idea dagangan PUC
PUC - Permulaan untuk mendaki setelah jatuh bergolekHarga masih kuat atas garisan SMA200 (lantai kuat), belum ada persilangan garisan2 MA (untuk signal pembelian yang kuat), RSI < 50 menunjukkan harga belum kuat dan stabil
CP - 0.18
R1/R2 - 0.19/0.21
S1/S2 - 0.17/0.15
#HANYALAH SATU KAJIAN PERIBADI, BUKAN MERUPAKAN BUY CALL. JIKA BERNIAT UNTUK BERDAGANG, PERLU MENAGMBIL RISIKO SENDIRI
TAYOR
PUC 10/12/20PUC Breakout Resistance.Menuju ke next resistance SBR.Para pedagang di nasihatkan berhati dalam memilih entry bagi mengelakkan tersangkut dii puncak.
Chart ini hanyalah kajian dan panduan pembelajaran,saya mohon Tuan/Puan menjaga dan patuhilah Trading plan yang Tuan/Puan telah buat.Bila bercakap tentang TA ia juga tidak lari Kemungkinan.Sentiasa terapkan disebalik harga yang dibeli,ada sebuah perniagaan yang berdiri dibelakangnya.
PUC (SHARIAH) REVIEW- setelah mengalami hard selling, akhirnya kembali melantun di support yang sebelum ini
- momentum yang kuat apabila harga berjaya tutup di atas nilai MA200
- RSI mendongak ke atas menunjukkan momentum yang positif
- SLOWSTOCHASTIC juga mendongak ke atas, menunjukkan permintaan yang banyak
- MACD sudah membuat golden crossing cumanya masih di bawah centre line
- rintangan yang seterusnya pada 0.210/0.220/0.230
- kemungkinan akan berlaku profit taking setelah 5 hari berturut-turut melakukan kenaikan
p/s: sekadar kajian
PUC : Potential pecahkan SMA200 untuk felaiLRE kaunter, Teknik BOD, Harga tutup dibawah SMA200 setelah pecahkan garisan SMA200. Harga tutup 1 bid di atas Gann Support.
CP : 0.175
R1/R2 : 0.19/0.21
S1/S2 : 0.17/0.15
#HANYALAH SATU KAJIAN PERIBADI, BUKAN MERUPAKAN BUY CALL. JIKA BERNIAT UNTUK BERDAGANG, PERLU MENAGMBIL RISIKO SENDIRI
TAYOR
5-Dis-2020: Indikator kajian TA (bursa)-Siri 2Assalamulaikum dan selamat sejahtera rakan bokojoz;
Semoga semua sihat sejahtera dan berada dalam lindungannya. Hari ini baru ada kelapangan sedikit untuk menyambung berkenaan indicator ni. Terima kasih sebab belanja like and view untuk siri-1.
Suka saya ingatkan, keputusan untuk membeli atau menjual bukan bergantung kepada analisa daripada satu indikator sahaja tetapi melibatkan kombinasi 2-5 indikator untuk mengukuhkan keputusan.
Jadi kali ini saya nak bincangkan 3 indikator yang biasanya digunakan dan agak terkenal dikalangan trader iaitu MACD dan RSI & STO . Indikator RSI & STO ini sebenarnya adalah 2 indikator berasiangan ya Cuma saya ceritakan sekali. Jom kita mulakan.
1. MACD
Nama penuhnya adalah Moving Average Convergence Divergence
Mengenalpasti gerakan awal perubahan momentum
Terdapat 2 garis yang bertindak sebagai penentu untuk membuat keputusan iaitu garis MACD dan Signal
Garis MACD ini mewakili EMA 12-26 (standard setting)
Garis Signal mewakili EMA 9 (standard setting)
Terdapat satu garisan tengah penentu Uptrend zon dan Downtrend zon yang dilabelkan sebagai ‘0’
Apabila Garis MACD & Signal berada diatas paras 0 kebiasaannya carta berada dalam keadaan trending up
Apabila ia berada di bawah paras 0 , carta berada pada fasa trending down
Kebiasaannya penentuan untuk melakukan entry adalah apabila kedua2 garisan ini mula merapat diantara satu sama lain dan mula hendak membuat persilangan.
