idea dagangan JHM
JHM BERTAHAN DI MA200Sectors: Technology, Electronic, LED, E&E, Aerospace, Semiconductors, Automotive, Electric Vehicles, EV Charger
1. JHM masih dalam keadaan uptrend , berdagang di atas MA200.
2. Tampak belum ada catalyst untuk menyambung kenaikan dan berkemungkinan akan meneruskan sideways.
Support : 1.90
Resistance : 2.00
JHM berada dekat Strong Support dan SMA2001. Resistance R1 pada 1.97, R2 pada 2.25 dan R3 pada 2.63.
2. Support yang kukuh S1 pada 1.76 dan S2 ada 1.50.
3. Stoch berada di zon oversold.
4. SmartMCDX menunjukkan big money kosong.
5. MACD masih menunjukkan bearish momentum.
6. Volume berkurangan.
7. Candle masih dalam saluran downtrend.
8. Jika break keluar dari saluran downtrend dengan volume maka boleh teruskan kenaikkan.
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
"Spring" bakal berlaku pada JHM?JHM telah memecah support MA50 walaupun quarter earnings nya positive. Mungkin ni hanya lah dip yang sementara sebelum JHM dapat semula momentum untuk lakukan 'spring' hingga mencecah all time high yang baru. Kita saksikan nanti.
Nota: Kaunter kajian bukan buycall. TAYOR
JHM Akan Bangun Pada Bulan Mac?JHM salah satu saham dalam sektor kuat pada ketika ini iaitu semikonduktor. JHM berada dalam semikonduktor LED. Namun sejak kebelakangan ini, JHM telah cuba mempelbagaikan lapangan bisnes mereka dan adakah ia merupakan satu perkembangan ke arah yang lebih baik?
ANALISA FUNDAMENTAL
1. JHM dalam sektor semikonduktor dan berfokuskan kepada sub sektor automotif. Walaubagaimanapun, pada 2019 dilaporkan bahawa JHM telah mula mempelbagaikan lapangan bisnes mereka dengan menyertai sektor Industrial dan Aerospace.
2. Pada 2019, JHM mula menceburkan diri dalam sektor Aerospace dan menandatangani perjanjian MoU bersama UACE, Universal Alloy Corp Europe, yang berpengkalan di eropah dalam metal machining dan sub assembling. Ini membuka era baru kepada JHM.
3. Dalam laporan tahunan kewangan 2019, sektor Aerospace telah menyumbang sebanyak 1% dalam perolehan mereka sebagai permulaan terbaik pada tahun pertama.
4. Sebagai langkah awal, mereka berjaya mendapatkan tugasan daripada UACE untuk membekal 72 bahagian mesin aerospace.
5. Walaubagaimanapun, dengan kehadiran pandemik Covid-19, ia agak memberi kesan kepada sektor Aerospace kepada seluruh dunia sepanjang tahun 2020 yang lepas. Namun, dikatakan tiada tempahan yang telah dibatalkan oleh klien mereka, tempahan yang ada hanya ditangguhkan dan bakal dianjak kebelakang.
6. Setelah menyambung semula operasi selepas daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tempahan yang ada semakin bertambah. Ini memberikan gambaran oleh beberapa Analisis Bank Pelaburan bahawa 'waktu sibuk' telah tiba kepada JHM. 'Sibuk' dalam bisnes memberi tanda positif bahawa kerja sedang rancak dan dikatakan bakal memberikan pulangan yang baik sepanjang 2021 ini.
7. Dilaporkan bahawa pada May 2020, dua pengeluar kapal terbang utama di dunia iaitu Airbus dan Boeing mempunyai tunggakan menyiapkan tempahan kapal terbang mereka sebanyak 7621 and 5301 unit masing-masing.
8. JHM juga dilihat mahu memperluaskan lapangan bisnes mereka ke lapangan semikonduktor Telekomunikasi 5G dan Electric Vehicles, yang mana bakal menjadi sektor yang panas dalam tahun 2021 ini.
9. Dalam lapangan Electric Vehicles, JHM sedang membangun sistem pengecas Kereta Elektrik dalam sistem yang dinamakan CDS, bukan akaun CDS saham anda, tetapi Charging Discovery System. Iaitu satu sistem yang direka untuk versetaliti dalam penyesuaian sistem pengecas antara Kereta Elektrik yang berlainan jenis dengan sistem pengecas yang berlainan jenis.
10. Pada 11 Dec 2020, JHM dilaporkan membeli sebidang tanah secara tunai di Pulau Pinang untuk memperluaskan kilang untuk sektor Telekomunikasi. Ini seolah-olah menunjukkan kesungguhan mereka dalam meneroka sektor semionduktor Telekomunikasi 5G.
