EFORCE - Pendakian Diteruskan. QR Eforce dah keluar semalam dan boleh dikatakan ok jugak la. Positif. Hari ni open diatas EMA21. Sesuatu yang sangat menarik untuk swing eforce. Jadikan EMA21 sebagai support sebab selalunya pantul diatas EMA21 memang akan terus mendaki sampai mendarat semula ke atas line EMA21. Kalau tak nak swing, boleh jadikan 0.675 sebagai support. Resistance seterusnya di 0.735 dan jika berjaya tembus akan mencari 0.780. Sama-sama kita follow rapat.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
idea dagangan EFORCE
Mengharap Eforce melantun semula dalam masa terdekatPenurunan eforce pada selasa lepas adalah seperti dijangkakan. Diharapkan boleh entry jika ia rebounce di 0.725 atau last 0.720 dengan kenaikan dalam 7% boleh perhati rapat kaunter ni untuk masuk dari bawah/ buat reversal. Elok dia melantun di garisan short uptrend.
Excel Force 25 Julai 2018 | byk platform CDS guna excel force..Salam semua..
.
1. Excel force memang ada dalam watchlist dan selalu saya perhatikan
2. Tak nampak sgt di mana reversal candle sebelum nie, tapi terus jadi bullish candle dan seterusnya membentuk bullish wave.
3. Hari ini terbentuk bullish candle yang lagi kuat bermomentum.
4. Dijangkakan bullish wave akan berterusan, lebih2 lagi baru break strong resistant sebelum itu.
5. VOP dah jadi support yg kuat. .
6. Volum yg masuk hari ini juga amat signifikan.
7. Terdapat kawasan RSI oversold bawah garisan 30% sebelum ini.
8. MACD juga masih menunjukkan momentum yg meningkat menuju zero line.
9. Kesimpulan saya Eforce masih lagi akan meneruskan bullish wave sehingga munculnya reversal signal ke bawah.
.
Selamat berdagang saya ucapkan,
.
DrZul izzi Nordin (DDSUSM).
EFORCE: May the force be with usBerdasarkan daily chart di atas, saya merasakan EFORCE akan meneruskan kenaikan disebabkan 2 indikator utama (SlowStoch & MACD) telah menunjukkan signal BUY.
Kalau kita melihat dari sudut trendline, harganya seakan-akan membuat zig-zag di dalam uptrend channel dan harga terkini seakan-akan rebound dari uptrend support line.
Volume merah yang sedikit berbanding volume hijau mungkin menunjukkan kurang sell-down berlaku.
PENAFIAN : Maklumat yang disampaikan di sini BUKAN "buy call" atau "sell call". Ini hanyalah pendapat peribadi dan untuk tujuan analisis sahaja.