idea dagangan FEPO1!
FCPO berada di landasan yang betul.Ok, untuk FCPO minggu ni, kita dah boleh pakai kontrak FCPO November ya (kod FCPOX2022). Tapi kalau korang still nak pakai kontrak bulan lepas pun still boleh. Asalkan ada volume.
Harga sekarang betul-betul berada di support area (TP2 TFW). Jika support ni pecah, harga akan jatuh ke bawah. Manakala, jika support ni utuh, harga akan mencari TP1 TFW.
Pandangan peribadi saya mengatakan support ni utuh dan harga akan menaik. Ini berdasarkan kalau kita lihat harga dari 2 minggu lepas sehingga ke hari ini, harga telah berjaya bertahan di atas TP2 TFW. Malah, volume minggu lepas yang tingginya 2x ganda volume minggu-minggu sebelumnya pun tak berjaya memecahkan support TP2 TFW. Ini membuatkan saya yakin yang support ni utuh.
Sama-samalah kite saksikan ye.
FCPO closed di bawah midBB. Minggu depan tengok setup long?Saya nak buat sedikit rumusan mengenai teknik pecah midBB ni. Saya perasan, direction pada hari isnin adalah signifikan untuk menentukan halatuju harga FCPO pada keseluruhan minggu tersebut.
Contohnya pada minggu ni, harga FCPO telah cross down midBB pada hari isnin. Disebabkan itu, kita fokus pada setup short saja. Setiap kali price membuat pullback ke atas, kite harus get ready untuk short.
Dan kalau korang perasan, harga FCPO pada hari ni ditutup di bawah midBB. Jadinya, pendapat peribadi saya, saya jangkakan minggu depan kita focus pada position long saja (jikalau pada hari isnin nanti harga cross up midBB lah).
Minggu pertukaran kontrak aktif FCPOOk, untuk FCPO minggu ni, adalah minggu pertukaran kontrak aktif Oktober kepada November. Kalau korang perasan, sekarang saya pakai kontrak FCPO November (kod FCPOX2022).
Biasanya time minggu pertukaran kontrak, seboleh-bolehnya jangan trade ya.
Apapun, kita tandakan dulu level-level penting iaitu:
TP1 TFW: 4819 - 4941
TP2 TFW: 4011 - 4133
TP3 TFW: 3203 - 3325
FCPO berada di resistance1. Resistance R1 pada 4324 dan R2 pada 5065.
2. Support S1 pada 3978 dan S2 pada 3508.
3. Volume bawah daily average.
4. Bollinger Band belum kembang.
5. Stoch berhampiran zon oversold.
6. Candle berhampiran garisan SMA50 (kuning).
7. Candle mungkin akan reverse jika gagal stay atas R1.
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
harga FCPO melonjak naik lalu pergi meninggalkan dakuOk, untuk idea FCPO minggu ni, kalau korang perasan, ada gap yang sangat besar berlaku pada awal minggu itu hari. Saya pernah terbaca, jika gap tersebut sebanyak 100 ticks dan ke atas (disertai dengan volume yang tinggi), ini dinamakan sebagai breakaway gap. Dan gap jenis yang macam ni biasanya berlaku di area kritikal support/resistance (kotak kuning yang saya draw tu adalah TP2 TFW).
Minggu ni harga FCPO dibuka pada 4000 dan ditutup sekitar 4400++ (kenaikan sebanyak 400 ticks bersamaan RM10,000)
Nota: bila kite papertrade, semuanya indah-indah belaka. Tapi bila masuk realtrade, habis MC akaun jadinya.
FCPO! : MENUJU RINTANGAN TERDEKAT, DALAM SALURAN MENAIK TF1HBerdasarkan momentum semasa, ia masih dalam saluran menaik dan akan mencari rintangan terdekat.
Sekiranya ia break resistance 1 ia berpotensi untuk mencapai sasaran jangka panjang iaitu resistance 2.
Unjuran ini hanya untuk minggu 08 july-12 july sahaja.
Keadaan pasaran global masih belum kukuh dan dalam fasa distribution.
6 setup dijumpai untuk FCPO minggu lepas.Ok, untuk idea FCPO ni, saya ade terpikir, "teknik pecah midBB ni takde CL ke?". Jawapannya ada. Cuba korang tengok, Daripada total 6 setup, 2 loss dan 4 win. So win rate dia bukanlah 100% ok.
Cuma of course lah saya baru je belajar teknik ni. Masih perlu fine tune lagi.
So far yang saya tengok, 1st day of the week tu amat penting. Kalau harga FCPO tengah menurun, kita focus short position je. (ini based on pemerhatian saya lah).
Lagi sekali saya nak tekankan, CL level sangatlah penting untuk diletakkan ye. Sebab 1 tick tu dah RM25. Kalau 100 ticks tak ke RM2500? Maka sayangilah capital anda.
FCPO dijangka akan meneruskan kenaikan. Ghisau pulak main jangka-jangka ni. Hahaha...
Ok, untuk FCPO minggu ni, saya jangkakan price akan ke TP1 TFW dahulu sebelum meneruskan pergerakan ke bawah. Ada 2 faktor untuk harga FCPO ni kekalkan momentum kenaikan, iaitu:
1) RSI dah crossed up oversold region dan stay di atas 30 (bermaksud ada momentum di situ)
2) ada gap yang perlu ditutup pada area 5200-5400
Walaubagaimanapun, harus diingat, major trend masih lagi biased ke arah downtrend.
FCPO end of week 30Ok, untuk idea FCPO baru-baru ni, ingatkan sampai TP2 je dia cecah. Rupa-rupanya sampai TP6 ke atas! Mantap teruk ni. Harus diingat ye, kalau kite tak letak CL level, kompom-kompom MC akaun korang ni. Di sinilah pentingnya letak CL level. Sayangilah capital anda.
Pada hari jumaat lepas, terdapat 2 setup yang saya dapat detect untuk kaunter FCPO ni. Pertama, setup pada candle pukul 5.15pm. Candle tersebut cross down midBB. Hasilnya, harga pergi sampai TP2 (dapat dalam 20 ticks, jadilah). Setup kedua pula pada candle pukul 9.15pm. Candle tersebut cross up midBB. Hasilnya, harga pergi sampai TP3! (dalam 200++ ticks!)
FCPO touch TP2 lahOk, untuk FCPO minggu ni, bertepatan dengan jangkaan awal saya 2 hari lepas. Price akan cuba untuk naik semula ke area SBR (Support Become Resistance). Boleh rujuk pada candle 26 Julai pukul 10.30am dan 9pm. Setup yang saya jumpa pada hari ni adalah seperti berikut:
EP = 3775
CL = 3709
TP1 = 3815
TP2 = 3881
Crude Palm OilKalau kita ramalkan harga akan turun, contohnya dari harga RM3712 ke RM3677.
Jadi kita sell pada harga RM3712
Jika harga turun ke RM3677 dan kita nak close position sell tadi, kita perlu buy balik pada harga RM3677.
Maka di sini kita dah profit 35tick bersamaan RM875 (35x25).
Akan tetapi jika harga tiba2 naik ke RM3736 maka kita dalam kerugian sebanyak 25 tick, kita perlu buy balik pada harga RM3736.