Rupa bentuk carta press metal terkini. Lakaran corak tenpohari sudah di kira tidak valid dan boleh diabaikan. Garis trendline menurun masih boleh lagi dikekalkan. Masih menunggu laporan kewangan terbaru, agak lambat kali ni keluar.
Bergantung pada cara kita memandang, ada pelbagai corak yang boleh di lukis antaranya, segitiga, bendera atau cawan ajaib. Apa saja corak yang kita bayangkan, harga terkini sudah menembus ke atas dan jangkaan mungkin meneruskan kenaikan lagi. Itu pun kalau tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh masa terdekat. Sambung kemudian.
Harga ketika ini sedang bercinta berhampiran garis trend menurun dan kalau diperhatikan corak yang ternampak seakan segitiga. Seperti biasa, jika nampak corak, kita hanya perlu tunggu ke mana arah tembus harga nanti.
Kemaskini dari posting tempohari. Orang lain ke atas, dia seronok pulak ke bawah.
Kemaskini dari video bulan november lepas. Hari ini, press metal mencuba untuk keluar dari kotak yang membelenggu pergerakan harga. Ada 2 kemungkinan, samada dia buat "false breakdown" atau "confirm breakdown". Penerangan ringkas seperti di dalam video. Semoga terhibur.
Sejak ogos sehingga sekarang, harga press metal bergerak dalam kedudukan mendatar sahaja. Julat pergerakan harga paling rendah sekitar RM 4.60 dan paling tinggi sekitar RM 5.00. Adalah lebih baik sekiranya kita menunggu sehingga harga keluar dari range di atas sebelum membuat sebarang keputusan berdagang. Dan, sekiranya harga berjaya naik lebih tinggi,...