idea dagangan LYC
(s) - kaunter sentimen semasa yg perlu ada dlm trader watchlist1. Membentuk corak segitiga sama dengan volume membentuk dengan cantik
2. Entry jika harga ditutup di atas 0.275, CL jika harga ditutup di bawah 0.26 dengan TP jika menyentuh 0.290/0.300/0.335
3. Greenbar masih melebihi redbar untuk MCDX namun ini corak biasa semasa proses pengumpulan sebelum memulakan gerakan samaada nak naik atau nak turun
LYC: Kenaikan harga mengikut kenaikan volume1) Kaunter ini terus meneruskan memecahkan upper band donchian channel sejak dari 17 September hingga pada 20 September.
2) Kenaikan harga yang berlaku juga disokong dengan kenaikan volume yang baik.
3) Indikator parabolic SAR juga telah melintas kebawah pada 18 September lepas menunjukkan trend kenaikan yang baru bermula.
4) Mengikut Gann chart, support terdekat pada 0.340 dan rintangan terdekat pada 0.370 dan rintangan terkuat pada 0.400.
5) Harga terbaru ditutup pada 0.360 dan selagi harga tidak melepasi 0.340 kaunter ini masih selamat untuk dibeli bagi trade jangka pendek.
MEXTER 07/12/18 MENARIK UNTUK DIPERHATIKAN1) Harga kaunter MEXTER pada candle 07/12/18 telah menunjukkan ada minat belian ..
2) Adakah kaunter ini dalam proses membentuk pattern cup & handle ..
3) Harga kaunter ini perlu keluar dari kawasan menurun bagi melengkapkan patternya..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
MEXTER: Meneruskan Kenaikan Membentuk "HH" dan "HL"-Harga terakhir MEXTER ialah pada 0.485 (5 Nov 2018)
-MA50 telah bersilang dengan MA200 pada 1 Nov 2018 untuk carta 1 hari. Untuk carta 1 minggu MA50 masih diatas MA200
-Harga bergerak didalam "uptrend channel" bermula pada Ogos 2018 dan masih membentuk "HH" dan "HL"
-Dalam erti kata lain kaunter ini masih dalam uptrend 'mode'
-Masa yang paling sesuai untuk masuk membeli adalah ketika harga sedang berlegar-legar pada garisan bawah "uptrend channel" di ikuti dengan "volume" yang besar
-Tetapi pada yang berani mengambil risiko mungkin boleh masuk membeli pada harga 0.490/0.495. Tetapi pastikan "volume" membeli yang besar dan perhatikan "oscillator stoch"
-"Target Price"= 0.500, 0.515 dan 0.545
-"Cut loss"= 0.485/0.480
MEXTER(#2), +15% - Adakah ia akan teruskan penaikkan?Salam kepada semua.
Berikut adalah ulasan terkini berikutan ulasan teknikal yang dibuat untuk Mexter pada 28 Oktober.
1. Merujuk kepada ulasan saya untuk Mexter (tarikh 28 Okt), paras sokongan yang saya sebutkan adalah 0.455 setelah saya melihat ada volume pembeli yang menyokong paras tersebut.
2. Akhirnya Mexter ada momentum juga selepas 6 hari sokongan dibuat pada harga 0.455.
3. Walaupun harga ada turun sedikit, namun harga ditetap tutup tinggi dan mencatat harga tertinggi pada 0.515, keuntungan sebanyak 15%.
4. Saya positif pada Mexter, melihat pergerakkan dia selaras dengan "uptrend channel", akan tapi "Fibonacci key levels" mesti dipantau selalu.
5. Merujuk kepada "Fibonacci Key Levels" tersebut, 23.6% (0.49 = harga tutup terkini), 38.2% (0.455), 50% (0.43) and 61.8% (0.40), paras - paras ini merupakan sokongan yang harus kita pantau.
Perkongsian ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan informasi sahaja. Saya tidak mengesyorkan untuk sesiapa supaya membeli/menjual sebarang "counter" yang disebutkan di ruang ini. Sebarang keputusan untuk jual/beli haruslah diselidik dahulu ataupun meminta pendapat rakan professional dalam bidang pelaburan dan dagangan. Ini kerana ada risiko yang besar dalam dagangan and niaga saham dan saya tidak nasihatkan kawan-kawan supaya melabur lebih dari yang mampu. Sekian.
MEXTER - Mencari peluang untuk "Buy On Dip"Salam kepada semua.
Teknikal analisa Mexter.
1. Telah menunjukkan signal reversal dari bearish ke bullish. (sila rujuk carta di atas)
2. Perhatikan semua "low" yang dibuat, L , L1 dan L2 (lower lows) telah berubah ke L3 dan L4 (higher lows). Ini menambahkan lagi keyakinan yang trend semakin menguat. (sila rujuk carta di atas)
3. Candlestick Kuning (trend lemah) bertukar ke warna asal (trend menguat) (sila rujuk carta di atas)
4. "Green Up Arrows" menunjukkan kuasa pembeli "Sign of Strength" (sila rujuk carta di atas)
5. Harga bergerak dalam uptrend channel (sila rujuk carta di atas)
6. Peluang membeli selepas pembetulan (Buy On Dip) berdasarkan paras sokongan yang berikut
S1 - Fibo 38.2% - 0.455
S2 - Fibo 50% - 0.43
CL jika harga memecah uptrend channel, < 0.425
Perkongsian ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan informasi sahaja. Saya tidak mengesyorkan untuk sesiapa supaya membeli/menjual sebarang "counter" yang disebutkan di ruang ini. Sebarang keputusan untuk jual/beli haruslah diselidik dahulu ataupun meminta pendapat rakan professional dalam bidang pelaburan dan dagangan. Ini kerana ada risiko yang besar dalam dagangan and niaga saham dan saya tidak nasihatkan kawan-kawan supaya melabur lebih dari yang mampu. Sekian.
MEXTER 24/10/18 MENANTI KEMUNGKINAN DI ARAS SOKONGAN1) Kaunter MEXTER pada candle 24/10/18 masih menunjukkan tekanan jualan..
2) Seiring dengan indeks FBMKLCI yang masih dalam keadaan tidak menentu..
3) Ini hanya cadangan untuk kita mencari ruang dan peluang aras sokongan untuk harga
memantul kembali keatas...
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
Mampukah Mexter pergi lebih tinggi?Mexter perlukan kekuatan untuk pecahkan rintangan di 0.48 jika ingin pergi lebih tinggi lagi. Kaunter yang menarik untuk diperati rapat. Sediakan trading plan. Anda rintangan berjaya dipecahkan, ada peluang di situ.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.