idea dagangan MALTON
MALTON - Analisis oleh MFA @ 18-Sep-20Demonstrasi & Ilustrasi Alat Bantuan Analisis oleh MFA
Status: Sedang berada di dalam peralihan momentum iaitu daripada momentum merah (bear) ke momentum hijau (bull).
Isyarat Bullish: Dipastikan oleh kemunculan anak panah kuning.
Ciri-ciri Anak Panah:~
Kuning: Isyarat Bull Kuat
Biru: Isyarat Bull Lemah
Merah: Isyarat Bearish
Gaya Berdagang: Swing
Jangkaan Tempoh Pegangan: 0-2 bulan
Penafian / Disclaimer:~
Penulisan di atas hanya sekadar demonstrasi & ilustrasi bagi alat bantuan analisis / indikator yg bertujuan sebagai pembelajaran & kajian sahaja.
MALTON 8 SEPTEMBER – BERJAYA BREAKOUT RINTANGAN DENGAN VOLUME BE> Saham MALTON tutup pada harga 0.500.
> > Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya pecahkan rintangan 0.415, 0.430, 0.460 dan 0.490 dengan jumlah dagangan yang besar berbanding hari sebelumnya.
> RSI berada di aras 50 menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga telah bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 0.515, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 0.530 iaitu merupakan harga 52 weeks high.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
MALTON 28 JULAI - CUBAAN UNTUK PECAHKAN GARISAN DOWNTREND> Saham MALTON tutup pada harga 0.390.
> Berdasarkan pada carta harian, harga cuba untuk memecahkan garisan downtrend tetapi tutup di bawah garisan downtrend. Mungkin akan cuba lagi untuk pecahkan garisan downtrend.
> RSI berada di aras 50 menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga telah bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 0.405, sebelum rintangan seterusnya di 0.420 dan 0.425.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
[Watchlist]Malton menarik diperhatikan.
Harga terkini sudah melepasi garis fibo retracement 78.60%.
Indikator stocastic rsi sedang memasuki kawasan overbought
dan MACD sedang membuat cross dengan terdapat positif momentum
pada MACD diagram.
Saham ini boleh diperhatikan pada minggu hadapan. Sekiranya
terdapat permintaan yang tinggi pada saham ini, berkemungkinan
ia akan mencuba melepasi harga fibo seterusnya iaitu pada harga
0.610.
Malton - smart money masukMalton pada sesi perdagangan hari ini telah kelihatan belian yang besar dengan kenaikan harga. Potensi untuk terus naik dijangkakan sehingga R1 dan R2. Namun begitu, jika harga berundur sehingga di bawah paras S1, mungkin kenaikan yang dijangkakan tidak akan berlaku.
Entry: harga semasa, atau selepas T4. Lihat pergerakan harga esok
Target: R1 dan R2
Stoploss: S1
MALTON: MA200 tolak dua kali dalam tahun iniMALTON telah ditolak dua kali dalam tahun ini. Oleh itu, saya amat bearish dengan MALTON. Sokongan bagi MALTON adalah 485 sen. Dengan mengandaikan MALTON ingin menguji MA200 lagi sekali, harga dalam zon 485 sen sangat sesuai untuk dimasuk. Jual rugi pada 470, yang mana akan mencetuskan jualan jatuh ke 450 sen jika gagal naik. Rintangan ambil untung adalah pada MA200 sekitar 520 sen.
Malton: Permulaan trend jangka pendek yang baru1) Paraas sokongan terdekat bagi kaunter ini adalah pada harga 0.475 dan rintangan terdekat pada 0.580 dimana harga terkini pada 0.525. Risk reward ratio adalah lebih kurang 1:1.
2) Harga terkini kaunter ini berada di atas MA50 dan diatas MA20.
3) Ini menunjukkan minat belian bagi long term dan mid term pada trend menaik.
4) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana berada di atas paras 0 bagi penunjuk MACD dan garisan signal dan garisan MACD juga telah bersilang.
5) Ini menunjukkan kaunter ini akan meneruskan kenaikan dalam masa terdekat.
6) Penunjuk teknikal Parabolic SAR juga telah melintas ke bawah menujukkan bahawa selagi harga tidak turun daripada paras sokongan SAR yang terdekat, kaunter ini akan meneruskan kenaikan.
7) Para trader/investor boleh beli pada harga terkini atau tunggu harga turun sedikit pada harga terendah pada harga 0.510.