11. Pada Nov yang lepas juga, JHM telah berjaya menaiktaraf saham mereka untuk tersenarai dalam Pasaran Bursa Utama daripada Pasaran Saham Ace sebelum ini. Untuk menaiktaraf ke pasaran saham utama, beberapa syarat ketat diperlukan termasuk berjaya mengekalkan keuntungan bersih setahun lebih daripada 30juta setahun selama 3 tahun berturut-turut, dan JHM telah berjaya melepasi syarat itu.
12. Pada minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat telah menandatangani satu Arahan Eksekutif untuk memberi penekanan dan menilai semula kebimbangan terhadap kekurangan semikonduktor termasuk 100 sektor industri yang terjejas termasuk sektor automotif.
13. Dari segi 3 QR terakhir, JHM mencatat 3 peningkatan QR berturut-turut iaitu:
Q2 20, mencatat keuntungan 2.7juta, 5.7% daripada 48.1juta pendapatan
Q3 20, mencatat keuntungan 5.3juta, 6.8% daripada 78.1juta pendapatan
Q4 20, mencatat keuntungan 8.0juta, 10.5% daripada 76.2juta pendapatan
14. Setelah sektor semikonduktor berehat panjang sepanjang Febuari yang lepas, adakah kaunter saham semikonduktor akan bangun semula pada bulan Mac ini?
ANALISA TEKNIKAL
1. Daripada carta, harga kini berada pada 2.32, sebanyak -7.6% daripada paras support, dan berjarak +14.2% pada paras rintangan tertinggi ATH di 2.67
2. Harga juga telah kelihatan membuat lonjakan setelah mencecah MA 50 beberapa hari yang lalu.
3. RSI berada pada paras 50 sekiranya pergerkan harga bersedia membuat momentum larian harga.
4. RSI Stoch juga baru sahaja membuat persilangan pada bahagian Lebihan Jualan beberapa hari yang lepas, seperti bersedia membuat momentum larian.
5. Dari segi Price Earning Ratio, kini JHM mencatat PE 60.48, sedikit melebihi PE median sektor semikonduktor iaitu 56.11 boleh dikatakan pada kedudukan purata.
Adakah sektor semikonduktor berjaya bangun untuk bulan Mac ini dan menolak JHM untuk turut serta dalam larian, dan adakah JHM berjaya menarik pelabur setelah menunjukkan peningkatan yang baik dalam QR terbaru mereka?
Khairul Hafiz
Nasihat dari guru-guru saham saya yang mungkin boleh dikongsikan:
- "Pasaran saham adalah tempat memberi pulangan kepada yang sabar, dan menghukum kepada yang gelojoh"
- "Bila berdagang hanya dengan TA, ia seperti bertarung dengan sebelah tangan. Berdagang dengan TA dan FA, ia seperti bertarung dengan kedua belah tangan."
JHM REBOUND...!!!Boleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
JHM 16/2/21JHM masih berada dalam mode accumulation.menanti cubaan reversal dan breakout.FA cantik dan uptrend.Di atas Ema 50/200.
Chart ini hanyalah kajian dan panduan pembelajaran,saya mohon Tuan/Puan menjaga dan patuhilah Trading plan yang Tuan/Puan telah buat.Bila bercakap tentang TA ia juga tidak lari Kemungkinan.Sentiasa terapkan disebalik harga yang dibeli,ada sebuah perniagaan yang berdiri dibelakangnya.
JHM separuh nafas1) JHM berjaya mengekalkan harga diatas kawasan sokongan
2) JHM terus membuat harga tertinggi baru
3) berkemungkinan harga boleh mencapai ke 3.420 berpandukan corak carta
corak carta : segitiga menaik
Tempoh masa : mingguan
Sektor : Teknologi, Elektronik, LED, E&E, Aeroangkasa, Semikonduktor, Automotif, Kenderaan Elektrik, Pengecas EV
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
JHM : Pantulan di EMA20Kaunter UT, membuat pantulan harga di garisan EMA20kkk dengan kenaikan sebanyak 11.01% dan harga ditutup agak tinggi di atas garisan SMA5.
StochRSI membuat penyilangan Emas di kawasan < 20 (OS) dan RSI mendongak naik > garisan 50% menunjukkan terdapat tekanan belian dan momentum. Merupakan salah satu signal pembelian.
Adakah akan meneruskan kenaikan harga atau membuat penurunan seketika sebelum memecut untuk menuju ke garisan atas BB?
