Pergerakan harga UCREST terkini (14/3/19)Hari ini update biashe-biashe sahaja.
Dah lama tak jenguk saham ucrest ini. Bila tengok-tengok balik...macam ada bentuk triangle..dan yang menariknya
harga pada hari ini sudah melepasi garisan trendline!
Sekiranya, kaunter ini ramai peminatnya...jangkaan target price yang pertama pada 0.385 dan seterusnya pada harga 50sen
idea dagangan UCREST
Ucrest: Boleh pergi jauh ni1) Paras sokongan terdekat adalah pada 0.240 dan rintangan terdekat pada 0.280 dengan risk reward ratio lebih kurang 1:1.
2) Kaunter ini menarik perhatian kerana garisan MACD bakal melintas paras 0 pada indikator MACD.
3) Jika dilihat pada sejarah kaunter ini yang lalu, kenaikan yang banyak pasti akan belaku apabila garisan MACD baru melepasi paras 0.
4) MA10 dan MA20 juga telah bersilang, ini menunjukkan minat belian jangka pendek itu ada.
5) Parabolic SAR juga telah melintas ke bawah 4 hari lepas, selagi harga berada di atas parabolic SAR kita boleh ride the waves.
6) Harga menarik untuk diperhatikan jika berada diatas 0.275 dan lebih menarik jika pecah rintangan seterusnya pada 0.280.
UCREST : Perlu bertahan di aras sokongan 0.230Agak menarik untuk diperhatikan kedudukan pattern UCREST seperti carta yang saya sertakan ini. Carta harga seperti membentuk 'segitiga menaik'. Jika harga berjaya melepasi garisan aliran menurun, berkemungkinan harga boleh naik lagi ke atas. Kepada sesiapa yang masuk atau membeli UCREST, perlu berhati-hati kerana jika pecah support 0.230, harga berkemungkinan boleh turun sehingga 0.200, maka paras sokongan 0.230 perlu bertahan sebaik-baiknya
UCREST boleh diperhatikan pergerakan harganyaMengulas tentang pergerakan harga UCREST ini, pada pendapat saya pergerakan sahamnya adalah dalam jajaran ke tepian (sideway), kerana sokongan 0.215 masih lagi bertahan dan harga saham UCREST masih gagal untuk melepasi paras rintangan 0.315. Sudah beberapa minggu saham UCREST bergerak dalam jajaran ke tepian ini.
Lihat juga pada carta yang saya ada melukis garisan aliran menurun dan menaik. Jika harga berjaya menembusi garisan aliran menurun itu, bermakna kebarangkalian saham ini akan naik lagi, atau mungkin akan naik sedikit, kemudiannya menurun semula?
Perhatikan juga pasa akhir pasaran saham ditutup, ada doji. Kemungkinan saham akan memantul ke atas.
UCREST: Berpotensi untuk naikBanyak petanda harga akan meneruskan kenaikan.
1. Di atas awan Ichimoku
2. Di atas EMA21 & EMA50
3. Indikator MACD momentum menaik
4. Memecah garis aliran menurun terdekat
5. Volume belian meningkat
Sekiranya harga menembusi garis aliran menurun yang berikutnya, potensi menuju ke paras rintangan terdekat (0.345-0.350) adalah tinggi.
UCREST untuk intradayBuy rate yang tinggi + volume yang tinggi + kenaikan harga yang tinggi. buy rate 89%.
Jika harga tidak gap up, boleh terus beli & ada untung boleh cabut. jika gap up, elakkan masuk kecuali anda pakar trade intraday.
Intraday ada untung, cabut!
Short term R1
Medium Term R2
Stoploss below S2
Paras rintangan yang seterusnya untuk UCRESTMYX:0005
Ucrest telah berjaya memecahkan garisan downtrend yang dilukis. Maka paras sokongan ialah 0.270. Sekiranya berlaku rebound atau kejatuhan harga, sepatutnya tidak akan memecahkan paras yang dicadangkan. Paras rintangan yang seterusnya saya cadangkan pada 0.310 dan jika berjaya memecahkan paras rintangan, dijangka harga akan melakukan kenaikan.
UCREST sudah memecahkan garisan downtrendMYX:0005
Ucrest sudah berjaya memecahkan garisan aliran menurun yang telah saya lukiskan dan paras sokongan terdekatnya ialah pada 0.270. Sekiranya berlaku penurunan atau rebound semula, sepatutnya harga tidak boleh pecah pada harga paras sokongan ini.
Paras rintangan yang saya cadangkan pula ialah pada 0.310
TAYOR
UCREST untuk intradayBuy rate yang tinggi + dengan volume yang tinggi + kenaikan harga yang sepadan. buy rate 89%.
Jika harga tidak gap up, boleh terus beli & ada untung boleh cabut. jika gap up, elakkan masuk kecuali anda pakar trade intraday.
Intraday - ada untung, cabut..
Medium term R1
Long term R2 if break R1
Cutloss below S1
UCREST : Perlu melepasi rintangan 0.270MYX:0005 [/symbol
Pada minggu lepas, harga telah ditutup pada paras 0.260.
Di harapkan pada minggu ini, UCREST boleh melepasi rintangan terdekatnya iaitu pada paras 0.270 atau seboleh-bolehnya cuba untuk melepasi garisan aliran menurun seperti yang saya tandakan pada carta harga UCREST ini.
Jika harga tidak berjaya melepas paras 0.270, harga dijangka meneruskan trend penurunannya dan paras sokongan terdekat ialah pada 0.235
Adakah Ucrest Sedang Membentuk Double Bottom?Jika dilihat dari chart Ucrest terkini, ianya seperti sedang membentuk double bottom chart pattern. Akan tetapi, perlukan sekurang-kurangnya dua candle hijau lagi pengesahan. Sama-sama kita follow rapat dan sediakan trading plan.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
UCREST menghala ke downtrendline1. UCREST menuju ke downtrendline.
2. Jangka masa panjang, saham ini masih downtrend - rujuk downtrendline berwarna merah
3. Jangka masa pendek, kelihatan corak 123 terbentuk.
4. Potensi pergerakan harga menuju ke downtrendline untuk percubaan breakout.
5. Sokongan di paras 260 (SL)
6. Rintangan hampir di paras 335 (TP)
UCREST: Menunggu peluangSecara keseluruhan, saham ini masih berada didalam keadaan aliran menurun. Penjualan masih ada. Ini disokong oleh kehadiran vol, MACD & RSI menunjukkan petanda negatif. Walaubagaimanapun, pedagang boleh meletakkan saham ini didalam pantauan sekiranya terdapat lantutan keatas dari bahagian paras sokongan ataupun diparas-paras Fibonacci. Jika ini berlaku, pedagang perlu melakukan analisa dengan lebih terperinci untuk mengenal pasti harga pembelian.
Penafian: Bertujuan bagi analisa teknikal sahaja.