HLT (Syariah) 4 Mei : Berehat di atas support1. HLT breakout sebelum ini
2. Membuat pullback dan berehat seketika
3. Menunggu reversal
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more you get"
idea dagangan HLT
HLT syarikat gloves masih meneruskan kenaikkanHLT meneruskan kenaikkan selepas berjaya mengatasi rintangan kukuh pada aras 0.285, dengan jumlah purata volum dagangan yang semakin meningkat.
Rintangan seterusnya pada 0.335. Monitor jika harga mampu untuk mengatasi aras tersebut, untuk mengikuti trend seterusnya.
HLT Global Berhad - Berjaya BreakoutHLT Global Berhad dari sektor Industrial product and service telah berjaya membuat breakout pada hari ini 21/4/2020 setelah menutup gap pada 16/4/2020.
Harga telah retrace dan test support pada sebelah pagi manakala berjaya membuat breakout dan menutup gap 18/2/2020 pada sebelah petang untuk mecatatkan harga penutup RM 0.26 (20.93%). Sekiranya momentum kuat untuk meneruskan kenaikan esok hari, maka dia akan mencari TP seterusnya iaitu pada harga RM 0.28 atau turun untuk test support pada RM 0.24 sebelum meneruskan kenaikan untuk memecahkan RM 0.305 iaitu 52W high bagi kaunter ini.
HLT (Syariah) 24 April Sesi Pertama : Breakout1. HLT membuat breakout dengan volume yang padu pada sesi pertama
2. Adakah mampu bertahan hingga ke petang?
3. Ataupun meneruskan kenaikan dengan tutup sebagai candle marubozu panjang?
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more you get"
Apa HLT nak buat?Kita jenguk pada carta 1 jam HLT dengan mengambil sokongan (0.220) dan rintangan (0.270) dari carta mingguan.
Jika menggunakan Bollinger Bands, jelas HLT telah membuat 3 gelombang impulsif sepanjang kenaikannya. Kebiasaannya, ia akan disambung dengan correction 'ataupun' perubahan sifat (seperti kenaikan dengan darjah kecerunan yang lebih tinggi).
Jika lihat dengan lebih teliti, terdapat satu median line untuk HLT iaitu 0.245. Ia juga adalah titik tengah untuk range 0.220 - 0.270.
0.245 ini lah menjadi kunci utamanya.
Sekiranya ia bertahan atas 0.245 dan melantun, maka besar kemungkinan dia akan pecahkan rintangan 0.270 dan memecut ke atas.
Namun sekiranya ia gagal bertahan atas 0.245, bakal menyaksikan correction berlaku, samaada dalam bentuk sideways dahulu ataupun terus pecahkan paras sokongan 0.220 dan menuju ke bawah.