MYEG [S]: Cup & Handle? - MYEG sepatutnya sudah masuk ke fasa mark up setelah melengkapkan fasa pengumpulan sejak kejatuhan teruk pada 2018.
- Tetapi ia membuat pullback, seperti formasi cup & handle.
- Jika rintangan di hujung cup itu berjaya dipecahkan, inshaallah harga akan melonjak menuju rintangan seterusnya sebelum kejatuhan.
*PENAFIAN: Ini adalah kajian persendirian, bukan saranan membeli / menjual.
idea dagangan MYEG
Paras Sokongan dan Halangan: Aplikasi Pada Carta MYEGBagaimana Mahu Mengenali Paras Sokongan dan Halangan?
Garisan sokongan yang kuat ini dapat dikenalpasti apabila sesuatu garisan sokongan telah melantun sekurang-kurangnya 3 kali.
Sesuatu garisan yang berjaya membuat lantunan melebihi 3 kali dianggap sebagai garisan sokongan yang kuat.
Jika dilihat dalam chart MYEG telah berlaku sekurang-kurangnya 4 kali lantunan iaitu pada Mac, September, Disember 2020 dan Mei 2021.
Jadi garisan sokongan tersebut boleh disebutkan sebagai garisan sokongan yang kuat.
Manakala garisan halangan atau resistance pula dapat dikenalpasti melalu lantunan yang terhasil apabila sesuatu harga mencapai sesuatu garisan tersebut.
Dapat dilihat lantunan telah berlaku beberapa kali pada Mei, Jun, Disember 2020 dan Februari 2021.
Garisan ini boleh disebut sebagai garisan halangan yang kuat.
Cara untuk memaksimakan keuntungan dan meminimakan risiko adalah membeli di support dan menjual ketika harga mencapai paras resistance.
*TAMBAHAN
Setelah mengetahui paras sokongan kita akan mengaplikasikan bebeapa perkara di dalam carta MYEG :
1. Indicator RSI berada di atas 50.
Ini menunjukkan bahawa minat pembelian saham MYEG semakin bertambah.
2. Setelah melakukan lantunan di atas garisan sokongan kini saham MYEG sedang bertenggek di atas sokongan dinamik MA 50.
Sekiranya tiada lantunan di sokongan dinamik ini berkemungkinan besar MYEG akan kembali mencuba garisangan sokongan RBS (Resistance Become Support) paras tertinggi pada tahun 2018.
3. Indicator MACD mula menghampiri paras positif.
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran semata dalam mengaplikasikan sokongan dan halangan dalam chart.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR
Kejar Bonus Isu ke?MY E.G. SERVICES BERHAD ("MYEG" OR THE "COMPANY")
(I) PROPOSED BONUS ISSUE;
(II) PROPOSED DIVERSIFICATION; AND
(III) PROPOSED AMENDMENT
(COLLECTIVELY REFERRED TO AS "PROPOSALS")
sumber : bursaMalaysia
Dari segi teknikal sabar sahaja dahulu sehingga ke Support
#sekadarIdea #budakMentah
MYEG : adakah masih bertahan ??>sokongan pada 2.00 adalah paling kuat untuk pantulan kembali.
>rsi pada 42.29 masih tiada kekuatan untuk mendogak kembali.
Boleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
Mendoji Di MA50MYEG pada hari ini dilihat membentuk candle doji berhampiran garisan MA50. Persoalannya adakah doji tersebut merupakan tanda untuk ianya meneruskan kenaikan atau membuat penurunan. Secara teorinya, kaunter ini perlu naik ke atas garisan MA50 dan seterusnya MA20 untuk mengesahkan kenaikan seterusnya.
Penafian:
Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran
CAWAN DAN PEMEGANG - MYEG.Kajian Analisa.
MYEG SERVICES BERHAD. – TECHNOLOGY, IT SOLUTIONS.
Terdapat pattern cawan dan pemegang.
Pendakian yang sihat sehingga menjadi HIGH HIGH pada 16.02.21.
Bergerak mendaki keatas. Masih dalam trendline.
