$JFTECH Berlian Bawah Nilai yang Bersedia untuk Digilap! Menarik untuk diperhatikan dan masuk terus tanpa memikirkan apa2. Thanks me later.
Teknikal Analisis:-
1. Oversold stock, RSI di bawah 50
2. Stochastic menunjukkan sudah hampir golden cross di area oversold
3. Harga berada di fibonacci 0.618. Bakal melantun tidak lama lagi.
4. Target seterusnya RM2.30/2.7/3.6/to the Mars and beyond.
Fundamental Analysis :-
1. P/E 104 yang tertinggi berbanding dengan peer (FPGroup = 37, Vitrox = 76). Ia tidak lah terlalu tinggi dengan justifikasi berikut.
2. Bulan October 2020 memeterai perkahwinan diantara Huawei, menjadikan Huawei main customer dan memudahkan untuk penetrate perniagaan ke market China.
3. Pembinaan kilang pembuatan di China bernilai jutaan ringgit dibelanjakan menunjukkan kesinambungan perniagaannya di China.
4. Huawei adalah leader 5g di China, dan seterusnya dunia sedang berlumba untuk menjadi leader kepada 6g. Hal ini akan meningkatkan produktiviti Integrated Circuit (IC) dan memerlukan lebih test contactor.
5. Jftech mempunyai 63 patents di seluruh dunia dan 16 daripadanya adalah untuk 5G teknologi.
5. Selain itu, autonomous driving semakin rancak dikala dunia eropah ingin menggalakkan penggunaan kereta electrik pada 2030. Secara tidak langsung menyumbang kepada kebarangkalian revenue perniagaan JFTECH.
6. Net Profit pada Q1 tahun 2021 sudah bersamaan dengan Net Profit Q1 + Q2 2020. Ini membuktikan kelestarian profit yang dijana oleh syarikat bakal berkembang dengan pesatnya.
7. Inilah syarikat yang dikatakan BERLIAN yang tersembunyi!
idea dagangan JFTECH
JFTECH BERADA DI AREA KRITIKALSectors: Technology, Electronic, E&E, Technology Equipment, Semiconductors
1. JFTECH masih dalam fasa menurun setelah bonus issue namun masih berada di atas MA200.
2. Saat ini JFTECH berada di area kritikal berdekatan MA50.
3. Indikator Stochastic sendiri sudah dalam keadan oversold .
Support : 1.49
Resistance : 2.41
Menanti masa1. Membuat penurunan selama 6 hari berturut
2. Hari kelihatan di sokong oleh garisan EMA dan Channel
3. RSI sudah melemah
4. Stoch kini berada di fasa OS dan kelihatan ingin membuat silangan
5. Adakah harga akan membuat kenaikan semula selepas tarik pengiraan dividen.
Sama-sama kita kaji dan perhatikan.
-Newbie belajar-
JFTECH MASIH DALAM KEADAAN SIDEWAYSSectors: Technology, Electronic, E&E, Technology Equipment, Semiconductors
1. JFTECH masih dalam keadaan sideways setelah bonus issue.
2. Tampak dari volume, masih ada sisa saki baki jualan.
3. Para pelabur sendiri juga mungkin masih dalam mode berhati-hati setelah keluar berita tentang Huawei mensasarkan pengurangan telefon pointat sehingga 60%, yang sedikit sebanyak akan menjejaskan profil kewangan JFTECH.
Support : 1.50 - 1.60
Resistance : 2.10 - 2.40
JFTECH Mengakhiri Tekanan Minggu Ini?Sektor semikonduktor dilihat agak perlahan pada bulan Febuari ini berbanding ketika Januari. Namun permintaan yang tinggi terhadap semikonduktor di peringkat global menjadikan harga saham berkenaan sektor tersebut dijangka melonjak tinggi sepanjang tahun 2021 dengan kerancakan peralatan teknologi terbari berkenaan dengan Internet of Thing dan 5G yang baru saja membuka lembaran baru.
ANALISA FUNDAMENTAL
1. JFTech dilihat sebagai salah satu saham yang berpotensi tinggi untuk tahun 2021. Projek kerjasama dengan Huawei melalui Hubble Technology Investment Co Ltd, dilihat mampu menjadi pemangkin kepada kenaikan JFTech dalam jangka panjang.
