idea dagangan IWCITY
Tembak Bintang Ke Tu?IWCITY yang naik dengan agak banyak sejak 3 hari lepas dilihat membentuk satu candle seolah-olah shooting star pada satu jam dagangan yang terakhir. Melihat kepada situasi pembelian yang telah overbought, tidak mustahil ianya akan melakukan retracement terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, kaunter ini terlihat menarik kerana telah berjaya menembusi garisan MA200.
Penulisan sekadar berkongsi pendapat.
IWCITY awan goku breakoutHarini tadi ada sentimen yang di post berkenaan Bandar Malaysia Cheque Presentation Ceremony. WOW. kena pulak dengan tema construction pada pagi tadi. Terus IWCITY awan breakout dengan kenaikan sebanyak +0.085. Berdasarkan momentum ada potensi IWCITY melakukan kenaikan lagi. Cuma perlu dirisaukan tema construction ni dia ada rotation. Jadi, kena berhati-hati la ye.
TAYOR
IWCITY (1589): MONITOR UNTUK BODTL (27/08/2020@8:40am)ISKANDAR WATERFRONT CITY BERHAD (1589)
SECTOR: PROPERTY
TOTAL SHARE ISSUE: 837,389,000
PUBLIC FLOAT %: 42.32% (482,983,779)
SYARIAH: YES
Iskandar Waterfront City Berhad, sebelumnya Tebrau Teguh Berhad, adalah syarikat pemegangan pelaburan. Syarikat, melalui anak syarikatnya, terlibat dalam pembangunan harta tanah, aktiviti pembinaan dan perkhidmatan pengurusan harta tanah. Syarikat beroperasi dalam tiga segmen: Pembangunan harta tanah, yang merangkumi pembangunan harta tanah kediaman dan komersial; Pembinaan, dan pengurusan harta tanah. Perkhidmatan lain termasuk pelaburan harta tanah. Projek Syarikat merangkumi Danga View Apartment, Danga Walk, Danga Utama, Casa Almyra, Tropez Residences dan Oasis 1 @ Tropicana Danga Cove. Danga View menawarkan lebih dari 320 unit dengan kira-kira empat jenis susun atur: unit deluxe, unit duplex luas, penthouse dan unit standard. Danga Utama adalah projek hab komersial di Skudai. Tropez Residences adalah menara 38 tingkat di atas perairan Danga Bay. Anak syarikatnya termasuk Bayou Bay Development Sdn. Bhd., Tebrau Bay Sdn. Bhd. Dan Bayou Management Sdn. Bhd.
IWCITY boleh diperhatikan jika berjaya menembusi DOWNTRENDLINE.
IWCITY mencatatkan keuntungan yang tinggi pada QR yang dikeluarkan pada 26/08/2020 berbanding QR sebelumnya yang mencatatkan kerugian.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia
Masih Di Dalam KotakIWCITY dilihat masih didagangkan di dalam kotak (fasa sideway) namun telah keluar dari garisan downtrendline sejak dis 2019. Kaunter ini sesuai didagangkan dengan teknik BOD kerana masih berada berdekatan paras sokongan.
PENAFIAN:
Penulisan ini hanya bertujuan pembelajaran semata-mata.
#TAYOR
27 Jun 2020 - IWCITY Perlu Pecahkan Rintangan Untuk MendakiKaunter ini dalam sektor hartanah. Dari segi analisis fundamental, rating agak kurang memuaskan.
Jumlah saham: 837.39 juta
P/E Ratio: -
ROE (%): -1.20
Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50. Garisan MA20 dan MA200 menjadi rintangan.
Harga telah cuba untuk pecahkan garisan MA20 pada 25 Jun 2020 tetapi tidak berjaya dan tutup di bawah garisan MA20.
Harga dilihat meniti di paras sokongan.
Kalau paras sokongan ini tidak pecah, maka ada kemungkinan harga melantun (rebound) dan uji sekali lagi rintangan garisan MA20.
Indikator stochastic RSI di paras oversold.
Sokongan: 0.570
Rintangan 1: 0.620
Rintangan 2: 0.695
Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.
#mahersaham #iwcity #jun20 #FIAR
IWCITY suam-suam kuku, pergiSelepas 19/3/2020, Iwcity mula dasar pemulihan. Ia begerak naik pelahan tapi terus mendaki. SMA 200 sudah hampir di temui di samping rintangannya 72.5 sen yang bakal berada di hadapan. Satu saham yang boleh di simpan dalam watchlist. Sekian.
Disclaimer: Apa yang di tulis bukanlah cadangan untuk beli atau jual. Ianya hanyalah pandangan peribadi sebagai pembelajaran.
IWCITY 27 May 2020IWCITY mendahului sektor construction untuk meneruskan kenaikan selepas berita mengenai HSR dan ECRL pada hujung minggu lepas. Berpotensi untuk meneruskan kenaikan pada kadar yg agak perlahana disebabkan sentimen COVID masih ada dan memberi sedikit impak keatas progress construction
IWCITY mungkin dalam perubahan trendIWCITY kini kembali dengan dagangan volume tinggi, selepas berjaya membentuk sokongan kukuh dan juga higher low.
Sokongan ketiga, S3 kini terbentuk pada aras 0.88. Tiga sokongan jelas terbentuk untuk IWCITY untuk diberi perhatian.
Dagangan jumaat lalu menunjukkan sedikit pressure daripada penjual dan kini harga dalam range sokongan untuk akumulasi.
Carta juga kini sedang membentuk uptrendline baru
Jika momentum pembelian berterusan, maka target seterusnya pada 0.96