idea dagangan MMSV
MMSV masa depan yang lebih cerah?Pada 17 Jun 2020, berlaku kenaikan yang tinggi beserta volume yang tinggi namun ditutup rendah membentuk pinbar.
Di sini menunjukkan berlaku sesuatu yang menarik dalam fundamental MMSV, yang berjaya menarik minat yang tinggi di kalangan pedagang dan pelabur.
Walaupun menerima penolakan sehingga terbentuknya pinbar, minat itu tidak terus hilang di situ. Carta menunjukkan, ia membina momentum dengan cara sihat selepas berlakunya pinbar.
Jika harga bertahan atas dari 0.720, masa untuk ia memecahkan sekurang-kurangnya minor down trend line adalah hampir. Seterusnya akan menguji rintangan 0.805 dan sekaligus berperang hebat di major down trend line.
Untuk dapat gambaran apa yang boleh berlaku selepas break major down trend line, boleh amati carta Ptrans. Cuma bezanya, Ptrans didukung oleh mini consolidation, manakala MMSV pula didukung oleh pinbar beserta percikan volume yang kuat.
MMS Ventures Berhad - mampu kah untuk membuat kejutan?MMS Ventures Berhad, syarikat induk pelaburan, mengeluarkan sistem dan mesin automatik, serta menawarkan perkhidmatan pengembangan perisian komputer. Ia menawarkan pelbagai sistem automatik untuk pengujian, pemasangan, dan pembungkusan dalam industri semikonduktor dan optoelektronik.
Diantara Pegangan saham utama
Dikemaskini pada 8-May-2020
*Kesiago Systems Sdn Bhd 15.16%
*Citibank New York 2.66%
*Hong Leong Assurance Berhad 1.56%
*Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) 1.15%
cadangan mengikut kaedah gann
EP :0.69
TP1 : 0.73
TP2 : 0.77
SL : 0.65
Ini hanyalah perkongisan Idea. adalah dinasihatkan untuk membuat kajian lebih mendalam sebelum membeli sesuatu saham.
MMSV - Laggard teknologi1) Kebanyakan kaunter teknologi telah rebound ke paras sebelum crash.
2) Antara kaunter yang belum naik ialah MMSV, harga kekal consolidate/sideways sejak awal Mei.
3) Garis pada 0.660 menjadi penentu sama ada kaunter ini akan mula naik atau kekal dalam mod consolidation.
4) Sekiranya kaunter berjaya naik, TP mid-term adalah pada aras 0.900.
5) Institusi yang memiliki pegangan dalam kaunter ini ialah KWAP dan Hong Leong.
Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham.
MMS - Kegilaan apakah ini?Pemerhatian:
a) Harga bergerak secara Sideway dari pertengahan April dan telah pun keluar dari Trendline.
b) Pada 17/6, harga melonjak naik melebihi 30% dan menembusi R1 & R2 sebelum ia jatuh kebawah semula, membentuk UT. Volume pula sangat klimatik.
c) Terdapat percubaan untuk mengembusi R1 pada 30/4 tetapi gagal. Landasan 20/40MA pula sudah bertemu dengan harga berada diatasnya.
Rumusan:
- Harga berkemungkinan akan bergerak secara Sideways untuk jangkamasa yang lama.
- Jika harga naik dengan volume yang meningkat maka ia perlu melepasi R3. Jika harga menembusi RTS, maka kemungkinan harga akan turun hingga S1 dan bergerak secara Sideway disitu.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
MMSV- adakah peluang disituNOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing
Mampukah candle menuju ke area green box ke atas. pada pendapat saya jika sudah sampai OUT dulu. apa pendapat anda?
Jika candle turun ke area red box abaikan dulu .
note: stay at home.. semoga semua kita selamat dari covic-19
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli atau menjual saham,
Ianya bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..Jaga modal kita..ingat tu
MMSV lantunan teknikalMMSV kelihatan telah menolak zon sokongan 66-68sen.
mungkin akan mencuba paras 73sen, danjika boleh tembus, seterusnya 78sen. Jika pergerakan harga kukuh dengan volume yang banyak, tidak mustahil harga akan mencecah 89sen.
Jika paras 89sen ditembusi, ia dijangka boleh naik lagi la tu..
MMSV - peluang dagangan jangka pendek 1. Sekarang harga sudah di garis trend rintangan dan harga dijangka terus naik jika minat belian masih kuat
2. Jika berjaya BO garis trend rintangan, harga sasaran ialah garis siling channel ke atas. Harga dijangka akan terus bermain didalam saluran channel dan peluang dagangan jangka pendek tersedia bila harga menyentuh kembali garisan sokongan channel
3. Ini ialah kemaskini dari kajian pada 7 Jan 2020
KAUNTER KAJIAN UNTUK DIPERHATIKAN: MMSV3 Februari 2020
KAUNTER KAJIAN UNTUK DIPERHATIKAN: MMSV
Patuh syariah
Mempunyai Fundamental yang baik
Aliran trend menaik
Harga telah melepasi MA50 dan MA200
Teknik belian: Sepertimana yang ditunjukkan dalam carta
Selamat melabur dan berdagang saham
SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENGGUNAKAN TRADING VIEW - PEKEJ PRO DAN LIVE DATA PERCUMA, HUBUNGI SAYA edibasar 0122170597
MMSV di persimpanganMMSV kini berada di persimpangan apabila membuat Spinning Top di dalam Zon Konsolidasi 0.740 - 0.790. Dua paras ini menjadi indicator arah mana MMSV akan tuju.
Sekiranya dia pecahkan rintangan 0.790, maka ia akan membuat lantunan ke atas dan mungkin menuju ke major trendline.
Sebaliknya jika sokongan 0.740 yang dipecahkan, maka ia sambung perjalanan ke arah selatan.