POS Malaysia 14 jun 2019 | menarik utk diperhatikanSalam semua,
.
1. POS dah lama drop.
2. Dah lepas signal oversold
3. Boleh dah mula tgk2 utk peluang rebound
4. Harga menghampiri midBB
5. jika berjaya panjat atas midBB harga akan menuju ema50
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
idea dagangan POS
POS - koreksi mungkin telah berakhir dengan penampakan volumePOS telah mengalami koreksi yang agak panjang dan telah mencapai harga kedua terendah pada 1.22 hujung bulan May lalu.
Ini disebabkan oleh performance QR yang agak merosot untuk beberapa keputusan yang lalu.
-Harga terendah pada 1.13 iaitu pada tahun 2003 lalu.
-Minat pembelian bertambah dengan penunjukkan volume yang agak tinggi sejak awal bulan Jun19.
-Masih lagi dalam fasa downtrend, namun pengumpulan unit boleh diperhatikan melalui carta.
-Harga ringtangn semasa, R1 1.39 juga telah pecah dan destinasi TP seterusnya adalah pada area EMA50.
-POS juga telah mengumumkan pelan mereka untuk menaikkan kadar postage untuk memperbaiki kemerosotan report kewangan mereka, mungkin jg ini telah meyakinkan para pelabur.
-EPF juga telah mula untuk membeli unit semua pada awal bulan Jun.
FA Rating - 3/10
<TradeVSA> Pos Malaysia Akan Mencuba di Tahap RintaganIsyarat Kekuatan di carta sejam:
1. Isyarat bullish selepas pengumpulan daripada smart money
2. Isyarat Line Change dengan volum yang tinggi
3. Tiada isyarat kelemahan lagi
4. Mempuyai peluang untuk mendapat keuntungan +13% daripada isyarat pembelian
Sertai kita di Facebook Live pada 10 Jun 2019, 9:30pm untuk berbincang corak dagangan lebih teliti
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
<TradeVSA> POS akan kembali ke fasa PengumpulanIsyarat Kekuatan di carta:
1. Volum tinggi dengan perubahan trend
2. Carta sejam menunjuk sokongan selepas pembelian daripada Smart Money
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
Pos Malaysia: Masih dalam saluran harga menaik Pos Malaysia masih dalam saluran harga menaik dengan tanda-tanda pengumpulan dengan rintangan seterusnya di 1.970 dan 2.000. Sekiranya saluran ini pecah, kita akan melihat Pos untuk naik ke 2.260 dalam masa terdekat. Jual rugi boleh dibuat sekiranya Pos Malaysia menutup di 1.870 kerana ia menandakan bahawa Pos Malaysia gagal menepati momentum yang diinginkan.
Pos Malaysia: Pengumpulan semakin rancakPos Malaysia hari ini telah mengalami pengumpulan rancak apabila harga melonjak naik ke 1.910 untuk menguji rintangan momentum sebelum jatuh ke 1.880 iaitu satu penutup yang masih positif kerana ianya adalah di atas sokongan 1.860 yang diiringi dengan kenaikan positif RSI. Pos Malaysia perlu memecahkan RSI 54 sekitar harga 1.910 untuk meneruskan kenaikkan dalam masa terdekat. Cadangan ambil untung pertama pada 1.950.
Pos Malaysia: Peluang untuk mengumpulPos Malaysia mempunyai peluang yang jelas untuk mengumpul mengikut RSI dan dijangka akan bergerak dalam masa terdekat, atau 4 hari dari sekarang sekiranya Pos Malaysia dapat tutup di atas 1.87 sen dalam mana-mana hari dalam 4 hari itu. Sekiranya ini berlaku, Pos Malaysia akan menguji zon rintangan RM 1.950 - RM 1.990.
Tetapi jika RSI patah trendline-nya, maka perjalanan Pos Malaysia masih jauh.
Jual rugi jika Pos Malaysia masih menutup di RM 1.85/RM 1.86 dan telah membuat Lower Lows dengan menguji RM 1.84.
POS: Lantunan teknikal di Carta minguan?Secara keseluruhan harga saham POS masih berada didalam keadaan arah aliran menurun. Walaubagaimanapun, pergerakan harga terkini seakan membuat lantunan teknikal yang bermula pada minggu akhir 2018. Harga saham juga telah berjaya memecah & tutup diatas 6MA dicarta mingguan. Jika momentum ini berkekalan, kami percaya harga akan menguji paras rintangan terdekat iaitu di RM 2.04 & jika berjaya melepasinya harga akan mencari RM 2.45. Harga sokongan terdekat di RM 1.76 & RM 1.55
POS 4 Jan 2019 | wave 4 correctionSalam semua.
.
1. Kounter POS menarik beberapa hari ini.
2. Tapi kena jaga2 jugak sebab dia masih dalam correction wave 4
3. Dia panjat dulu sebelum buat wave 5 ke bawah
4. Jgn terperangkap plak nanti
5. Kalau nak FIFO selamat sikit (kena belajar lah teknik Intraday nanti baru yakin utk FIFO).
.
Selamat berdagang saya ucapkan..
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
Analisis Mingguan POS (4634)Di atas merupakan carta mingguan bagi kaunter POS (4634).
Ia telah memulakan perjalanan uptrend bermula pada pertengahan bulan Mac 2016 dengan pengesahan volume dan candle hijau yang besar. Sehingga lah ia berada di puncak pada awal Mei 2017. Sepanjang tempoh tersebut tiada volume berwarna merah yang muncul. Kemudian kaunter ini dalam keadaan sideways dan gagal untuk melepasi puncak yang tertinggi dan kelihatan volume merah yang pertama sudah muncul pada akhir bulan Oktober 2017.
Volume merah yang tinggi dapat dikesan pada pertengahan bulan Disember 2017 serta pada hujung Febuari sehingga Mac 2018 dan paling terbaru pada minggu 19 November 2018.
Bagi para pelabur, kaunter ini perlu dielakkan kerana penjual masih lagi dominan berbanding pembeli. Perlu menunggu isyarat membeli kembali iaitu volume hijau yang besar serta MA cross kembali positif dan candle melepasi garisan MA.
Bagi traders, paras sokongan dapat dilihat pada harga di antara 1.99 sehingga 2.06. Traders boleh mengambil peluang di sini kerana mungkin akan adaa pantulan teknikal.
Nota kaki: Ini merupakan pandangan sahaja. Sebarang risiko tidak akan ditanggung.
ADAKAH POS AKAN MUNCUL TECHNICAL REBOUNCE??Mengikut RSI, POS MALAYSIA telah berada dekat area oversold. Kalau lihat dari segi volume, sell volume semakin berkurang, ia dijangka minggu depan kemungkinan besar akan berlaku rebounce jika ia berjaya bertahan kat support 3.62. Kalau berjaya bertahan kat 3.62 , resistance POS malaysia adalah 3.74
POS dalam fasa pengukuhan..POS masih dalam trend menaik, kini dalam fasa pengukuhan dan harga berlegar dallam kotak ungu. Jika harga menembusi kotak ke atas, maka ia dijangka akan menuju ke R1. Bila harga berhampiran S1 adalah harga terbaik dengan risiko paling minima untuk membeli.
Jika harga menembusi ke bawah kotak, maka kemungkinan ia akan meneruskan perjalanan ke S2.