idea dagangan PA
PA (Masih di Dalam Saluran Kenaikan)Sektor:
- Aluminium, Metals, Industrial Products & Services, Green Tech.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) PA berada dalam keadaan uptrend. Peningkatan keuntungan bagi PA QoQ adalah sebanyak 190.23% manakala YoY meningkat sebanyak 225.89%. Hasil (revenue) bagi PA juga meningkat QoQ dan YoY melebihi 30%.
- Dari sudut Teknikal, PA dilihat berada di atas MA 50 menunjukkan PA uptrend untuk mid term.
- Sebelum ini, PA pernah rebound di atas MA 50. Jadi, MA 50 boleh dijadikan dinamic support untuk PA.
- PA juga dilihat berada di dalam uptrend corridor.
- Terkini, PA dilihat cuba untuk rebound setelah menerima tekanan jualan tiga hari berturut.
- Jika diperhatikan, volume penjualan semakin mengecil menunjukkan minat pembelian semakin berkurang.
- Kemudian, muncul volume pembelian menggantikan volume penjualan. PA dilihat membuat rebound di atas support terbarunya iaitu RM 0.450.
- Jika harga mampu bertahan di atas RM 0.450 ini, harga berpotensi ke RM 0.560.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
* Uptrend corridor = Saluran selari yang menaik.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
P.A RESOURCES BHDtrending up yg masih mempunyai momentum utk meneruskan kenaikkan dalam keadaan harga yg masih bertahan kuat memantul diatas garisan 50ema dan dalam jangkaan meneruskan kembali kenaikkan memecahkan segitiga menuju ke rintangan2 yang lebih tinggi utk membentuk HH bersama sokongan petunjuk teknikal sebagai validasi tambahan,sila dyor dan tayor
#MAC21
Mengamuk SakanPA RESOURCES mengamuk sakan hari ini setelah berjaya bertahan di atas garisan MA50 lalu membuat kenaikan sehingga melintasi MA20. Secara teorinya, ianya berkemungkinan akan mencari paras atas bollinger band sekitar harga 0.570 namun pergerakannya juga berkemungkinan untuk kembali dahulu ke MA20 sebelum meneruskan perjalanan ke atas. Menarik untuk diperhati kerana volume yang terhasil pada hari ini juga besar dan melebihi volume purata yang didagangkan.
Penafian:
Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran
P.A (SHARIAH) REVIEW- berpotensi untuk memecahkan "downtrendline" apabila membuat corak "spinning top" sebagai corak terakhir
- harga tertinggi setahun pada harga 0.590
- harga terendah setahun pada harga 0.070
- momentum kenaikan yang kuat apabila melantun di atas EMA8
- harga terendah pada corak terakhir "spinning top" boleh dijadikan sebagai sokongan terhampir, manakala harga tertinggi boleh dijadikan sebagai rintangan terhampir
p/s: sekadar kajian
PA[S] 26 Feb 21 : Masih berlegar di atas support1. PA masih lagi berlegar-legar di atas support 0.515.
2. Sekiranya support yang kuat dapat dibentuk, tidak mustahil PA akan meroket pada minggu depan.
3. Apakah PA akan meneruskan kenaikan pada minggu depan? Wallahu'alam.
5. Sila masukkan ke dalam watchlist anda.
Sama-sama kita perhatikan.
Diclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk percambahan minda sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
SEKIRANYA IA MEMBANTU ANDA, SILA LIKE DAN SHARE.
PA boleh jadi pembetulan atau terus naikQR dengan keuntungan yang baik boleh buat naik atau akan buat pembetulan Elliot Wave terlebih dahulu. Graf menunjukkan lilin telah cuba uji rintangan Fib Extension 0.618 sebelum turun membuat pembetulan. Pendapat saya tengok dulu dia lepas atau tak 0.618 tu atau betul dia sideway. Kalau dilihat profil volume seolah-oleh masih ramai yang pegang sejak harga sebelum consolidate lagi.