idea dagangan UCREST
UCREST (Syariah) 4 Mei. : Kenaikan tiba-tiba1. UCREST dengan secara tiba-tiba membuat kenaikan yang sangat padu
2. Disertai volume yang sangat tinggi
3. Jangan mengejar pasaran seandainya belum masuk
4. Tunggu apa reaksi seterusnya
5. Jika membuat pullback, tunggu support yang kuat sebelum keluar signal buy on reversal (buy on dip)
6. Pastikan risiko anda rendah
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more you get"
UCREST Adakah Telah Bersedia Untuk Menukar Arah TrendUcrest telahpun breakout garisan menurun (long term DTL) disokong oleh volume yang kuat. Ini menunjukkan Ucrest sedang mencuba untuk menukar trend daripada menurun kepada menarik. Jika esok mampu memecahkan aras rintangan kuat di 0.100 dan seterusnya bertahan diatas aras 0.100, maka ianya merupakan langkah pertama untuk Ucrest mengubah haluan trend. Jika dilihat daripada garisan EMA, dapat kita lihat hari ini Ucrest telahpun melepasi garisan EMA50 dengan signal belian yang kuat. Secara teorinya, harga yang melepasi garisan EMA50 mempunyai kekuatan untuk terus mendaki ke atas. Dapat juga dilihat, garisan EMA21 sedang dalam perjalanan untuk membuat persilangan dengan garisan EMA50 dimana jika bersilang, akan memberikan signal belian yang kuat. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
Candlestick pattern dan sokongan majorUCREST bukan kaunter pilihan saya kerana prestasi syarikat tidak memberansangkan, cuma terdapat signal belian yang terbit dalam timeframe besar iaitu kemunculan
1. candle hammer/hanging man di bawah - petanda nak naik
2. harga sudah memasuki zon sokongan lama - susah nak jatuh ke bawah lagi
Cuma dari segi rainbow S&R harga sudah jauh di bawah garisan silver yang membawa maksud sangat susah nak naik kerana berlapis2 garis rintangan di atas nya. dan MCDX juga menunjukkan ketiadaan jerung di dalam yang menyukarkan lagi kebarangkalian harga utk ditolak ke atas. Kemungkinan harga hanya akan sideway saja dulu sementara menanti garis silver tu selari dgn pergerakan harga (proses yang akan mengambil masa yang agak lama)
Utk rujukan penggunaan indikator yg digunakan, rujuk di bawah
AKMY Rainbow S&R
Smartmoney MCDX
Untuk membuka akaun tradingview percuma sila klik link di bawah
my.tradingview.com
Ucrest 32 Hari Pengumpulan1.Sejak pengumpulan selama 32 hari dengan bar candle 19.Maka jika harga dia mula naik..Ini adalah permulaan yang sangat baik
2.Ema 9/23/50 telah pun cross menunjukka. Petanda akhirnya sebuah downtrend. HARAP begitulah berdasarkan analisis
3.Kaunter teknologi. ZAMAN TEKNOLOGI
[Watchlist] Ucrest1. Harga sedang membuat pembetulan
2. Ia disokong dengan garisan moving average dan juga stochastic oscilator
3. Harga sedang menuju paras sokongan pivot fibo 38.2%
4. Harga masih lagi tidak melepasi LH sebelum ini.
5. Ada momentum kenaikan pada stochastic
Nota itu diberi perhatian.
1. Perhatikan pertembungan diantara garisan MA dengan garisan statik sokongan/rintangan
2. Sekiranya terdapat pertembungan/persilangan diantara dua garisan ini, perhatikan pula
pada stochastic, adakah oscilator itu membuat trend yang berlawanan.
Penafian: Kandungan maklumat bagi kajian ini adalah untuk rujukan. Maklumat yang tertulis tidak bermaksud untuk menggalakkan pembelian (long) atau penjualan (short) . Sila buat kajian yang waras dan teliti sebelum ingin melakukan sebarang transaksi.
UCREST 15/6/2019 TEKNIKAL ANALISISSalam semua,
1. boleh sama2 perhatikan kounter ini sebab trend mula mengubah
2. alligator sudah mengubah arah ke atas dan ini adalah permulaan kenaikannya
3. tiang AO dan AC sememangnya masih lagi bullish zon yg kuat
4. RSI baru sahaja melepasi paras 50 dan sekarang masih lagi panjat ke atas
5. kesimpulannya, kounter ini masih valid ingin meneruskan kenaikannya
sekadar perkongsian idea dan selamat berdagang semua