idea dagangan KFIMA
KFIMA - Paten Double BottomSektor: Diversified Industrials
Perniagaan - Produk berasaskan pertanian, makanan.
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
- KFIMA dilihat membuat paten double bottom.
- Paras RBS 2.46 sebagai sokongan.
- RSI14 pada aras RSI 60 menandakan momentum yang kuat untuk meneruskan perjalanan.
- KFIMA masih dalam keadaan major tren menaik dan volume belian dilihat menguasai pasaran
#TAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
KFIMA rebound di trendline atau bocor menjunam ke bawahBerdasarkan sejarah pergerakan harga, KFIMA selalu berjaya rebound dari trendline. Akan tetapi kini KFIM berada dekat dengan trendline dan juga hari untuk QR keluar pun sudah dekat. QR report itu akan jadi penentu sama ada KFIMA berjaya rebound ataupun tidak. Sebenarnya operator yang menentukan kahkah
Nota: Bukan buycall. Hanya kaunter kajian. TAYOR
KFIMA mampu untuk rebound?KFIMA kini sedang cuba mencari support yang baru setelah gagal membuat higher high yang baru. Kini KFIMA melantun semula di kawasan atas MA50 dan juga merupakan support trendline. Ada kemungkinan besar lantunan/rebound ni akan berjaya.
Nota: Trade at your own risk. Bukan buycall.
KFIMA : Bull Vs Bear?KFIMA, harga menunjukkan respon yg sensitif pada support dynamic sma/ema 50, pecah dan kembali semula ke atas support, kini harga berada di support dynamic, Bull Vs Bear analisi, menunjukkan berat kepada bull, adakah dapatkan mengalahkan beruang? jika berjaya memecahkan 1.95 dan bertahan, menunjukkan potesi yg baik.
KFIMA,in shaa Allah masih berusaha mendaki ke puncak 52weekAllahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad setiap hari di amalkan secara istiqamah semoga di cintai Allah SWT dan Rasul Nya...
Kaunter ini menunjukkan permulaan uptrend fasa pertama...
Secara teknikal nya masih betul-betul berada di atas trendline...
Sudah memecah resistant yang pertama dan akan berusaha naik lagi sekiranya masih banyak lagi pembeli yang masih belum menjual pegangannya di dalam kaunter ini..
Pada tarikh 2.2.2021
Berlakunya panic sell di situ sehingga semua pelabur menjual pegangannya dengan harga paling bawah dan membentuk support yang baru...Selepas kejadian itu sesi pembelian yang pertama telah berlaku dan kenaikan secara berperingkat yang menghasilkan pergerakan rally trend..
Signal uptrend :
Candle bearish moruzobu dan volume besar sebagai ukuran support utama dan menjadi aras paling dasar dalam trend...
Trendline posisi uptrend dan memecah rintangan horizontal line(resistant)
Macd Uptrend seperti di chart
Stochatic di area overbought(momentum strong)
RSI di zon permulaan yang kuat(momentum)
In shaa Allah,semoga bermanfaat apa yang sampaikan ye!!!..Sekadar berkongsi keilmuan dan teknik...
Bukan buy call yer!!!....Kaji baru beli yer...
Wallahua'lam...
Menggunakan TSI untuk mencari harga "Fair Value" #KFIMAKita perhatikan apabila price masuk level oversold (Indicator TSI, level -65.00). Probability nya adalah price akan memulakan bearish trend dan ini membuat harga saham "undervalued". Untuk mencari "Fair Value" bagi harga saham tersebut adalah seperti berikut :
Apabila line TSI mula naik atas TSI -65.00, maka tanda harga dimana 40EMA berada pada masa itu.
Timing untuk bila membeli saham itu terpulang pada trader masing-masing. Yang penting apabila price turun bawah 40EMA dan paling penting masuk oversold, kita mau dia turun lagi so target profit akan lebih besar nanti.
Buy Low, Sell High
KFima membentuk Descending TriangleKFima masih bertahan atas window/gap (1.71) dan kelihatan membentuk Descending Triangle.
Garisan merah merupakan rintangan dan sokongan dari carta mingguan.
Garisan biru merupakan rintangan dan sokongan dari carta harian.
Garisan hitam pula merupakan downtrendline.
Harga adalah bullish jika ia berjaya melepasi rintangan Descending Triangle (Garis Hitam). Namun ia hanya permulaan bullish kerana terdapat banyak rintangan menanti.
Strong bullish hanya bila ia berjaya melepasi 1.80 dan bertahan atas paras tersebut.
Namun jika ia pecah paras 1.71, ianya besar kemungkinan akan menguji downtrendline besar (Garis Hitam).