Jetson kembali beraksi?Jetson yang telah lama tidur kini telah bangun. Betul ke? Merujuk kepada EPRAF indicator, semalam Jetson membuat CCM (Candle Cucuk Merah). Dalam keadaan MACD di EPRAF Support 1 dan Stochastic di EPRAF Support 2 yang cun, kemungkinan hari ini Jetson akan bangkit. Jika pada hari ini bar kuning muncul di EPRAF Support 3 bermakna, pada hari ini kemungkinan candle akan break resistance (harga tertinggi) CCM. Sekiranya ini berlaku, Jetson akan beraksi dengan sangat menarik. Jom sama-sama kita nantikan aksi Jetson hari ini.
idea dagangan JETSON
JETSON Pelan Dagangan Gelombang Minit ((1)) menaik Analisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
kini sedang memulakan mendaki di gelombang minit ((i)) dalam Gelombang Minor 3 dengan momentum yang kuat dan dijangka akan membuat kenaikan bagi melengkapkan gelombang "Impulse 12345 " Minit ((i)) sebagai sasaran di tahap fibo extension 227.2%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
JETSON Mengorak Langkah Gelombang ke5JETSON menurut corak gelombang menunjukkan sedang berada permulaan gelombang ke 5. Petunjuk SMI juga sangat menarik kerana sudah nampak lengkuk yang menandakan minat belian sudah meningkat. Paras sokongan pada 0.345. Sesuai untuk pedagang jangka pendek dan sederhana.
JETSON berjaya memecahkan trendlineNampaknya pada carta harian, JETSON berjaya memecahkan garisan trendline (biru) dan kini dijangka permulaan untuk kenaikan yang lebih tinggi. Berdasarkan pada petunjuk stochastic, ianya masih berisiko rendah kerana stochastic yang masih lagi rendah (tidak overbought). 0.360 dirasakan entry yang selamat bagi kaunter ini.
JETSON 31/10/21Sektor : Produk Industri & Servis
Subsektor : Barangan Auto
1. Menunjukkan minat belian yang tinggi 2 hari berturut-turut dilihat daripada jumlah volume
2. Masih dalam dagangan singkat kerana rintangan signifikan masih jauh di hadapan
3. Cuba memasuki zon bullish dengan melepasi rintangan EMA50
4. Sokongan terdekat pada 0.365
5. Penawaran sudah berkurangan dan sedang menanti permintaan
Disclaimer - Carta yang dikongsikan ini untuk tujuan pendidikan berdasarkan kajian, teori, analisis dan pembelajaran. Trading plan yang lebih rapi boleh disediakan bagi sesiapa yang berminat dengan kaunter ini. Selalu ingat, Rational beats Emotional. Trade at your own risk :)
*Jika anda bersetuju dengan kajian yang dilakukan, sila Like, Share, dan Follow page ini bagi tujuan pembelajaran
JETSON Berada Pada Permulaan Gelombang 4 ?JETSON dilihat pada corak gelombang dilihat berada pada permulaan gelombang keempat. Bagaimana pun corak lilin yang dihasilkan pada sesi dagangan kelmarin menunjukkan minat jualan juga tinggi kemungkinan untuk ia membuat sedikit penurunan juga ada. Boleh jadikan garis trend keatas yang dibuat sebagai paras sokongan terdekat. Jika ia berjaya melepasi garis hijau, potensi untuk naik juga tinggi. Petunjuk SMI menunjukkan persilangan telah berlaku tetapi masih berbelah bahagi. Boleh perhatikan dahulu atau boleh test entry jika berani.
Kawasan masuk: 0.34 - 0.35
Ambil untung: 0.425
Potong Rugi: 0.330
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
JETSON Berada Pada Garis Trend SokonganJETSON boleh dikatakan sebagai kaunter tidak menentu disebab corak kenaikan dan penurunan tidak stabil. Jika kene cara, ia memberi pulangan yang tinggi dalam Jangka masa pendek. Petunjuk SMI menunjukkan ia masih berada pada kawasan oversold yang mana menarik untuk diperhatikan. Jika melihat sejarah kaunter ini, ia sentiasa melantun pada garis trend keatas.
Kawasan masuk: 0.33 - 0.36
Ambil untung: 0.43
Potong Rugi: 0.325
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
JETSON (Jet Isi Minyak di Lapangan Segitiga Sebelum Berlepas)Sektor :
- Construction, Auto Parts, Industrial Products & Services, Penny Stocks (Sumber: iSaham)
Analisis Teknikal :
------------ Umum ------------
- Idea analisis ini meninjau pergerakan harga JETSON dalam timeframe 2 jam.
