INARI - masih lagi menpunyai momentumINARI masih lagi mempunyai momentum untuk mengatasi harga kedua tertinggi untuk tahun ini pada 1.76.
-walaupun berlaku pengambilan untung, namun inari tetap bertahan dan sedikit membentuk sokongan baru pada aras RBS 1.70-1.72.
-Inari masih lagi dalam mode rally selepas BO pada corak triangle dengan cubaan untuk break daripada fasa sideways.
-jika harga terus bertahan pada atas 1.70, rintangan 1.76 pastinya akan di atasi dan destinasi seterusnya pada aras rintangan 1.85.
-dan harga kini masih lagi trending di atas EMA50 dan SMA200.
-juga take note untuk RSI kini sedang menghampiri kawasan overbought.
idea dagangan INARI
INARI: atas paras Sokongan dengan momentum
melihat pada carta saham inari. Harga sedang berada di atas paras sokongan dengan petanda momentum yang kuat dan sedang meningkat pada RSI ditambah lagi dengan trend yang positif pada petunjuk MACD
Untuk masa terdekat ini, jika paras 1.70 pecah ke atas, harga akan cuba menguji seterusnya di paras 1.86
INARI - Gap Up dan BO DTLINARI kini telah mampu untuk memberikan signal pertama untuk break sideways/DT dengan gap up pada downtrendline, juga disokong dengan volum dagangan yang semakin meningkat.
Melalui bentuk carta, INARI juga kini telah membentuk triangle pattern dan harga telah melepasi/BO pada pattern tersebut.
Namun, harga kini masih lagi dalam aras rintangan 1.70. Peluang entri jika harga mampu untuk melepasi rintangan tersebut dengan sokongan volume.
RSI masih lagi dalam keadaan neutral.
inari pada pandangan saya, saya klasifikasikan pergerakan harga inari ini sebagai sideway .
harga banyak didagangkan dalam julat 1.5-1.7
jadi, untuk play safe, try entry masa dia low dalam julat harga ni. kalau kat tengah2 nak masuk pon boleh, tapi kena jaga risk reward ratio anda..
tapi apa yang menarik kini adalah harga dah dekat dengan ma200. jika harga berjaya kekal diatas ma200, ini memberi signal kita boleh simpan kaunter ni untuk jangka masa panjang..
PENAFIAN | DISCLAIMER: Aktiviti pelaburan/dagangan di pasaran saham melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang. Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan di pasaran saham. Peringatan ini hanya sekadar ekspresi perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu saham. Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan keatas dagangan saham adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang.
inaripergerakan harga nampak nya sedang consolidate berdekatan dengan resistance sekitar 1.7
support pada masa ini adalah pada 1.6
jika dilihat pada chart besar, kedudukan harga sekarang seperti hendakmemcah naik ke atas downtrendline.
harga pun dah dekat denga ma200
manakala short time frame sudah uptrend.
jangkaan saya, inari ni boleh pergi lagi. kedudukan harga sekarang pada hemat saya adalah masih dalam collection zone.
semoga berjaya.
INARI 22/06/19 ARAS YANG PERLU DIBERI PERHATIAN1) Harga kaunter INARI pada tarikh 21/06/19 telah berjaya melepasi garisan trend yang terdekat..
2) Kaunter ini juga mempunyai aras yang perlu diberi lebih perhatian iaitu aras yang telah dibulankan
3) Jika harga mampu untuk melepasi aras tersebut dan disokong dengan volume yang kuat maka kaunter
ini akan lebih menarik...
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
21 June 2019: Inari perlu atasi 2 rintangan untuk menaikPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
0166: Inari
1. Harga masih di dalam zon konsolidasi (RM1.47 – RM1.75) sejak Disember 2018.
2. Corak dasar berkembar (Double Bottom) dibemtuk, harga naik dari dasar RM1.25 hingga hari ini RM1.59.
3. Harga akan terus menaik sekiranya dapat mengatasi rintangan 1 (Zon Konsolidasi) dan rintangan 2 DownTrendLine (DTL) sejak Julai 2018.
