TRIMODE Strategi Dagangan Corak Segitiga Penyusutan ABCDEStrategi Dagangan Corak Segitiga penyusutan (Triangle ABCDE)
Nota : Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) kerap berlaku di gelombang besar, kecil & subkecil EMPAT dan ada juga Gelombang Empat akan berubah menjadi Corak Rata (Flat ABC) jika gelombang (B) membuat kenaikan melebihi 100%-127.2% atau juga menjadi Segitiga penyusutan berlari ( Running Triangle ABCDE ) kerana Gelombang (B) melebihi 100% .
Segitiga gelombang Elliott adalah corak gelombang pembetulan yang menyatukan arah aliran sebelumnya. Segitiga gelombang Elliott terdiri daripada lima gelombang berlabel a-b-c-d-e .
Terdapat peraturan dan tiga garis panduan dalam pembinaan dan pengenalan segitiga gelombang Elliott .
Peraturan # 1: Sub gelombang segitiga terbahagi kepada 3-3-3-3-3
Peraturan # 2: Sub gelombang mesti berupa zigzag , beberapa zigzag , atau segitiga.
(Sekurang-kurangnya empat gelombang mestilah zigzag . Satu gelombang boleh menjadi lebih kompleks seperti zigzag berganda atau segitiga lain
Garis Panduan # 1 : Gelombang 'C' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'A'
Garis Panduan # 2: Gelombang 'D' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'B'
Garis Panduan # 3: Gelombang 'E' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'C'
Pada setiap peraturan di atas, tiga gelombang akhir segitiga menjadi semakin pendek daripada gelombang sebelumnya. Hasilnya, apabila melukis garis tren yang menghubungkan gelombang yang melampau, coraknya berbentuk segitiga.
Strategi Dagangan:
1) Gelombang (A) juga kerap berakhir di tahap Fibo 38.2% dgn mengunakan Alat Fibo Retracement yg di tarik dari poin Gelombang besar 2 berakhir hingga ke Poin Gelombang 3 berakhir atau tertinggi
2) kekerapan sasaran pengunduran gelombang (A) segitiga Penyusutan akan berakhir di kawasan sekata tahap gelombang subkecil 3 & 4
3) Strategi Pembelian untuk Gelombang (B) adalah dengan mengunakan Teknik Breakout Candle sebelumnya iaitu Ketika kenaikan harga melebihi melebihi harga tertinggi candle sehari sebelumnya utk pengesahan.
4) Sasaran Gelombang (B) segitiga penyusutan ABCDE di tahap Fibo Retracement 61.8%-78.6% dan perlu di ingat berkemungkinan jika kenaikan Gelombang (B) melebihi dari tahap fibo 100%-127.2% , maka kemungkinan corak segi tiga penyusutan akan berubah & menjadi corak Rata (Running Flat ABC ).
5) bagi Sasaran pengunduran Gelombang (C) segitiga penyusutan ABCDE di tahap Fibo Retracement adalah 61.8%-78.6%.
6) Garis Tren di buat secara selari di tarik dari poin mula gelombang 3 mengundur hingga poin gelombang (B)berakhir ke bawah sebagai guide kepada gelombang (D) berakhir
7) Sasaran Gelombang (D) segitiga penyusutan ABCDE kerap berakhir di garis Tren atas
8) Garis Tren di buat secara selari di tarik dari poin gelombang (A) pengunduran hingga poin gelombang (C)berakhir menaik ke atas sebagai Guide Gelombang (E) berakhir
9) Sasaran Gelombang (E) segitiga penyusutan ABCDE kerap berakhir @ Gelombang besar 4 sempurna di garis Tren bawah dan selepas itu akan membuat pantulan menaik utk permulaan Gelombang besar 5
10) Setiap Strategi pembelian & penjualan adalah di nasihatkan perlu mengambilkira setiap aspek Teknik-teknik saham yang ada seperti kaedah Buy on deep , Buy on Support atau Buy on breakout.