- Dalam timeframe daily, JETSON masih di atas MA 200 menandakan JETSON masih lagi uptrend untuk longterm.
- JETSON sekarang dilihat sedang melengkapkan bullish symmetrical triangle sebelum meneruskan kenaikan.
- Terdapat 5 bucu symmetrical triangle ini. JETSON baru selesai melengkapkan tiga bucu dan sekarang harga dijangka akan membuat bucu keempat.
- Terdapat tiga target bucu keempat ini:
1) RM 0.450 yang merupakan horizontal resistance JETSON,
2) RM 0.460 yang merupakan paras 100% fibonacci extension dan
3) RM 0.485 yang merupakan horizontal resistance bagi JETSON.
- Setelah lengkap bucu keempat ini, JETSON akan membuat penurunan pula bagi melengkapkan bucu kelima sebelum meneruskan kenaikan.
------------ Elliott Wave ------------
- Setelah melengkapkan major wave 3 dengan kenaikan sebanyak 361.8% (3.618 kali ganda) major wave 1, sekarang JETSON dilihat sedang bermain di dalam major wave 4 dengan membentuk contracting triangle (A-B-C-D-E).
- JETSON dilihat sedang melengkapkan minor wave D.
- JETSON perlu melengkapkan zigzag (A-B-C) bagi melengkapkan minor wave D ini dan sekarang JETSON berada di perakhiran wave zigzag iaitu sub minor wave C.
- Terdapat tiga target sub minor wave C yang juga merupakan minor wave D ini:
1) RM 0.450,
2) RM 0.460 yang merupakan 100% (1 kali ganda) minor wave A. Ini bertepatan dengan formula A=C yang bermaksud panjang minor wave C bersamaan dengan minor wave A dan
3) 0.485.
- Terdapat dua invalidation level yang ditanda bermakna sepanjang pembentukan minor wave D ini, harga mestilah tidak bergerak melebihi dua paras ini. Jika tidak, kiraan wave sedia ada ini akan terbatal.
- Garisan selari berwarna kelabu juga boleh dijadikan guideline bagi JETSON dimana harga perlu kekal berada di dalam garisan selari ini.
- Jika harga naik melebihi upper boundaries garisan selari ini, berkemungkinan corrective wave telah selesai dan harga sedang membuat major wave 3. Kiraan alternatif ini akan dimuatkan di bahagian komen bagi memudahkan lagi kefahaman pembaca.
Analisis Fundamental :
- JETSON tidak konsisten dalam membuat keuntungan dan terkini, JETSON telah membuat kerugian dalam tiga quarters berturut².
- Perolehan (revenue) JETSON juga tidak memberangsangkan dan dalam tiga quarters terkini, revenue JETSON menurun.
- Walaubagaimanapun, keuntungan dan revenue JETSON meningkat YoY masing² sebanyak 42.35% dan 33.7%.
- iSaham mengkategorikan syarikat ini sebagai 'negative earnings' menandakan saham JETSON ini tidak sesuai dibeli untuk mereka yang baru mengenali dunia saham dan masih tidak mahir dalam cutloss.
Nota Kaki :
------------ Umum ------------
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
------------ Elliott Wave ------------
(istilah² ini akan digunakan oleh penulis / penganalisis dalam setiap idea analisis bagi memudahkan penerangan)
* Cycle wave = Nombor besar dan huruf besar berwarna kelabu yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Mega super sub minor wave = Nombor kecil kelabu dan huruf kecil merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
1️⃣ Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan (financial advisor) atau perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati sebarang aktiviti berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2️⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam kebanyakan idea analisis. Oleh itu, idea analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh memilih samada untuk membaca atau mengabaikan bahagian 'Elliott Wave' ini.
🎈 Semoga Bermanfaat 🎈
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
JETSON - Masa untuk diperhatikan semulaKAJIAN ANALISA.
JETSON BERHAD – Industri Produk -
TREND UTAMA ADALAH UPTREND.
TREND Semasa –Sedang mendaki.
Data Fundamental dari iSaham:
Asas (fundamental) syarikat - 2.2 ( Merah )
Technical - 5.4 ( Hijau )
Total Score - 7.6 ( Hijau )
Indi Manipulasi :
"Very Easy to manipulate" - Sangat Mudah dimanipulasi.
Ringkasan yang berlaku : di TF 1D.
Setelah membuat kenaikan ke - 0.850 pada 31.05.2021.
Harga membuat pembalikan kebawah semula.