Persilangan yang berlaku di dalam Downtrend zon biasanya digunakan untuk kaedah Bottom fishing
Persilangan yang berlaku di dalam Uptrend zon pula digunakan untuk ‘ Ride trend ’ atau mengesan pullback.
2. RSI / STO
Nama penuhnya adalah RSI-Relative Strength Index & STO – Stochastic
engenalpasti kadar pecutan momentu m
Kebiasaannya terdapat 3 level yang sering menjadi perhatian pelabur (dua-dua sama)
Secara standard level-level itu adalah -> Level 70 – overbought / level 50 – Middle area (penentu) / level 30 – oversold
Bagi RSI saya baca seperti berikut (ini mungkin x sama dengan org lain tapi ianya mudah bagi saya nak faham)
- > 70 Overbought = Bersedia untuk menjual
- 55 – 70 Momentum Up = Cari peluang membeli dan re-entry
- 54 – 46 Sideway = Cari membeli semasa pullback
- 45 – 30 Momemtum down = Elak dari membeli hanya jual
- < 30 Oversold = Cari peluang untuk membeli dari bawah
Bagi STO pula sejujurnya saya tak guna sangat tapi cara membaca lebih kurang seperti berikut:
- > 70 Overbought = Bersedia untuk jual
- 50-70 Momentum up = Cari peluang untuk membeli & re-entry
- 30-50 Momentum down = Elak dari membeli hanya jual
- < 30 Oversold = Cari peluang membeli dari bawah
Sila rujuk kepada chart untuk lebih memahami keadaan sebenar.
Rasanya cukup dulu sampai di sini perkongsian untuk kali ini. Kita akan sambung dalam siri seterusnya.
bagi sesiapa yang terlepas siri-1 boleh check balik di link disertakan.
Semoga bermanafaat
PUC akan menaik?Setelah mengalami kejatuhan selama berhari-hari PUC semalam berjaya membuat satu candle hijau dengan volume yang agak tinggi. Adakah kenaikkan ini bersifat sementara iaitu sekadar teknikal rebound, ataupun kenaikkan yang menandakan permulaan untuk reversal berlaku ? Hukum alam, setiap jatuh pasti akan naik, dan setiap naik pasti akan jatuh. Support terdekat ialah pada harga 0.140 dan resistance 1 di 0.160 dan 0.175 resistance ke 2. Tapi, apa-apa boleh berlaku jadi sebelum masuk siapkan trading plan masing-masing dan setkan stop loss, entry price dan target price supaya mudah sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi. Apa-apapun TAYOR.
PUC (0007) : Esok candle hijau ada harapan trend naikMYX:PUC Kaunter telekomunikasi/pengiklanan pada 2 Dis 2020 ada sesuatu :
1. MACD hampir bersilang dan Stochastic sudah bersilang. Minat belian masih rendah.
2. Candle akhir Spining Top hijau.
3. Jika esok candle hijau, ada harapan untuk buat lantunan semula dan mulakan trend menaik.
4. Rintangan perlu dipecahkan 0.170.
#tujuan pembelajaran sahaja
PUC Terkeluar Lower BB?DALAM PEMERHATIAN
- Dalam paras Oversold.
- Support terdekat 0.170. Jika Pecah, kemungkinan akan jatuh ke support seterus nya 0.140.
- Next candle jika close tinggi dari harga 0.180, boleh consider sebagai candle reversal.
NAK ENTRY?
- Cari peluang untuk entry (Sebaik nya AREA SUPPORT).
- Cari sebab KENAPA NAK ENTRY, kalau tak tahu, JANGAN ENTRY.
- Jangan guna teknik HARAPAN tanpa kajian yang betul.
Jangan Lupa DISIPLIN:
1- Tidak mengejar harga supaya tidak tersangkut di PUNCAK.
2- Set TRADING PLAN supaya jelas di mana entry dan exit yang terbaik, serta risiko yang sanggup diterima.
3- CUT LOSS, jika pecah support.
TAYOR : (TRADE AT YOUR OWN RISK)
PUC - Rest In PeacePUC 26/11/2020
1. Membuat kejatuhan dua hari berturut-turut dengan volume yang banyak.
2. Pada masa yang sama telah memecahkan uptrend channel dan MA200.
3. Ada possibility untuk terus jatuh mencari support 0.135 ataupun mungkin dapat bertahan di 0.175.
Untuk yang dah ada di dalam, plan trade anda sebaiknya.