1. Harga berada di atas Mid BB menuju Top BB.
2. Harga berada di atas MA200,MA50.
3. Volume – Minat belian telah ada.
4. SmartMCDX indi merah – Pembeli korporat telah masuk.
5. BBD Signal – Dot Hijau, di atas line 0 – static.
6. Stoch RSI – Telah Oversold.
Tindakan Trader :
Sila perhatikan dengan teliti jika berminat untuk masuk.
Boleh EP di TF yg kecil untuk bersama mendaki ke puncak semula.
Adakan akan terjadi High High yang terbaru.
Mari saksikan kajian ini bersama.
# Bukan Buy Call hanya kajian Analisa sahaja.
# TAYOR.
ILMU ANALISA TEKNIKAL: Anjakan Fibo, apakah fungsinya?Anjakan fibo kebiasaannya digunakan sebagai penanda aras zon mengambil keuntungan. Namun, terdapat fungsi kedua iaitu sebagai penanda aras zon-zon untuk harga turun membuat pembetulan sebelum meneruskan kenaikan semula. Kaedahnya, fibo ditarik dari harga tertinggi (ambil kira bayang lilin) hingga ke harga terendah sebelum harga tertinggi. Seperti contoh MYEG, anjakan fibo dari harga RM2.25 hingga RM1.70. Maka kita akan menjangkakan harga turun membuat pembetulan dan memberi ruang kepada pelabur mengambil keuntungan pada entri sebelum ini sehingga paras 23/32/50 anjakan fibo. Pelabur boleh menunggu sehingga harga menguji paras harga tersebut, jika berlaku tolakan harga, maka pelabur boleh mula membuat entri. Paras berhenti rugi (SL) adalah sekiranya harga tutup di bawah para 0 fibo atau RM1.70. Pelabur boleh mengira risiko dan keuntungan sebelum membuat entri. TAYOR
21 Feb 2021: MYEG serdang menguji zon fiboPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
MYEG
1. Harga naik selepas mencapai dasar mingguan RM0.705 buat kali ketiga.
2. Harga semasa berada di zon fibo 61.8% (RM2.14) penarikan balik. Perlu memerhati sama ada harga dapat mengatasinya.
3. MACD masih di zon bullish dan bermomentum.
MYEG 15/2/21MYEG dilihat membuat gerakan membuat percubaan serta dilihat bertahan.Menanti breakout Bersama volume solid.Price berada di area resistance.Di atas Ema 50/200.Pembentukan Chart pattern yang cantik.
Chart ini hanyalah kajian dan panduan pembelajaran,saya mohon Tuan/Puan menjaga dan patuhilah Trading plan yang Tuan/Puan telah buat.Bila bercakap tentang TA ia juga tidak lari Kemungkinan.Sentiasa terapkan disebalik harga yang dibeli,ada sebuah perniagaan yang berdiri dibelakangnya.
MYEG [S] 9 Feb 2021 : Breakout dengan volume1. MYEG membuat tujahan breakout yang sangat padu
2. Volume kuat membantu tujahan bertahan
3. Tahap rintangan sebelum ini dapat dipecahkan
4. Adakah MYEG akan mencari lagi tahap-tahap rintangan seterusnya atau akan membuat rehat (pullback) baru sebelum mencari tahap sokongan seterusnya?
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more Allah will give to you"
MYEG 7/2/21WATCHLIST
- harga diatas garisan EMA20/50 dan MA200
- uptrend
- adakah akan BO 2.05 atau akan berehat di area 1.90?
- perhati rapat
PENAFIAN : KAJIAN HANYA UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DAN BUKAN "BUYCALL". TRADE AT YOUR OWN RISK. SILA LAKUKAN KAJIAN DAHULU SEBELUM ANDA MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN
MYEG Breakout1) MYEG breakout dengan daily volume yang besar (daily volume: 41.48 juta) adalah 1.76x lebih besar daripada 50-day volume average (23.534 juta).
2) Daily volume yang 1.5x lebih besar daripada purata volume 50 hari dianggap sebagai heavy volume.
3) MYEG berada dalam jajaran uptrend dengan EMA 50 berada di atas EMA 200.