idea dagangan SCGBHD
SCGBHD "Simpan Sedikit Rasa"SCHBHD "Simpan Sedikit Rasa" . Kesanggupannya ada untuk terus ke atas setelah menyimpan rasa berkali-kali.Semalam berjaya pecahkan 52 minggu tertinggi. Mungkin tempat bermula akan dicuba sekali lagi atau terus sahaja ke atas sekiranya khalayak suka dan berebut. Jika tidak suka , dilihat sahajalah. Takdirnya telah ditulis. Rujuk chart untuk dapatkan SNR menggunakan gann sebelah kanan.
Mengenai SCGBHD
Southern Cable Group Bhd. ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan, yang terlibat dalam pembuatan kabel dan wayar. Ia beroperasi melalui segmen berikut: Kabel dan Wayar Kuasa, Kabel dan Wayar Komunikasi, Kabel dan Wayar Kawalan dan Instrumentasi, dan Produk dan Perkhidmatan Berkaitan. Segmen Kabel dan Wayar Kuasa menawarkan sistem elektrik untuk pengagihan kuasa. Segmen Kabel dan Wayar Komunikasi menyediakan produk yang menghantar data termasuk teks, bunyi dan imej dengan menggunakan arus elektrik pelbagai frekuensi. Segmen Kawalan dan Instrumentasi Kabel dan Wayar terdiri daripada kabel dan wayar yang menghantar isyarat dan data elektrik untuk mengukur, memantau, mengawal dan mengawal selia loji automasi proses industri. Segmen Produk dan Perkhidmatan Berkaitan termasuk pengeluaran rod tembaga dan aluminium, sebatian plastik, dram kabel kayu. Syarikat ini diasaskan pada 30 Jun 1993 dan beribu pejabat di Kuala Ketil, Malaysia.
SCGBHD cantik pergerakan harga membentuk corak mangkukKaunter: SCGBHD
Sektor: Stok Penny, Produk & Perkhidmatan Perindustrian, Bahan Perindustrian, Komponen & Peralatan
SCGBHD berjaya memecahkan harga kotak (box trading) untuk seminggu dan seperi dalam lukisan pada carta, harga bergerak masuk ke dalam kotak 'neckline' sekiranya berjaya pecah ke atas harga akan cuba bergerak naik menuju harga unjuran corak mangkuk tersebut. Boleh juga rujuk kepada fibo.
Secara keseluruhan SCGBHD bergerak dalam aliran menarik dan telah memacahkan saluran atas (channel trendline).
MACD di atas 0 momentum tren bullish yang kuat
RSI di atas 50 momentum tren bullish yang kuat
Sokongan Gann: 0.37/0.34 | Rintangan: 0.4/0.43
Sekadar kajian bagi tujuan pembelajaran. #tayor
SCGBHD bakal Membuat Double Bottom1. SCGBHD pada corak gelombang kemungkinan berada pada akhir gelombang kedua. Ini kerana menurut fibo belum sampai pada paras 0.618 (0.385). Namun jika minat belian tinggi kemungkinan juga ia akan terus naik membentuk double bottom.
2. Paras sokongan dilihat pada 0.390 atau ikut garis fibo pada 0.385. Paras rintangan dilihat pada 0.6.
3. Petunjuk SMI juga menunjukkan trend penurunan yang memungkinakan akan ada sedikit lagi penurunan sebelum rebound semula.
Kawasan masuk: 0.39 - 0.4
Ambil untung: 0.6
Potong Rugi: 0.38
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping+OSEM. Hubungi untuk maklumat lanjut.
SCGBHD meneruskan?1. setelah berjaya merentasi garisan rintangan menurun, SCGBHD meneruskan kenaikan dan berjaya menembusi rintangan yang berada pada aras 0.510 dan terus menguji garis rintangan pada aras 0.545
2. SCGBHD tidak berjaya menembusi garis rintangan pada aras 0.545 dan melantun kebawah kearas sokongan 0.485
3. harga terkini kelihatan sedang menuji semula garis rintangan pada 0.545 setelah gagal merentasi 0.485
4. harga sasaran adalah berpandukan kepada corak carta wedge menurun pada aras 0.600
corak carta : wedge menurun
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
scgbhd-jika benar2 bo,boleh perhatikan RCP di area tersebut (ns)NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS
1.boleh perhatikan rapat sila kaji selagi harga tidak tutup
di bwah S1.
maklumat tambahan untuk TA ( carta daily/harian)
~macd: upper dead cross "
`RSI :
`obv:menaik
`bb.4.90% ( lower band )
begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku
SCGBHD (BURSA)TEKNIK PELARIAN AV:
1. Buka Selang Masa Minggu;
2. Tandakan paras Pelarian terkini;
3. Baca jalan cerita dari kiri ke kanan, apa yg berlaku sebelum pelarian;
4. Tukar Selang Masa Hari;
5. Tandakan bucu V dan A sebelum paras Pelarian;
6. Kotakkan garisan tersebut sebagai zon entri, hijau untuk belian dan merah untuk jualan; dan
7. Tunggu harga masuk zon untuk beduk saja!