HEKTAR - Tekanan jualan yang tinggiKajian Kaunter HEKTAR
Kaunter ini mengalami kejatuhan setelah kenaikkan yang bertenaga.
Kejayaan kenaikkan sebelum ini disokong dengan volume yang tinggi dan juga break channel yang menarik.
Namun, kaunter ini tidak berjaya bertahan dan memecahkan dinamik support MA20 dan juga MA50.
Sasaran penurunan selepas ini berkemungkinan ke paras Channel kembali atau di kawasan RBS.
Boleh perhatikan
#BAYOR #TAYOR
idea dagangan HEKTAR
HEKTAR - Berjaya mencapai Paras SasaranKajian Kaunter Hektar
Setelah berjaya memecahkan DTL channel kaunter ini dengan cemerlang berjaya mendaki semula.
Paras Fibo 1.618 berjaya dicapai oleh kaunter ini.
Kenaikkan ini juga kelihatan cemerlang kerana disokong oleh fresh volume yang masuk.
Kaunter ini boleh diambil sebagai salah satu cara reversal (Channel Break) dan contoh sebagai pembelajaran
#BAYOR #TAYOR
HEKTAR @ 01012023Harga Hektar telah mula melantun sedikit dari bawah, kini harga hanya memecahkan struktur pasaran untuk membuat lebih tinggi. Jika harga boleh menembusi kawasan rintangan maka harga mempunyai peluang untuk terus bergerak ke atas, jika tidak akan turun semula.
Secara keseluruhan, arah aliran masih mendatar ke atas dan melebihi EMA 50.
Hektar - Berjaya memecahkan DTL 2017Kajian Kaunter Hektar
Menarik untuk diperhatikan apabila kaunter ini telah berjaya memecahkan DTL sejak 2017.
Kaunter ini harus bertahan dan mungkin akan melakukan pullback yang sihat sebelum meneruskan kenaikkan.
Paras yang harus diperhatikan ada pada harga 70sen
#BAYOR #TAYOR