idea dagangan FRONTKN
FRONTKN (SHARIAH) REVIEW- 6 hari percubaan untuk harga tutup di atas rintangan dinamik EMA8 kemudian 2 hari berturut-turut mampu tutup di atas EMA8 menunjukkan kenaikan yang positif
- rintangan terhampir MA20, jika ingin meneruskan kenaikan ke atas
- STOCH mendongak ke atas menunjukkan "demand" daripada pembeli
- RSI>50 menunjukkan momentum kenaikan
p/s: sekadar kajian
FRONTKEN 16/2/21FRONTKEN dilihat berada di paras halangan dan masih bertahan.Mempunyai FA yg solid dan cantik.tunggu signal reversal untuk membuat entry.
uptrend.
Chart ini hanyalah kajian dan panduan pembelajaran,saya mohon Tuan/Puan menjaga dan patuhilah Trading plan yang Tuan/Puan telah buat.Bila bercakap tentang TA ia juga tidak lari Kemungkinan.Sentiasa terapkan disebalik harga yang dibeli,ada sebuah perniagaan yang berdiri dibelakangnya.
FRONTKN [S] AKAN CUBA MENCAPAI SASARAN TERDEKATNYA RM 5.53FRONTKN AKAN CUBA MENCAPAI SASARAN RM 5.53
1. Kini berada pada paras all-time high
2. Setelah membentuk pattern flag, sasaran FRONTKN seterusnya adalah RM 5.53
3. Adakah FRONTKN akan berjaya? Sama-sama kita saksikan
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
“Saudaraku, kalian tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan enam perkara: (1) kecerdasan, (2) semangat, (3) bersungguh-sungguh, (4) dana yang mencukupi, (5) guru yang memberi petunjuk, (6) waktu yang lama." - Imam as-Syafie
Penafian: Perkongsian ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja, bukan buy call (kalau ada ralat, mohon betulkan, TQ). Keputusan & risiko pelaburan adalah tanggungjawab masing-masing.
FRONTKN (Shariah) – kaunter yang menarik !!!1. FRONTKN merupakan kaunter teknologi (semikonduktor) yang mempunyai asas fundamental yang kukuh.
2. Ia berjaya breakout rectangle pattern pada 11/01/21 dan membuat kenaikan demi kenaikan yang padu dengan ROI ~ 30%
3. RSI dan MACD masih menunjukkan momentum yang kuat untuk menolak harga kepada yang lebih tinggi.
4. Terkini ia membuat pullback yang sihat dengan volume yang semakin mengurang.
5. Menarik untuk diperhatikan bagi para pedagang yang berminat dengan kaedah “buy on dip” bila reversal signal muncul nanti.
Sama-sama kita kaji dan perhatikan.
Penafian: Perbincangan di sini hanyalah bertujuan untuk pembelajaran dan kajian sahaja. Tiada buy call diberikan. Jika ada ralat mohon betulkan . Jika bermanfaat sila like dan tekan butang SHARE.
“Jika Kamu Bersyukur Pasti Aku (Allah) Akan Menambahkan Nikmat Kepadamu”
FRONTKN [S] MEMBUAT BREAKOUT ATH BERPOTENSI MENUJU RM5.50FRONTKN MEMBUAT BREAKOUT ATH BERPOTENSI MENUJU RM5.50
1. FRONTKN merupakan salah satu syarikat yang terlibat dengan sektor teknologi, subsektor semiconductor.
2. Seperti syarikat-syarikat lain yang membuat kenaikan bergaya pada minggu ini, FRONTKN juga tidak ketinggalan.
3. Hari ini (27 Januari 2021), FRONTKN membuat breakout all-time high (ketinggian tertinggi dalam sejarah)
4. Secara teknikal, FRONTKN mempunyai potensi untuk meneruskan kenaikan sehingga RM 5.50
5. Adakah unjuran ini akan menjadi realiti? Sama-sama kita saksikan.
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
Penafian: Perkongsian ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja, bukan buy call (kalau ada ralat, mohon betulkan, TQ). Keputusan & risiko pelaburan adalah tanggungjawab masing-masing.
FRONTKN [S] 21 Jan 21 : Breakout dan membuat rehat1. FRONTKN cukup cemerlang meneruskan kenaikan setelah breakout dengan volume
2. Kaunter yang sihat setelah naik perlu berehat beberapa hari
3. Ketika ini sedang berehat dan kelihatan terdapat tahap sokongan sekitar 4.48 dan volume semasa pullback juga semakin berkurang
4. Adakah akan hadirnya reversal candle nanti dan disokong dengan volume untuk meneruskan kenaikan akan datang?
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more Allah will give to you"
FRONTKN [S] 24 Dis 20 : Masih sideway1. FRONTKN masih dalam situasi sideway.
2. Sekiranya rintangan 3.580 dapat dipecahkan, boleh dikatakan FRONTKN dalam cubaan melakukan uptrend.
3. Sekiranya gagal, kemungkinan FRONTKN akan bertemu dengan support terdekat iaitu 3.240. Wallahu'alam.
4. Sila masukkan ke dalam watchlist anda.
Sama-sama kita perhatikan.
Diclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk percambahan minda sahaja.
SEKIRANYA IA MEMBANTU ANDA, SILA LIKE DAN SHARE.
"MORE YOU GIFT, MORE YOU GET... INN SHA ALLAH"
Ada Ruang & PeluangMasih ada ruang untuk FRONTKN meneruskan kenaikan sekiranya berjaya memecahkan paras HH sebelumnya iaitu di paras 3.580. Jangkaan ianya akan menuju garisan DTL seperti yang digariskan. Perhatikan apabila berjaya breakout. Entry mestilah menggunakan teknik BOB sekiranya berjaya breakout.
Penulisan sekadar pembelajaran sahaja.
FRONTKN [S] 8 Dis 20 : Dalam situasi downtrend1. FRONTKN dalam situasi downtrend beberapa minggu ini.
2. Bagi seorang trader, harga mungkin naik lagi minggu ini.
3. Berhati-hati dengan SL masing-masing kerana harga berada di dalam kelompok awan.
4. Sila masukkan ke dalam watchlist anda.
Sama-sama kita perhatikan.
Diclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk percambahan minda sahaja.
SEKIRANYA IA MEMBANTU ANDA, SILA LIKE DAN SHARE.
"MORE YOU GIFT, MORE YOU GET... INN SHA ALLAH"
7 Dec 2020: Frontken masih dalam zon konsolidasiPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
Frontken
1. Harga naik secara bentuk V setelah mencapai harga terendah 52 mingguan (RM0.985).
2. Harga berjaya mencapai harga tertinggi 52 mingguan (RM3.95) dalam masa yang singkat.
3. Harga semasa masih di dalam zon konsolidasi RM3.26 – RM3.95, selama 6 bulan.
15 Nov 2020: Frontken dalam konsolidasiPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
Frontken
1. Harga melantun naik secara bentuk V selepas mencapai harga terendah 52 mingguan, RM0.95. Membentuk Kandle Corak Hammer dengan ekor Panjang. Harga dapat disokong oleh EMA jangka Panjang.
2. Harga naik dengan sihat beberapa bulan ini, namum dalam zon konsolidasi RM3.25 ke RM3.95.
3. Harga perlu berada di atas RM3.25 untuk meneruskan kenaikan.
4. MACD mula menuju ke zon bearish dengan bermomentum semakin menaik.
5. RSI di zon oversold, tiada tanda untuk berubah arah lagi.