11) dan cuba gabungkan beberapa indicator seperti RSI , MACD & EMA7,21 sebagai panduan utk keyakinan dalam dagangan.
12) setiap Analisa gelombang untuk sasaran perlu mengunakan Fibo Retracement & fibo Extension sebagai panduan.
13) jangan lupa tentang kemasukan Volume adalah penting dalam momentum kenaikan
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Sila Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
idea dagangan TRIMODE
TRIMODE - Masa untuk diperhatikan.KAJIAN ANALISA.
TRI MODE SYSTEM BERHAD – Industri Logistik.
TREND UTAMA ADALAH UPTREND.
TREND Semasa – Dalam pembalikan.
Data Fundamental dari iSaham:
Asas (fundamental) syarikat - 3.3 ( Merah )
Technical - 4.2 ( Hijau )
Total Score - 7.5 ( Hijau )
Indi Manipulasi :
"Very Easy to manipulate" - Sangat Mudah dimanipulasi.
Ringkasan yang berlaku : di TF 1D.
Setelah membuat kenaikan ke - 0.835 pada 17.07.2021.
Harga membuat pembalikan kebawah semula.
Harga terrendah 0.635 pada 30.07.2021.
Harga sedang bergerak secara zig zag untuk mendaki.
Trend yang sihat bagi sebuah syarikat yang beroperasi.
Kesimpulan dari pemerhatian - di TF 1D.
Harga berada di kawasan Support 0.640.
Area 0.640 ada kawasan Resistant yang terdahulu. ( RBS )
Harga semasa - 0.640 pada 30.07.2021.
Indi "MID, Swing" telah terbentuk di kawasan Support.
Hanya EP apabila point point berikut terjadi.
StochRSI - Di bawah, valid EP bila bersilang dan bergerak keatas.
BB - Berada di LOW BB. valid EP bila bergerak keatas.
EFI - Valid EP ,Bila menujah keatas.
Accum/Dist - Valid EP, Menhijau dan bergerak keatas.
Volume - Valid EP sekiranya volume belian meningkat.
Sekiranya point point tersebut tak berlaku.
TIDAK VALID untuk EP.
Sasaran harga ke 0.700,0.760,0.835
Manakala CL pada bawah sokongan - 0.600 - 0.580
Jangkaan adalah seperti di chart yang dilukis.
Boleh juga siap sedia di TF yang kecil untuk monitor.
Sila perhatikan dengan teliti jika berminat untuk masuk.
Adakan akan terjadi HH yg terbaru?
Saksikan kajian ini bersama.
PENAFIAN.
# " NOT BUY CALL".
# Saya sedang belajar - bukan pakar saham.
# Kajian hanya untuk PEMBELAJARAN Sahaja.
# Tak semestinya BERLAKU.Pasaran bukan kita punya.
# BUKAN SARANAN UNTUK MEMBUAT BELIAN.
# Tak semestinya BETUL.
# Dagangan Kertas di UTAMAKAN.
# TAYOR.
TRI-MODE SYSTEM (M) BERHADharga terus membuat penurunan yang mana terhenti di sekitar 50ma,yang bertindak sebagai support,mampukah bertahan kawasan sekitar 0.618FR yg mana jika lobos arah henti setrusnya selain dari dari marking zone yg ditanda,selain dari menanti minat belian yg baru sebagai salah stu isyarat kenaikkan kembali atas jangkaan utk validasi pantulan 50ma,sila dyor dan tayor
#JULY21
Don't trade or invest blindly. Do your research and plan ahead
TRIMODE - SIGNAL REVERSAL?TRIMODE
Ace Market : Transportation & Logistics Services
Market Cap 117.9M
Shares (mil) 166.00
Ciri -ciri menarik:
1. Closing candle hari ini menunjukkan ada cubaan
dari buyer untuk push harga keatas.
