T7 28 Mac 2019 | akan terus naikSalam semua.
.
1. Berdasarkan bacaan momentum dan trend, T7 masih dalam momentum menaik.
2. Masih dalam bullish trend
3. Indi Rsiemax pun baru nak tukar ke arah menaik.
4. kenaikan candle hari ini menjadi candle momentum utk kenaikan seterusnya.
5. Weekly candle masih cantik menaik ke atas.
.
selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul izzi Nordin (DDSUSM)
idea dagangan T7GLOBAL
T7GLOBAL - membentuk descending triangle pattern dan BOT7GLOBAL hari ini telah membentuk 'descending triangle' paten dan telah breakout formation tersebut.
- Lilin juga hampir membentuk marubozu, menarik minat para traders selepas pattern BO
- Volume juga agak signifikan dan melepasi garisan average
- Lihat bagaimana pergerakan harga selepas stochastic telah mencapai pada oversold area
Pemangkin hari ini, 28 Mac, di mana T7G telah mengumumkan kolaborasi mereka bersama Beijing Aerospace Yilian Science & Technology Development Co Ltd di mana mereka akan menghasilkan kejuruteraan ketepatan, pembuatan dan perdagangan produk, peralatan dan mesin semua jenis yang berkaitan dengan aeroangkasa pesawat. Perjanjian ini adalah 3 tahun daripada tarikh hari ini.
Follow up pembelian dijangkakan akan berlaku dan TP seterusnya pada aras 0.57 dan keatas. Dan berkemungkinan besar, dengan catalyst ini ia mampu untuk memecah harga tertinggi pada 0.585.
T7LOBAL: Nak naik tak lama lagi1) KAunter ini menarik perhatian saya kerana garisan Stoch RSI telah bersilang dan bakal mencecah paras 30 tidak lama lagi.
2) Ini menunjukkan pertukaran momentum pembelian yang bertambah.
3) Kaunter ini semestinya tidak boleh diabaikan kerana kemasukan volume yang banyak sejak awal bulan Mac yang lepas dan tiada tanda penjualan besar yang berlaku lagi selepasnya.
4) Jika dilihat menggunakan Moving average, MA50 sememangnya berada dibawah candle, trade jangka panjang masih dalam keadaan bullish dan menarik.
5) Tetapi masih perlu berhati hati kerana kaunter didagangkan dibawah MA20, trend jangka sederhana masih bersifat lemah.
6) Melihat pada pergerakan harga, keyakinan kaunter ini masih menarik dan harus dimasukkan di dalam watchlist dimana candle bergerak satu arah dan membentuk base harga baru.
7) Para traders boleh tunggu harga memecahkan garisan MA20 sebelum membuat pembelian dagangan.
T7GLOBAL sangat "bullish"T7GLOBAL sudah melepasi paras tertinggi sebulan iaitu 0.460. "Trendband" hijau dapat dikekalkan selama 2 bulan dan harga semakin menaik. Jika dikira dari permulaan bulan Januari sehingga penutup bulan Februari, kaunter ini sudah mencatatkan keuntungan sebanyak 40%! Trend kaunter ini kelihatan masih kuat lagi.
Support bagi kaunter ini kelihatan kukuh di paras 0.450 dan resistance pada 0.480.
T7 Global Risiko Tinggi Potensi Keuntungan Tinggi1. T7Global membuat pattern High Low Higher High Higher Low menunjukkan ia sedang dalam fasa menaik
2. Dengan melukis channel, kita boleh nampak bahawa T7Global berada di paras sokongan trendline
3. Dengan menggunakan Gann, rintangan yang dikenalpasti adalah pada paras 460 490 530
4. Sokongan dilihat pada paras 400
5. TP1 460 TP2 490 TP3 530
6. Cutloss sekiranya support 400 pecah
7. Risk Reward Ratio 1:2.25
Beli T7 Global (7228) - contoh kesan pertukaran kerajaanKerajaan mengumumkan akan meneruskan projek pembinaan ECRL, selepas perbincangan semula. Dalam masa yang sama, Tan Sri Vincent Tan dilaporkan menjadi menjadi pemegang saham terbesar T7 Global Berhad (MYX:7228), syarikat yang dikatakan mendapat kontrak pembinaan ECRL. Lebih menarik lagi, pada 1 Jun, ENCIK AHMAD SYAFIQ HAZIEQ BIN AHMAD ZAHID dilaporkan telah berhenti dari menjadi pengarah bebas di syarikat ini.
Sebagai seorang trader, inilah berita yang kita perlu beri perhatian. Anda perlu berhati-hati dengan syarikat-syarikat yang mendapat faedah dari kerajaan terdahulu.
Bila kerajaan bertukar, perhatikan pertukaran pemegang saham yang penting. Menurut laporan akhbar, Barakah Offshore MYX:7251 juga sedang mencari pelabur baru
T7GLOBAL - tunggu keluar dari kotakKotak atau consolidation area sangat membantu kita dalam membuat keputusan entry..
sama seperti chart pattern yang lain, menunggu breakout adalah lebih baik..breakout ke atas atau ke bawah akan memberi signal samada chart ingin meneruskan kenaikan atau sudah mula berubah arah..