Harga terrendah 0.285 pada 29.06.2021.
Harga sedang bergerak secara zig zag untuk mendaki.
Trend yang sihat bagi sebuah syarikat yang beroperasi.
Kesimpulan dari pemerhatian - di TF 1D.
Area 0.295 adalah kawasan Resistant yang terdahulu. ( RBS )
Harga semasa - 0.385 pada 21.09.2021.
Indi " Swing" telah terbentuk di kawasan Support.
Volume belian telah ada berserta harga meningkat naik.
Kebarangkalian harga akan naik adalah kuat.
Double Bottom dikawasan - Support 0.295.
Lilin berada di atas EMA100 - Momentum adalah buy.
Hanya EP apabila point point berikut terjadi.
Volume - Valid EP sekiranya volume belian meningkat.
StochRSI - Valid EP bila bersilang dan bergerak keatas.
EFI - Valid EP ,Bila menujah keatas.
Accum/ Dist - Valid EP bila menghijau dan bergerak keatas.
Indi Ratings MA & OSC - Buy
Sekiranya point point tersebut tak berlaku.
TIDAK VALID untuk EP.
Sasaran harga ke 0.395,0.470,0.565,0.640..
Manakala CL pada bawah sokongan - 0.290.
Jangkaan adalah seperti di chart yang dilukis.
PENAFIAN.
# " NOT BUY CALL".
# Saya sedang belajar - bukan pakar saham.
# Kajian hanya untuk PEMBELAJARAN Sahaja.
# Tak semestinya BERLAKU.Pasaran bukan kita punya.
# BUKAN SARANAN UNTUK MEMBUAT BELIAN.
# Tak semestinya BETUL.
# Dagangan Kertas di UTAMAKAN.
# TAYOR.
Paras Rintangan Kepada SokonganBoleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian & pembelajaran sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI
JETSON 18/9/2021 -Menghampiri ma200 Assalamualaikum
stock - JETSON
analisis teknikal
1) carta menunjukkan graf cs pada stage 4 iaitu fasa penurunan dan menghampiri support terakhir iaitu ma200
2) support terakhir berada pada rm0.31 sen.
3) boleh perhatikan untuk ep jika cs tidak menembusi garisan ma200.
4) stoch beraada pada paras oversold.
5) belum kelihatan tanda2 volum masuk.
terima kasih.
JETSON Menarik Meniti Pada Garis EMA 100JETSON dilihat masih menarik walaupun agak lama berada pada paras sokongan EMA100. Kemungkinan untuk ia membuat kenaikan masih ada. Petunjuk SMI menunjukkan masih ada minat belian terhadap kaunter ini.
Kawasan masuk: 0.36 - 0.37
Ambil untung: 0.4 - 0.43
Potong Rugi: 0.355
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
Jetson Kaunter BerpotensiKaunter: Jetson
Sektor: Pembinaan/ Industri Produk & servis
GBS Intraday Indicator:
1. Candle rehat atas EMA 50. Potensi rebound atas line Ema 50
2. Macd line biru sudah bersentuh dengan line signal merah. Menunggu masa sahaja untuk persilangan emas berlaku.
MACD BB squeeze.
3. Stochrsi line biru atas signal merah, petanda positif akan membuat kenaikan.
4. Rsi area 48 sedikit lagi untuk capai rsi 50 (positif momentum).
5. Candle rehat atas fast ema line kuning & merah. Line merah perlu bersilang ke atas line kuning seterusnya mmembentuk susunan traffic light (ride the trend).
Tunggu hingga patah trend, ketiga-tiga fast ema menunduk atau candle jatuh di bawah line fast ema hijau untuk keluar.
Halangan terdekat : 40 sen, halangan kedua 43 sen, halangan tad: 47.5 sen
Sokongan terdekat: 37 sen. sokongan 2: 34 sen
Sekadar kajian. Bukan buycall. Tayor
18 OGOS 2021 | JETSON cuba bertahan di sokonganSalam Sejahtera.
Sekadar ingin berkongsi pandangan analisa peribadi.
.
1. Harga berada di paras sokongan trendline.
2. Perlu berhati hati kerana volume tidak selari dengan kenaikan lilin.
3. Pendekatan yang terbaik adalah menanti untuk melepasi trendline.
.
Selamat Berdagang.
.
*PENAFIAN : Keputusan pelaburan/dagangan di pasaran saham ataupun niaga hadapan melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang. Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan . Ilustrasi/Peringatan ini hanya sekadar perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu instrumen perdagangan. Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang.