekiranya 1.85 pecah, kita akan lihat Drb untuk bergerak ke 1.90, bahkan 2. Sebaliknya jika 1.62 pecah ke bawah, DRB hicom akan bergerak ke 1.550. Kalau saya nak katakan bahawa kawasan 1.62-1.65 sekarang adalah base yang kuat-- tidak juga kerana MACD menunjukkan pergerakan yang sangat bearish. Cuma suka untuk saya ingatkan bahawa MACD menunjukkan momentum bullish divergence yang menandakan bahawa akan berlakunya pengumpulan dalam zon harga sekarang. Ini dapat disahkan apabila DRB memecah garisan EMA dalam masa terdekat.

Oleh itu, saya telah menetapkan rancangan trading saya untuk masuk pada 1.67 atau paling kurang 1.65. Saya akan jual rugi bila 1.62 pecah iaitu pada harga 1.59 kerana ia bakal menguji sokongan 1.55 sebelum rebound. Saya pula akan ambil untung pada 1.85, sekiranya okay saya akan pegang sehingga 1.90.

Itu adalah trading plan saya, bagaimana dengan anda?


Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.