4. RSI masih di zon neutral.
5. MACD mula menunjuk momentum dan menuju ke zon bullish.
Inari : Double Top? (E01)Inari Amertron Berhad adalah syarikat induk pelaburan berasaskan Malaysia. Melalui operasi anak-anak syarikat, Syarikat mengambil bahagian dalam 3 segmen perniagaan: perkhidmatan perkilangan elektronik (EMS), pengeluar reka bentuk asal (ODM) peralatan ujian dan pengukuran elektronik, serta pegangan pelaburan.
1. Pada carta mingguan, dilihat Inari telah pun membentuk double top dan harga telah jatuh melepasi paras neckline iaitu RM1.78.
2. Jika dilihat dengan teliti, Inari telah melakukan lantunan teknikal pada EMA200 dan gagal utk melepasi paras neckline RM1.78.
3. Sekiranya Inari gagal utk memecahkan rintangan RM1.78 buat kali ke-2, Inari berpotensi utk memasuki fasa penurunan dan mencipta LL terbaru di bawah paras sokongan RM1.23.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Inari Amertron bakal ke RM 0.90Saya menjangkakan Inari Ametron untuk menguji RM 0.90 dalam masa terdekat susulan:
a) Perang dagang yang semakin tegang.
b) Huawei bakal dan sedang dikenakan sekatan oleh syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat.
c) Sasaran harga Apple terus menerus diturunkan oleh bank-bank, dan yang terbaru oleh UBS bank.
d) Kelemahan laporan kewangan suku tahun pertama (Q1) 2019 Inari sendiri, yang kelemahnnya dijangka akan disusuli dengan suku tahun kedua (Q2), ketiga (Q3) dan keempat (Q4) jika keadaan di atas berterusan.
Harga RM 0.90 tidak termasuk dengan 'worst-case-scenario' jika Apple dijadikan sasaran China untuk membalas balik perlaksanaan sekatan oleh US ke atas Huawei.
Inari Jatuh Ditolak TrumpInari Amertron Berhad (INARI) pada permulaan 2019 pergerakan harga Inari sangat menggembirakan apabila berjaya membuat reversal setelah lama kejatuhan 2018. Malang sekali kenaikan tidak bertahan lama apabila sentimen satu dunia tidak memberangsangkan dan banyak memberi kesan negative terhadap market.
Berdasarkan carta INARI, harga terkini berada di sekitar paras support (RM1.37) dan sesuai untuk entry bottom fishing. Dalam situasi ini, terdapat dua kebarangkalian samada harga saham INARI akan rebound pada support (RM1.355) dan meneruskan kenaikan atau harga saham INARI akan pecah support tersebut dan menuju ke paras RM1.22 berdasarkan bacaan fibonacci retracement.
Selain itu, dari segi pandangan 3 tahun terdapat corak double top yang memberi jangkaan harga akan jatuh pada paras RM0.65 bersamaan 59% berdasarkan teori diguna pakai. Lantas itu, jangkaan pergerakan harga lebih menjurus kepada kejatuhan dalam masa yang panjang.
idea Trading Plan (Untuk tujuan pembelajaran sahaja. Untuk pembelian, sila buat kajian lanjut)
Entry: Di paras support
Support: RM1.36
Resistance: RM1.465
Target 1: RM1.465
Target 2: RM1.59
Nota: Trading plan dibuat menggunakan Fibonacci.
-M.H.N.Jimmy@iSaham-
Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham.
Mencari pangsi (pivot point)Majoriti carta menunjukkan aliran harga yang sedang menurun, samada menurun dari harga terendah sebelumnya atau harga terendah minggu lepas atau terendah sebulan lepas.
Sementara nak tunggu signal baru muncul, boleh gunakan penunjuk pangsi (pivot point) yang ada di dalam tradingview untuk mencari aras-aras harga yang dirasakan bakal terjadi lantunan.
Selagi takde signal, tak perlu buat apa2 pun.
[Watchlist] Inari harga diskaun?Inari sedang bermain-main di paras fibo retracement pada paras
50%. Saham ini dijanka akan melakukan penurunan lagi berdasarkan
stocastic indicator. Target harga penurunan seterusnya
adalah pada rm1.465
Mari kita lihat pula pada carta minggu kaunter ini.
Harga pada minggu ini telah melepasi paras fibo 38.20%.
Sekiranya pada minggu ini seluruh candle terbentuk
dibawah paras 38.2%, besar kemungkinan harga akan turun
mencari paras fibo seterusnya. Perhatikan pergerakan harga
kaunter ini.