CATATAN :
#INI HANYALAH SATU KAJIAN PERIBADI, BUKAN MERUPAKAN BUY CALL. JIKA ANDA BERNIAT UNTUK BERDAGANG, ANDA PERLU MENGAMBIL RISIKO ANDA SENDIRI
TAYOR
Sila Like & Share sekiranya kajian ini memberi manfaat kepada anda.
Terima Kasih
JHM MORNING GUYSJhm kaunter teknologi. Kaunter yang berpotensi untuk swing kerana chart masih uptrend,tekanan jualan semakin berkurang dan satu candle reversal telah muncul pada sesi dagangan terakhir pada hari khamis. Boleh masuk jika kenaikkan berterusan. Paras All Time High sudah dekat! Adakah ianya akan melepasi paras tertinggu tersebut?
JHM 11 Februari – Berjaya Breakout Rintangan Dengan Volume Besar> Saham JHM tutup pada harga 2.52.
> Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya pecahkan rintangan 2.33 dengan jumlah dagangan yang hampir besar berbanding hari sebelumnya.
> MACD menunggu masa untuk bersilang menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> RSI berada di aras 50 menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga menunggu masa untuk bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 2.59, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 2.57 iaitu merupakan harga 52 weeks high.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
JHM- Pullback SetupJHM- Berjaya membuat setup pullback apabila berjaya rebound pada ma20
ANALISIS TA
1. Stochastic Oversold
2. Rebound ma 20
3. MACD atas paras 0
ANALISIS FA
1.Jualan kenderaan memberangsangkan.
2. Sektor technology dalam keadaan uptrend.
EP- 2.52
TP- 2.67
CL - jika paras harga tutup di bawah ma20 atau break support terdekat.
PENAFIAN- BUKAN BUY CALL DAN PENULISAN INI SEKADAR PEMBELAJARAN SEMATA MATA
JHM SEDANG MENGUJI GARISAN MID BOLLI - ADAKAH AKAN MELANTUN?JHM SEDANG MENGUJI GARISAN MID BOLLI - ADAKAH AKAN MELANTUN?
1. JHM sedang menguji garisan mid bolli (SMA20) setelah penurunan 5 hari berturut-turut
2. Adakah JHM akan melantun untuk kembali ke garisan all-time highnya?
3. Sama-sama kita saksikan
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
“Saudaraku, kalian tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan enam perkara: (1) kecerdasan, (2) semangat, (3) bersungguh-sungguh, (4) dana yang mencukupi, (5) guru yang memberi petunjuk, (6) waktu yang lama." - Imam as-Syafie
Penafian: Perkongsian ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja, bukan buy call (kalau ada ralat, mohon betulkan, TQ). Keputusan & risiko pelaburan adalah tanggungjawab masing-masing.
JHM (Shariah) – menunggu reversal !!!1. JHM sebelum ini telah breakout chart pattern pada 20/01/2021 dengan volume yang cukup signifikan dan terus menerus membuat kenaikan sehingga tercapainya target price nya yang pertama pada harga RM2.62.
2. Terkini ia sedang membuat pullback dan harga terakhir pada hari ini terhenti pada fibo 38.2% dan juga EMA 20
3. Menarik untuk diperhatikan samada JHM akan membuat lantunan pada support tersebut pada sesi dagangan seterusnya atau terus membuat penurunan untuk menguji support yang seterusnya.
Sama-sama kita kaji dan perhatikan.
Penafian: Perbincangan di sini hanyalah bertujuan untuk pembelajaran dan kajian sahaja. Tiada buy call diberikan. Jika ada ralat mohon betulkan . Jika bermanfaat sila like dan tekan butang SHARE.
“Jika Kamu Bersyukur Pasti Aku (Allah) Akan Menambahkan Nikmat Kepadamu”
7 Feb 2021: JHM penarikan balik sementaraPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
JHM
1. Harga naik secara parabolic dan mencapai fibo 127% (RM2.74) sebelum penarikan balik berlaku. Selagi harga berada di atas RM2.25, harga masih dalam struktur kenaikan.
2. Harga semasa masih berada di atas kesemua EMAs dan SSR RM1.83.
3. MACD masih bullish dan bermomentum.
JHM 29 Jan 2021JHM tutup terakhir (29 JAN 2021) adalah RM2.49, -0.08 (-3.11). Keadaan pasaran saham terkini di anggap bullish.
JHM berjaya memecahkan harga rintangan terkini (RM2.345) dan harga masih berada di atas harga rintang sebelum ini.
Harga rintangan sebelum ini boleh di jadikan harga sokongan terdekat dan harga rintangan terbaru adalah pada RM2.64