Ajrun_

PUC BHD: Menarik Untuk Diperhatikan

MYX:PUC   PUC BERHAD
Sektor: Perkhidmatan Komersial
Industri: Perkhidmatan Pengiklanan/Pemasaran

1. Analisa Trend

I. Setelah mengalami penurunan daripada Disember 2020, PUC telah memecahkan "down trendline" untuk memasuki fasa "sideways/accumulation".
II. Paras harga "resistance" ketika fasa itu adalah 0.170 dan paras harga "support" adalah 0.140.
III. Pada 26 Julai 2021, ada jarak antara harga buka dengan harga tutup pada 23 Julai 2021. Pada hari tersebut harga tutup pada paras 0.170.
IV. Kini, 27 Julai 2021 ia tutup diatas paras harga "resistance" iaitu 0.180.

2. Penunjuk indikator

1. Moving Average - PUC telah berada diatas garisan EMA9(merah),MA20(biru) dan MA50(hitam). Ini menunjukkan ia sedang berada dalam fasa kenaikan. Dapat dilihat lagi ketiga-tiga garisan ini sedang berada dibawah paras harga tersebut. Menunjukkan tanda yang PUC telah berada dalam keadaan menaik.

2. RSI - PUC menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50. Bukan itu sahaja, ia sedang menghampiri kawasan "overbought".

3. MACD - garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal. Disokong dengan melihat kenaikan melalui histogram MACD menunjukkan kewujudan momentum
yang baik.

Jika ia meneruskan kenaikan dengan kehadiran volume yang tinggi, ia akan menuju ke paras harga 0.195.
Boleh diperhatikan bagaimana PUC akan pergi nanti nanti.
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.