idea dagangan INARI
[Watchlist] InariInari pun menarik untuk diperhatikan.
Harga terkini sedang berlegar-legar di paras fibo retracement
23.60% iaitu pada harga 1.710 dan hari ini dia berjaya
menutup pada harga 1.730. Adakah inari akan membuat pemantulan
harga? Atau akan melepasi garisan trend line?
Berdasarkan alphaindicator report yang boleh didapati pada bursamarketplace,
saham inari mempunyai rating 5 daripada 10. Dimana markah tertinggi
adalah berdasarkan pada fundamental kaunter ini dan juga momentum
harga saham ini.
Inari ada leader bagi syarikat-syarikat yang mempunyai bisnes
model yang hampir sama dengan inari.
Antara syarikat peer inari adalah
1. vitrox
2. mpi
3. unisem
4. gtronic
5. mi
6. jhm
7. D&O
8. Kesm
9. aemulus
10. vis
Inari terkiniBukan jumaat daaaaa..
Setakat hari ini, INARI tidak berjaya lagi tembus garis tren yang panjang tu dan mula turun sedikit demi sedikit. Dan nampak seakan berhenti sebentar di aras yang dijangkakan.
Pelan dagangan terbaru jika ada kenaikan harga melepasi harga tertinggi hari ini dan kalau masih tiada kenaikan, tunggu sehingga lilin yang lebih padu muncul.
Inari: Pecah momentum kenaikanInari hari ini telah memecahkan RSI ke bawah yang menandakan berakhirnya kekuatan Inari untuk meneruskan kenaikan dalam masa terdekat. Setelah beberapa kali cuba menguji 70, tetapi gagal pecah, Inari kini telah memperbetulkan harganya ke 1.80, tetapi masih di bawah 1.81 yang merupakan sokongan Inari. Inari dijangka akan menguji 1.780 sebelum ke 1.720. Kekalkan pegangan singkat melainkan wujudnya momentum baru.
Terkini INARI bump and run terbalikSetelah 2 bulan berdondang sayang, akhirnya carta INARI hampir ke penghujung corak bump and run terbalik.
Ada beberapa perkara yang kita boleh belajar dari sini. Antaranya
- masa
- sabar
- corak berulang
Umpama dialog cerita pendekar bujang lapok "tak sabar pergi berenang wak"
INARI: sedang cuba uji paras rintangan 1.84
sekali lagi kita akan lihat saham INARI, saham ini telah pun di buat ulasan pada minggu minggu yang lepas. dan kini ia sedang dalam percubaan menguji paras rintangan 1.84 fibonacci, jika paras ini berjaya di lepasi, ia berkemungkinan akan menguji pula paras halangan seterusnya di paras 1.99
INARI breakout yang kuatINARI hari in telah menunjukkan kekuatan breakoutnya yang disertai volume yang padu menyebabkan harga naik melepasi harga tertinggi dalam sebulan. Target swing sehingga harga mencapai 1.900 iaitu pada garisan sma200. Supportkan harga pada harga 1.720 iaitu Resistance Become Support. INARI berpotensi apabila 5G akan diperkenalkan tidak lama lagi.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
inariadalah lebih baik tunggu kat suport pada paras 1.5 jika kaunter ini meneruskan penurunan minggu depan. indikator2 pun menunjukkan ada ruang lagi untuk turun.
jika dia dapat pecah downtrendline kecil kat atas tu, boleh la target 1.7 ke.
kalau untuk trade, setakat tp 1.6 tu senang je dapat.
pastikan ada volum pembelian masuk dahulu untuk lebih selamat
semoga berjaya
INARI: Masih ada strength1) Paras sokongan terendah bagi kaunter ini pada 1.450 dan rintangan seterusnya pada 1.665 dengan risk reward ratio lebih kurang 2:1.
2) Kejatuhan pada minggu lepas adalah kerana pemberian dividen yang berlaku, dan para dividend player melakukan withdrawal/profit taking.
3) Kaunter ini didagangkan di atas MA50, trend jangka panjang berada pada trend kenaikan.
5) Indikator MACD juga berada di atas paras 0 tetapi masih tidak bersilang. Melihat pada pergerakan garisan tersebut, pasti tidak lama lagi bakal bersilang.
6) Indikator Stoch RSI pula telah bersilang dan berada paras 30 menandakan momentum build up dan boleh melakukan kenaikan seterusnya.
7) Kaunter ini masih didagangkan dibawah MA20, para traders boleh tunggu candle melepasi MA20 untuk play safe.
INARI: Lantunan biasaINARI sedang membuat lantunan biasa di dalam kawasan sidewaynya. Disebabkan saya adalah risk-averse trader, saya akan tunggu untuk INARI berdagang di atas MA 20 sebelum membuat keputusan trading. Rintangan penting adalah 1.610 untuk mengesahkan momentum belian.
Tetapi kita boleh anggap ketika ini bahawa 1.480 adalah sokongan terkuat INARI ketika ini.
Tengok dulu aksinya macam mana.
INARI, DARI DOWNTREND KE UPTREND : SEKADAR PENDAPATDARI SEGI FUNDAMENTAL
1) PE : 20 adalah satu strong signal menunjukkan saham adalah baik dan berada dalam julat yang boleh diterima
2) STRONG REVENUE : Peningkatan hampir 200M dalam sales menunjukkan permintaan terhadap barang dagangan syarikat ini adalah baik. Kalau diteliti, setiap tahun berlaku peningkatan di dalam permintaan terhadap produk syarikat ini.
3) KEUNTUNGAN KASAR : Sejajar dengan kenaikan revenue, kalau diperhatikan dari tahun 2016 sehingga 2018, memang menarik di mana keuntungan kasar jugak turut meningkat. SAHAM INI SEWAJARNYA DALAM PERHATIAN TRADER.
DARI SEGI TECHNICAL
1) Saham baru membuat rebounce ke atas dan memecahkan trendline. Kebiasannya, saham akan berehat sebentar dan meneruskan pacuan ke atas selepas membuat sideways dalam beberapa ketika, dengan syarat saham tidak memcahkan trendline di bawah.
SUPPORT AREA : 1.300
TARGET PRICE : 2.040
Dagangan kita, tanggungjawab kitaDalam pasaran, untung rugi adalah tanggungjawab sendiri. Hanya kita yang berhak untuk tentukan hendak beli atau jual.
Meminta pandangan itu tidak salah. Dan kalau boleh, jangan letakkan seratus peratus kesalahan pada si pemberi pandangan jika kita rugi di dalam pasaran.
Cuba cari kelemahan sendiri dan perbaiki sedikit demi sedikit.
Selamat bercuti.
Inari - bump and run terbalikInari nampak seakan sedang membuat corak bump-and-run (dipelopori oleh Mr. Bulkowski) pada carta harian.
Jika lukisan atau gambaran saya sama seperti corak tersebut, kita boleh bayangkan arah seterusnya harga mungkin pergi.
Jangkaan laporan kewangan dikeluarkan : 20 haribulan Feb ke atas.