MYX:PMETAL   PRESS METAL ALUMINIUM HOLDINGS BERHAD
PMETAL membuat jatuhan setelah mencapai kepada harga tertinggi pada 7.400 dan memasuki ruang fibo emas diantara 50-61.8%. Harga melantun keatas setelah gagal melepasi kawasan sokongan diantara 3.940 - 3.900 dengan membuat percubaan berganda. kejatuhan juga disifatkan sebagai sementara kerana belum terbentuknya perbezaan diantara harga dan indikator.

PMETAL mencatatkan hasil yang baik pada Q2 Jun 22 sebanyak RM4,007,718,000 berbanding Q1 Mar 22 RM3,920,818,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM86,900,000. Namun Keuntungan bersih Q2 Jun 22 RM 409,174,000 berkurang jika dibandingkan dengan Q1 Mar 22 RM421,017,000 mencatat perbezaan sebanyak RM11,843,000.

Pemegang saham utama bagi PMETAL terdiri daripada ALPHA MILESTONE SDN BHD 34.08% sebanyak 2,751,876,677 unit saham yang bernialai 13.07B , diikuti KOON POH MING 5.85% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 472,634,516 unit saham dengan nilai sebanyak 2.25B.

corak carta : fibo, convergent

Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.