2. Pada 2015, China melancarkan kempen revolusi industri China yang diberi nama Made In China 2015 atau singkatannya MiC2025 untuk menyasarkan peningkatan industri China pada tahap global.
3. Keterbabitan JFTech ini dilihat mampu memberi pemangkin kepada JFTech skurang-kurangnya dalam tempoh 4 tahun lagi sempena kempen MiC2025
4. Kadar pertumbuhan tahunan 10 tahun, iaitu CAGR 10 tahun JFTech mencatatkan 53.85%, antara prestasi saham terbaik dalam peningkatan tempoh 10 tahun.
5. Jftech juga menyatakan mereka mampu menggandakan produk soket ujian untuk memberi hasil yang lebih untuk operasi yang akan datang.
6. Prestasi QR daripada 4 yang terbaru adalah seperti berikut:
Q3 20 mencatat keuntungan 1.7juta, 27.6% daripada 6.2juta pendapatan
Q4 20 mencatat keuntungan 3.1juta, 38% daripada 8.1juta pendapatan
Q1 21 mencatat keuntungan 4.0juta, 43.8% daripada 9.1juta pendapatan
Q2 21 mencatat keuntungan 4.0juta, 42.9% daripada 9.4juta pendapatan.
ANALISA TEKNIKAL
1. Harga sekarang berada pada atas Sokongan Klasik pada sekitar 1.62. Jika sokongan itu pecah, kemungkinan mampu turun untuk mencari Sokongan Dinamik pada MA50 sebelum membuat lonjakan.
2. Dari segi volum, dapat dilihat terdapat tekanan jualan pada hari ex-date Bonus issu pada 21hb jan. Namun tekanan jualan itu dapat diserap pada hari berikutnya dengan jualan volum yang rendah.
3. Bermula 3hb Feb, dapat dilihat Pembeli mula kembali kedalam saham dengan volum yang agak kuat.
4. Pada 4 hari terakhir minggu lalu, dapat dilihat Penjual dalam keadaan terkawal apabila harga menurun dengan volum yang agak rendah.
5. Jika Pembeli datang kembali kedalam saham untuk hari berikutnya sebelum membuat satu larian yang kuat.
6. RSI sudah berada pada paras bawah 50 dan kemungkinan bersedia untuk satu momentum larian.
7. RSI Stoch juga sudah berada dalam zon Lebihan Jualan, menunggu masa persilangan berlaku dan membuat balikan harga untuk menuju ke atas.
Khairul hafiz
- "Market saham adalah tempat memberi pulangan kepada yang sabar, dan menghukum kepada yang gelojoh"
- "Bila berdagang hanya dengan TA, ia seperti bertarung dengan sebelah tangan. Berdagang dengan TA dan FA, ia seperti bertarung dengan kedua belah tangan."
JFTECH : Pantulan di EMA20Kaunter UT, membuat pantulan di EMA20 @ Mid BB setelah berlaku penurunan harga selama 13 hari CS. Akan membuat penyilangan SMA5 ke atas EMA20 sekiranya harga meneruskan peningkatan.
RSI masih > garisan 50% menunjukkan masih ada momentum dan mendongak ke atas pada 11 Feb.
StochRSI masih di kawasan < garisan 20% (OS)
MCDX menunjukkan peningkatan Smart Money dalam pegangan
Carta menunjukkan masih banyak ruang untuk ke garisan Atas BB
CATATAN :
#INI HANYALAH SATU KAJIAN PERIBADI, BUKAN MERUPAKAN BUY CALL. JIKA ANDA BERNIAT UNTUK BERDAGANG, ANDA PERLU MENGAMBIL RISIKO ANDA SENDIRI
TAYOR
Sila Like & Share sekiranya kajian ini memberi manfaat kepada anda.
