idea dagangan JTIASA
jtiasakaunter ini berkaintan dengan sektor perladangan kelapa sawit.
jadi , jika anda nak monitor sektor perladangan, mungkin anda juga boleh monitor sekali pergerakan harga FCPO.
minggu lepas kita dapat tengok kejatuhannya harga fcpo yang agak tajam.
ini sekaligus memberi impak kurang baik untuk sektor perladangan.
tapi kita tengok chart saham jtiasa ini dalam skop masa besar masih menaik.
short term je berehat sejak pertengahan disember.
jadi, adakah boleh ia naik kembali?
harga dah kat trendline, harga dah kat hujung awan,harga dah kat paras support. jika semua ini pecah, ada kemungkinan untuk harga meneruskan penurunan.
Piercing line candlestick pada Jtiasa-23/12/2020 telah terjadi piercing line candlestick pada Jtiasa .
- Berpandukan harga FCPO yang baru BO , menguatkan bahawa akan berlaku reversal trend dalam masa terdekat .
- Stochastic RSI menunjukan oversold dan kaunter masih dalam up trend .
- Harga juga berada di atas support EMA 50 . Menarik untuk diperhatikan .
Disclaimer :
Ini Hanya bertujuan pendidikan . Bukan BUY call . Semoga Bermanfaat.
JTIASA - BREAKOUT WEEKLY UTLJTIASA syarikat berkaitan sawit telah melakukan breakout UTL (Uptrend line)..Index FCPO pula melakukan reversal setelah kejatuhan. Amat menarik untuk diperhatikan
INFO
1. Breakout UTL
2. Ma20 as support
EP - 0.835
TP 1 - 0.9
TP 2 -1.05
CL- 0.785
PENAFIAN - Penulisan sebagai pembelajaran dan bukan BUY CALL..
JTIASA MASIH DALAM TREND YG SIHATPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
JTIASA
1. Volume dah ada tapi ada seller kat atas, tunggu momentum datang.
2. Movement besar akan datang bila-bila masa.
3. Support dan resistance telah diberi.
4. Boleh ikut support dan resistance yg diberi untuk short term trade.
Overall: Risk reward yang cantik.
JTIASA [S] - Besar JASAnya..Jarang Mengecewakan..Yak Yak Yeah !!Berikutan keadaan FCPO yang semakin cun melecun pada OCTO-BULL ni..nampaknya ladang-ladang sawit turut hiijau merimbun..tandan-tandan sawit menjadi malu kemerah-merahan seakan bersedia untuk di tuai...
Abam pun tidak terkecuali dalam menunggu saat ini untuk menuai hasil dari penantian lalu..
di lihat pada chart pattern seakan JTIASA dalam usaha menyiapkan pattern Cup & handle pada neckline @ 0.840...alaaa paling senang..ingat sahaja bentuk cawan...
Pattern cawan ni menjadi kegemaran para pedagang tau....:)
Cawan ni dah macam gaung pula kedalamannya...fuhh..gayat weii...~~
.
.
Jika di lihat NTA JTIASA @ 1.14 manakala harga tertinggi 52minggu pula 1.12 ...apa maknanya abang akak sekalian???
Yaaa Betul ... UNDERVALUE!!! (apa daaa...sendiri tanya...sendiri jawab..hehe)
sekiranya dilihat pada carta, JTIASA dalam proses mengumpul volume bagi memecahkan rintangan seperti yang dinyatakan dalam carta di atas...
.
.
Dalam usahanya melengkapkan handle pada aras 0.840...JTIASA perlu mengharungi segala halangan di aras harga 0.735, 0.775, 0.800 ..haaa bukan kaleng-kaleng penatnya untuk JTIASA langgar semuanya..
pasti ada R&R untuk ia singgah bagi menghilangkan segala lelah...sebelum meneruskan pendakiannya hingga ke menara gading...hehe
.
.
memandangkan FCPO nampak cantik mendaki (boleh rujuk link di bawah) ladang-ladang terutamanya Oil Palm Plantation akan memastikan para pedagang akan meraung ria dan ber-yak yak yeah ...mana taknya melihat potensi untuk mendapat keuntungan di kaunter ini kan..kan..kan..;)
lagi-lagi kepada pedagang yang sempat menyelitkan lot mereka sejak jumaat lalu..terbaring bergulingan siap menari-nari kaki ke atas lah mereka menantikan profit yang bakal diraih...fuhhh
Namun begitu, sediakan payung sebelum hujan..bak kata zamani slam...ku sangkakan panas hingga ke petang (apasal macam tak sampai sahaja maksud yang ingin disampaikan ni...huhu)...
akhirnya sangkut dek kerana leka..so, FOKUS!!!
.
Maaf kalau coretan abam bertukar menjadi celoteh...tapi abam cuma nak pastikan follower abam semuanya mampu menjadi trader yang bijak..bukan setakat pada analisis tetapi kawalan emosi juga adalah sangat penting..
.
Maka...
Seperti biasa...pesanan penaja dari AbangManuK,
paling penting abang akak semua WAJIB ada TRADING PLAN dan kenalpasti RISK & REWARD RATIO ( RRR ) sebaik mungkin bagi mengelakkan ABANG & AKAK tergolong dalam geng-geng 'SANGKUTERS'
DISCLAIMER:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See...Semoga memperoleh rezeki banyak..
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading, TAYOR, BAYOR & SAYOR
**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran
JTIASA bakal menguji?JTIASA yang terlibat dalam sektor Produk Perindustrian, Perladangan, Produk Kayu, dilihat masih berada jalur menaik bakal menguji garisan sokongan, sekiranya harga tidak mampu menembusi garisan sokongan maka harga akan membuat pantulan keatas mencari aras rintangan berdekatan
EP : 0.735
SL : 0.690
TP1 : 0.815
TP2 : 0.950
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.