2. Bertahan pada harga RBS 0.710
3. Bertahan pada EMA 20.
Strategi entry:
1. Jadikan 0.710 sebagai support.
Kaunter ni kuat profit taking. So, bila
dah untung, digalakkan untuk secure profit terus.
Penafian : Ini adalah kajian semata-mata & bukanlah buycall.
Saya tidak bertanggungjawab atas keuntungan mahupun kerugian anda.
TRADE AT YOUR OWN RISK!
TRIMODE - POTENSI REBOUND DI EMA 20?TRIMODE
Ace Market : Transportation & Logistics Services
Market Cap 117.9M
Shares (mil) 166.00
RATIO 1 : 1.4
Kaunter yang laju naik dan turun.
Nampak menarik berdasarkan sejarah
sebelum ini, ianya rebound di EMA 20.
Walaubagaimanapun, TF1hr, candle dah break EMA 90.
Jadi, jika berhasrat untuk beli, lebih selamat jika
tunggu confirmation candle.
Boleh monitor jika betul rebound di EMA 20.
TAYOR.
TRI-MODE SYSTEM BHDutk strategy pelaburan neutral dan tujuan pembelajaran yg mana terakhir dagangan pd penutup harga yg bermain di sekitar R terhampir dalam cubaan memecahkan ATH pd recent R,adakah mmpu mmbuat fresh BO dan meneruskan kenaikkan ke next TP,atau melakukan pullback terlebih dahulu?atau satu isyarat utk harga berehat memadangkan disposal vol yg telah berlaku?
#JULY21
#DYOR#Tayor
TRIMODE berada pada fasa awal permulaan menaikKaunter TRIMODE dijangka akan meneruskan kenaikan kepada harga yang lebih tinggi. berdasarkan harga semasa, ianya telah membuat harga tertinggi sepanjang hayat dan dijangka akan pergi lagi tinggi. Ini kerana keadaan stochastic yang masih lagi belum overbought.
TRIMODE: Kaunter Uptrend yang Berpotensi Siri 2Kaunter ini telah membuat kenaikan yang kosisten dan bergerak secara positif dalam termpoh yang agak lama jika kita rujuk kembali dengan penulisan siri 1 yang lepas.
maka secara teknikalnya berdasarkan carta, harga akan membuat penurunan sementara bagi menutup gap yang terhasul sebelum mula mendaki kembali.
S: 0.750
R1: 0.770
R2: 0.795
3-ModeHarga Terkini: 0.735
Rintangan : 0.75, 0.775
Sokongan : 0.705, 0.675
Ulasan :
1. Volume penjualan yang sangat tinggi berbanding sebelumya
2. Dijangka harga akan melantun pada 0.705 dan seterusnya mencari rintangan seperti tertera
3. Mencari persilangan emas pada EMA & MACD di TF 15min jika mahu membuat pembelian
Sektor : Pengangkutan / Kargo Udara/ Khidmat Penghantaran
PENAFIAN :
Segala carta yang dilampirkan adalah tujuan kajian dan pembelajaran sahaja.
Tiada unsur panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
Keuntungan dan kerugian di atas usaha anda sendiri.
#TAYOR
#SedekahSubuh
#DawnRaid
#AlphaRohmanTitan
#GoBeyondThatLimit
TRIMODE: Kaunter Uptrend yang BerpotensiPembentukan hammer bullish hollow menampakkan kekuatan dalam minat belian, Volume masih agak kering dan kaunter masih belum overbought.
Secara teknikalnya, kaunter ini akan meneruskan kenaikan, dimana support sementara 0.690 nampak kuat. Jika bocor berkemungkinan akan rebound di paras EMA5 (0.670). Kita perhatikan...
