HWGB, paling menarik untuk diperhatikan minggu iniHWGB telah diperdagangkan di atas Purata Pergerakan 20-Hari MA20 and Purata Pergerakan Eksponensial EMA9 yang condong ke atas yang merupakan petanda baik. Dua hari dengan jumlah dagangan yang tinggi berikutan maklumat dalaman (insider information) tentang pemerolehan oleh pengarah dan pemegang saham yang besar. Ini juga diikuti dengan beberapa berita yang dipaparkan dan diterbitkan di Bursa Malaysia tentang perubahan harga ambil-alih (takeover) daripada 0.125 kepada 0.14 dan paling terkini 0.2. Berita tentang HWGB telah dipilih untuk mengedarkan kit diagnostik Covid-19 yang dibangunkan di China di Malaysia dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan akan membantu melonjak harga lebih tinggi.
idea dagangan HWGB
HWGB teknikel BUY1. Hwgb salah satu company yg terlibat dengan industri secara langsung terlibat dengan Convid 19
lihat news
2.Juga terlibat dengan tawaran pembelian saham/Takeover/merge
3.Namun teknikel saya mengatakan ia berada dalam trend yg baik..lihat chart untuk melihat EP,Cl,TP..itu cadangan berdasrkan kajian saya
Ho Wah Genting Sedang Dalam Perjalanan NaikHo Wah Genting Berhad, HWGB mula membuat kenaikan setelah berita pada 4 April 2020 mengenai HWGB mendapat kuasa untuk mengedarkan Covid 19 test kit ke seluruh Malaysia, dan juga HWGB dilantik sebagai agen untuk mengedarkan Covid 19 test ke ke negara Singapura, Indonesia dan Thailand juga selama setahun. Setelah membuat kenaikkan, HWGB telah pun berehat seketika untuk membuka retracement dan pada hari ini membuat pullback disokong oleh volume di aras fibonachi 71.2% pada harga 0.190. Jika berjaya memecahkan aras rintangan terdekat iaitu di atas 0.230, aras target seterusnya adalah di aras fibonachi 1.618 iaitu pada harga 0.335. Jika dilihat pada indicator Bollinger Band, dapat dilihat HWGB sedang membuat pattern surf Bollinger Band. Sangat menarik dan nampak cukup kuat. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Berhati-hati dengan Berita1.Hwgh menunjukkan kenaikan vol sehingga mencapai kenaikan harga sehingga 20% namun pada sesi penutupan ia ditutup pada 8%
2.Ini kemungkinan pembelian disebabkan adanya berita yang terkait dengan pembekalan kit convid 19 bagi syarikat ini.
3.Namun daripada analisa TA menunjukkan pergerakkan saham pada hari ini telah pun mencapai Upper BB sehingga memaksa ia turun semula
4.jadi berhati-hatilah dengan keputusan pembelian berdasarkan news.