idea dagangan PUC
PUC akan Membuat Lantunan di Garis EMA100?PUC pada sejarahnya suka melantun pada garis EMA 100 (garis hijau). Ia sekarang berapa pada paras sokongan yang kuat dan juga telah keluar signal WL mengikut indi OSC. Perlu juga berhati-hati kerana pendapatan bersih syarikat adalah negatif untuk tahun 2019 - 2021 (Suku Pertama). Hanya disyorkan untuk jangka pendek dan sederhana.
Kawasan masuk: 0.155 - 0.165
Ambil untung: 0.19
Potong Rugi: 0.145
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Jika perlukan Indicator OSC seperti dalam paparan untuk mudahkan anda membuat belian dan jualan, boleh hubungi saya.
PUC - AMAT BERPOTENSIAce Market : Media
Market Cap 203.8M
Shares (mil) 1,235.31
CP = 0.165
Ciri-ciri menarik:
1. Candle terakhir dah break DTL.
2. Support terdekat pada lower channel / trendline dan juga EMA 90.
3. Oversold
4. Nampak jelas pada chart, PUC telah kembali uptrend apabila
berjaya break previous LH, di ikuti dengan struktur HH dan HL yang baru.
5. Volume overtake yang power.
Idea
S= 0.150 /0.155
R = 0.175 / 0.190 / 0.205 / 0.230
**Saham bergerak secara zig-zag.
** Jumlah share yang besar berbanding market capital yang kecil.
Pergerakan saham ini adalah perlahan.
Penafian : Ini adalah kajian semata-mata & bukanlah buycall.
Saya tidak bertanggungjawab atas keuntungan mahupun kerugian anda.
TRADE AT YOUR OWN RISK!
PUC BHD: Menarik Untuk DiperhatikanSektor: Perkhidmatan Komersial
Industri: Perkhidmatan Pengiklanan/Pemasaran
1. Analisa Trend
I. Setelah mengalami penurunan daripada Disember 2020, MYX:PUC telah memecahkan "down trendline" untuk memasuki fasa "sideways/accumulation".
II. Paras harga "resistance" ketika fasa itu adalah 0.170 dan paras harga "support" adalah 0.140.
III. Pada 26 Julai 2021, ada jarak antara harga buka dengan harga tutup pada 23 Julai 2021. Pada hari tersebut harga tutup pada paras 0.170.
IV. Kini, 27 Julai 2021 ia tutup diatas paras harga "resistance" iaitu 0.180.
2. Penunjuk indikator
1. Moving Average - MYX:PUC telah berada diatas garisan EMA9(merah),MA20(biru) dan MA50(hitam). Ini menunjukkan ia sedang berada dalam fasa kenaikan. Dapat dilihat lagi ketiga-tiga garisan ini sedang berada dibawah paras harga tersebut. Menunjukkan tanda yang MYX:PUC telah berada dalam keadaan menaik.
2. RSI - MYX:PUC menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50. Bukan itu sahaja, ia sedang menghampiri kawasan "overbought".
3. MACD - garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal. Disokong dengan melihat kenaikan melalui histogram MACD menunjukkan kewujudan momentum
yang baik.
Jika ia meneruskan kenaikan dengan kehadiran volume yang tinggi, ia akan menuju ke paras harga 0.195.
Boleh diperhatikan bagaimana MYX:PUC akan pergi nanti nanti.
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.
PUC breakout consolidationPUC berjaya breakout rintangan consolidation 0.165.
Dari lenggok pergerakan PUC iaitu breakout Falling Wedge -> Consolidate - > Spring -> Gap dan terus breakout consolidation beserta volume, ia menunjukkan potensi besar untuk rally uptrend dengan harga sasaran 'terdekat' 0.210, 0.250.
PUC : Masih dalam collection (Box Trading)CP : 0.16
R1/R2 : 0.17 / 0.19
S1/S2 : 0.15 / 0.13
** S&R berdasarkan nilai Carta Gann
1. MAsih dalam keadaan sideway , harga dagangan bermain2 dalam Kotak
2. Membuat kenaikan sebanyak 6.67% (kenaikan 1 sen @ 2 bid) dengan kenaikan Volum yg semakin meningkat
3. Garisan SMA5, EMA20 & EMA50 sudah berjaya tersusun cantik
4. Indikator2 RSI, Stoch, MACD, DMI, MCDX dalam keadaan menaik --> penampakan momentum dalam meneruskan kenaikan untuk membuat fasa baru.
5. Sekiranya harga berjaya mencapai harga SMA200, BO dan bertahan diatasnya, petanda akan meneruskan kenaikan
CATATAN :
#INI HANYALAH SATU KAJIAN PERIBADI, BUKAN MERUPAKAN BUY CALL. JIKA ANDA BERNIAT UNTUK BERDAGANG, ANDA PERLU MENGAMBIL RISIKO ANDA SENDIRI
TAYOR
Sila Like & Share sekiranya kajian ini memberi manfaat kepada anda.
Terima Kasih