SnR adalah seperti dibawah:
Support: 0.690
Lower Support: 0.670
R1: 0.720
R2: 0.750
TRIMODE (s) WL Julai 2021Harga telah membuat comeback setelah berlaku flushing (pengambilan untung) pada 29 Julai 2021. Pada hari tersebut telah berlaku zon tekanan jualan yg baru dan ia merupakan rintangan yg agak kuat yg memerlukan volum ketara utk di tangani. Paras yg dilakar merupakan paras sokongan dan rintangan untuk jangka pendek. Diperhatikan juga red bar vs greenbar ratio juga sudah majoriti dgn 80% vs 0%
TRIMODE (s) WL Jun 2021Dalam keadaan major uptrend = Safer
Ia telah membuat marubozu dan lebih baik utk ia membuat pullback utk gerakan BO-pullback-BO (BPB)
Candle berada di atas upper BB line dan jangka ia utk sekurang-kurangnya menyentuh semula line atau masuk ke dalam upper BB band
Harga masih belum menyentuh paras yg dicadangkan
Red bar vs green bar sudah jadi majoriti dengan 100% vs 0% = Bullish
Perhatikan paras2 yg dilukis sebagai S&R
Ia akan valid jika pullback disahkan pada closing hari ini dan seterusnya
trimodesebelum terlibat denga pelaburan ada 5 perkara yang kita mesti ketahui. kita terlibat dengan saham ni kononnya nak menambah pendapatan sampingan, tetapi pada hakikatnya saham menjadikan wang lebihan kita semakin menyusut..haa betul x ..baik mengaku..jgn berputus asa.tetapi sebelum itu kita mestilah ada 5 perkara ini sebelum terlibat..org kata 5 pillar untuk membina kewangan anda..pertama ialah "wealth creation"..iaitu kita bekerja samada makan gaji ataupun sendiri untuk membina dan mengumpul wang..adakah kita dah mengumpul wang dari pekerjaan hakiki kita..jika belum step pertama anda telah gagal. maka anda tidak layak untuk terlibat dengn pelaburan saham. sbb itu ramai yang gagal kerana mereka tiada wang simpanan yang kukuh..sekurang2 nya kita ada wang kecemasan 6 bulan..dan lebihan dari wang kecemasan tersebut mungkin barulah kita bole terlibat dengan saham..ada yang kata 3 bulan terpulang..kita dapat rasa sendiri jika setiap bulan kita mengalami masalah kesempitan wang dan menunggu tidak sabar sehingga gaji masuk pada bullan depan..kalo kita ada rasa tersepit macm ni maknanya kita masaih belum layak untuk terlibat dengan saham..bina dulu kekayaan ataupun wang sebelum terlibat dengan saham..lagi 4 kita sambung nnti
TRIMODE BO dengan Volume ATHTRIMODE merupakan syarikat perkapalan dan lojistik.
Syarikat yang baik, QR cemerlang.
Bilangan syer yang ringan 166m, ringan dan mudah dimanipulasi.
Aras sokongan dilihat di 640, RBS juga separuh lilin.
TP terdekat berada di 780 berdasarkan Gann chart, namun TP jauh berada di 1.00 jika di ambil dari kedalaman cangkir yang di bentuk.
TAYOR.
TRIMODE: Memacahkan Harga TertinggiTrimode, telah memecahkan harga tertinggi sepanjang masanya.
Setelah memecahkan kota pengumpulan selama 6 bulan. dia pecah dan dia akan cuba semua aras sambutan kotak itu. selepas mencuba, dan kuat. dia terus fly.
Idea Dagangan:
Tunggu di harga separuh lilin (0.650)
Jika bocor dia akan mencuba aras sambutan (0.620)
Rintangan kuat pada setiap garisan melintang di carta.
*Jika di zoom keluar, pandangan besar terdapat satu cawan yang sudah siap. Aras TP jauh ialah pada 0.910 (Jika Kuat)
Sekadar kajian dan pembelajaran.
TRIMODE meroket1) kemasukan volume belian yang kuat mendorong harga untuk terus membuat kenaikan dan mencipta harga tertinggi semasa
2) berjaya memecahkan garis rintangan yang berada pada 0.650
3) AO masih berada atas paras 0
corak carta : kepala dan bahu
Carta : mingguan
tag : jun21
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.