SINOTOP: Masihkah berpeluang untuk naik?Berdasarkan carta, ia masih lagi dalam kawasan segitiga.. di mana hala tuju nya 50-50.
Volume hari Jumaat lepas agak tinggi daripada average, namun tekanan jualan juga tinggi. Lantas mematikan percubaannya untuk breakout.
EMA50 menjadi paras support semasa ia melantun naik 2-3 hari lepas.
EMA200 menjadi paras sasaran terdekat.
Mungkin kita boleh masukkan dalam watchlist utk kita monitor Isnin nanti.
idea dagangan PERTAMA
SINOTOP 09/11/18 PENGHUJUNG SEGI TIGA
1) Kaunter SINOTOP pada tarikh 09/11/18 telah berada di penghujung bentuk segi tiga..
2) Kaunter ini juga telah membuat 2 kali percubaan untuk menembusi garisan SMA 200 dan
garisan trend line menurun ..
3) Adakah kaunter ini akan berjaya menembusi garisan SMA 200 dan garisan trend line menurun
bagi kali yang ke 3 untuk membuat trend yg baru ??
4) Jika harga berjaya menembusi aras sokongan dan makin menurun, boleh abaikan dulu untuk sementara waktu..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
Adakah SINOTOP akan membuat pullback?Volume begitu besar minggu lepas.
Masih dalam keadaan trend menaik.... walaupun penjualan yang amat banyak sebelum market tutup.
Mungkin ada peluang untuk menunggu pada paras trendline atau band merah trendband ini sekiranya ada pullback... asalkan trend tidak patah
SINOTOP terkejut- Pertama sekali ini hanyalah catatan pembelajaran sahaja, bukan tujuan untuk rekomendasi membeli atau menjual kerana harga telah pun bergerak naik.
- Kaunter SINOTOP ini pada awal pagi tadi, tepat jam 9.00 pagi telah membuat kenaikan 4 bids bermula 0.240 sehingga 0.260, itu adalah signal pertama kenaikan berdasarkan indikator momentum pillar tf5. Selepas itu harga turun dan naik semula melepasi rintangan 0.260 menunjukkan momentum yang kuat. kenaikkan pertama itu secara langsung telah break rintangan pertama iaitu upper channel pada harga 0.250 iaitu harga tertinggi dalam sebulan.
- Sebelum rehat sesi pagi juga kaunter ini telah melepasi rintangan kedua iaitu garisan hijau 0.270 dan setelah itu harga menjadi sideway sekitar harga 0.285 - 0.295. Andai kata kita terlepas entry awal pagi tadi, maka harga di dalam sideway ini sebenarnya boleh kita jadikan sebagai kawasan support dan resistance. Namun suggestion yang tepat untuk entry waktu itu ialah apabila price berjaya naik melepasi 0.290.
- Semalam 3/9/2018 lagi indikator MCDX tf5 di dalam carta 5 minit telah menunjukkan merah semakin menaik.
- Agaknya semalam hari terkejut, hari ini kaunter ini juga terkejut dan membuat kenaikkan yang maha dahsyat sehingga mencecah high 0.530 sebelum turun semula dan close pada harga 0.375.
- Tahniah kepada sesiapa yang dapat menjual di atas dan takziah kepada sesiapa yang terbeli diatas pucuk kerana mengejar harga.
- Kuncinya ialah cari kaunter yang menghampiri upper channel dan tunggu signal momentum pillar keluar untuk pastikan momentum untuk break keatas itu kuat apatah lagi jika ditambah dengan indikator MCDX tf5 sebagai confirmation signal.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!