Terima Kasih
JFTECH 14/2/21- harga bertahan di atas garisan EMA20 juga masih diatas garisan EMA50 dan MA200
- harga juga bertahan diatas garisan trendchannel
- cuba membentuk triangle pattern
- tahap sokongan semasa 1.60
EP : 1.73
CL : bawah 1.60
TP : 1.90
(terpulang kepada risiko masing-masing)
PENAFIAN : KAJIAN HANYA UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DAN BUKAN "BUYCALL". TRADE AT YOUR OWN RISK. SILA LAKUKAN KAJIAN DAHULU SEBELUM ANDA MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN
JFTECH :- Adakah circle kenaikan kedua kan bermula??JF TECHNOLOGY BERHAD
Category : Technology - Ace Market
Dilihat pergerakan garis indicator EMA7,EMA21 dan EMA50 telah berada di susunan yang cantik.. EMA7 berada di atas EMA21 dan EMA50 berada di bawah kedua-dua indicator tersebut. Ini menunjukkan kaunter ini kembali berada di Paras Sokongan terkuat dan boleh memulakan momentum kenaikan jika minat belian pelabur kembali meningkat. Kaunter ini perlu diberikan perhatian oleh pelabur kerana sokongan indicator RSI dan MACD juga menunjukkan potensi positif untuk melakukan kenaikan.
Paras sokongan yang perlu diberi perhatian ialah : 1.720 iaitu harga sokongan yang kuat dan perlu kuat berada di atas paras ini untuk melakukan pergerakkan positif.
Jika belian pelabur meningkat halangan yang perlu ditempuhi ialah :1.820 dan jika halangan tersebut dapat diatasi halangan yang seterusnya adalah di 1.970
#Sekadar pembelajaran
#Bukan Sell atau Buy call
#Sekadar Coretan Carta
JFTECH [S] - Menanti Pecahnya 1.74Fuh dan alamak....akhirnya akan menjadi FUHLAMAKKK!!
penantian itu suatu penasaran..cewahh!! Tapi kaunter long term mmg cantik...
abam tak hairan kalau jftech ni boleh sampai ke harga sebelum ia bersalin...7.20 tuuu...Go..Go..Go..yeah!!
selepas saja JFTech bersalin tempoh hari...terus mendaki sedikit demi sedikit..
selama itu juga,,menarik minat pedagang dengan anaknya JFtech-wa (cuma info gearing, exercise premium masih belum dapat di lihat)
kalau dilihat pada chart yang abam up ni, insha Allah kalau pecah saja 1.74 besok..bukan fake breakout tau,....dia pecahkan sahaja...boleh la abang akak ready untuk terima profit...(kalau abang hakak ada di dalam laa...)
sebaiknya masuk selepas pecah strong R di 1.74 tu...baru laaa lebih yakin kaaann~~~hehe
Tengok apa jadi lepas pecah 1.74??? haaaaa masokkk laa..(bak kata elly mazlein)
Tau masuk...kena tau juga keluar ek abang hakak semua...~~~
Jangan membuta tuli masuk tanpa ada trading plan..No..No..No...Nehi Nehi~~
sekali pecah 1.74..akan terus mencari dan test next R di 1.80...1.92 dan seterusnya 2.05..
kelihatan beberapa strong R pada Half candle di atas (Rujuk Chart di atas)..Boleh tau kan di mana nak set TP??
Haaa....menarik tak?? ni bukan kaunter cikai cikai tau....haaa
Real investor byk di dalam ni...
.
.
Jangan lupa..52w/high JFtech ni 7.20 tau...bayangkan kalau dia ke harga ni...perrghhhh untung laa abang hakak yang mampu bersabar...
Okay..!! Setakat itu coretan abam hari ini ..semoga profit isnin hadapan...kalau dah hijau tu, ambil la profit ek...
Jangan TAMAK..Jangan TAMAK dan Jangan TAMAK...No..No..No..
Sentiasalah Ingat yang tersayang,,,(^^)v & Ride safely...samjeyy??!! Mere tumse pyar kar teyy ho...polis station bombay heyy (mula dah abam mencarut..)
DISCLAIMER:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See...Semoga memperoleh rezeki banyak..
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading, TAYOR, BAYOR & SAYOR
**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran
JFTECHKalau sy baca QR JFTECH semalam, sy dapat figure yg JFTECH ni bakal membuat profit lagi di masa akan datang dengan sentimen teknologi yg sedang menaik.
Baru-baru ni diorg ada buat private placement utk dirikan kilang di China.
Utk FA detail sy tak cerita lah just rough view.
Dengan kedudukan sekarang, syarikat ni sesuai utk LONG TERMMMM.
Benefit -:
Capital gain
Bonus/ Dividend gain.
Potensi:
Boleh diesnaraikan dalam Main Market dengan market cap baharu utk masa akan datang!!