AbangManuK

JTIASA [S] - Besar JASAnya..Jarang Mengecewakan..Yak Yak Yeah !!

Panjang
MYX:JTIASA   JAYA TIASA HOLDINGS BHD
Berikutan keadaan FCPO yang semakin cun melecun pada OCTO-BULL ni..nampaknya ladang-ladang sawit turut hiijau merimbun..tandan-tandan sawit menjadi malu kemerah-merahan seakan bersedia untuk di tuai...
Abam pun tidak terkecuali dalam menunggu saat ini untuk menuai hasil dari penantian lalu..
di lihat pada chart pattern seakan JTIASA dalam usaha menyiapkan pattern Cup & handle pada neckline @ 0.840...alaaa paling senang..ingat sahaja bentuk cawan...
Pattern cawan ni menjadi kegemaran para pedagang tau....:)
Cawan ni dah macam gaung pula kedalamannya...fuhh..gayat weii...~~
.
.
Jika di lihat NTA JTIASA @ 1.14 manakala harga tertinggi 52minggu pula 1.12...apa maknanya abang akak sekalian???
Yaaa Betul ...UNDERVALUE!!! (apa daaa...sendiri tanya...sendiri jawab..hehe)
sekiranya dilihat pada carta, JTIASA dalam proses mengumpul volume bagi memecahkan rintangan seperti yang dinyatakan dalam carta di atas...
.
.
Dalam usahanya melengkapkan handle pada aras 0.840...JTIASA perlu mengharungi segala halangan di aras harga 0.735, 0.775, 0.800..haaa bukan kaleng-kaleng penatnya untuk JTIASA langgar semuanya..
pasti ada R&R untuk ia singgah bagi menghilangkan segala lelah...sebelum meneruskan pendakiannya hingga ke menara gading...hehe
.
.
memandangkan FCPO nampak cantik mendaki (boleh rujuk link di bawah) ladang-ladang terutamanya Oil Palm Plantation akan memastikan para pedagang akan meraung ria dan ber-yak yak yeah ...mana taknya melihat potensi untuk mendapat keuntungan di kaunter ini kan..kan..kan..;)
lagi-lagi kepada pedagang yang sempat menyelitkan lot mereka sejak jumaat lalu..terbaring bergulingan siap menari-nari kaki ke atas lah mereka menantikan profit yang bakal diraih...fuhhh

Namun begitu, sediakan payung sebelum hujan..bak kata zamani slam...ku sangkakan panas hingga ke petang (apasal macam tak sampai sahaja maksud yang ingin disampaikan ni...huhu)...
akhirnya sangkut dek kerana leka..so, FOKUS!!!
.
Maaf kalau coretan abam bertukar menjadi celoteh...tapi abam cuma nak pastikan follower abam semuanya mampu menjadi trader yang bijak..bukan setakat pada analisis tetapi kawalan emosi juga adalah sangat penting..
.
Maka...
Seperti biasa...pesanan penaja dari AbangManuK,
paling penting abang akak semua WAJIB ada TRADING PLAN dan kenalpasti RISK & REWARD RATIO ( RRR ) sebaik mungkin bagi mengelakkan ABANG & AKAK tergolong dalam geng-geng 'SANGKUTERS'

DISCLAIMER:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See...Semoga memperoleh rezeki banyak..
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading, TAYOR, BAYOR & SAYOR

**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.