UWC [S] 4 Mac 21 : Pullback dan bertahan atas sokongan EMA 201. UWC adalah uptrend kaunter
2. Ketika ini berehat dan masih uptrens dan berlegar-legar sekitar tahap sokongan EMA 20
3. Adakah sedang membuat support yang kuat atau masih mencari support-support seterusnya?
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more Allah will give to you"
idea dagangan UWC
UWC membuat penurunan sementara sebelum melangit kembali Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad ..
Semoga sahabat-sahabat mendapat sedikit kebaikan dari kongsian aku ini ye!!!...
Meh lihat...18.2.21 tarikh yang telah di bahagikan bonus issue,,,,
So biasa nya akan berlaku nya Sell pressure kerana pemegang-pemegang telah melepaskan pegangannya untuk taking profit...So harga akan drop kerana penjualan beramai-ramai tanpa demand pembeli yang ramai...Jangan nangis ye bagi yang loss...
Harga mungkin akan duduk di area yang support atau akan berada di sekitar Ema 20....Cuba korang lihat trend support kuat di area Ema 20..
Harga banyak menyentuh dan pantul memantul di area ini,,,,
In shaa Allah,boleh letak entry terbaik di Ema ini and support yang telah di lakar kan di atas dan korang boleh layan swing trade dan sekiranya harga drop so boleh wait di area Ema 50...Jangan beli tanpa keyakinan dan kajian sendiri yer!...
Unuk Ema 100 and 200 ni more yang suka simpan duit lama-lama atau kaki investment boleh layan EMA ini...Kaki peram..
Sekadar memberi ulasan dan pembelajaran ....Semoga bermanfaat dunia akhirat...
UWC Akan Bangkit Minggu ini?UWC adalah salah satu kaunter saham dari sektor yang kuat dan trending iaitu semikonduktor. Walaubagaimanapun, sektor semikonduktor agak perlahan sejak awal Febuari berbanding ketika bullish yang kuat pada Januari yang lepas.
UWC dikategorikan sebagai kaunter Diva. Saham yang cantik dan konsisten kenaikannya, malah mencatat 100% kenaikan sejak 4 bulan yang lepas. Peningkatan harganya sejajar dengan peningkatan keuntungannya sejak ia tersenarai dalam Bursa Malaysia daripada IPO pada Julai 2017. Saya menganggap pihak pengurusan UWC adalah antara contoh pengurusan yang terbaik dalam sesebuah syarikat. Kenapa? Saya cuba huraikan.
ANALISA FUNDAMENTAL
1. UWC hanya bermula sebagai syarikat yang melakukan bisnes menjual mesin pemotongan wayar dalam pelbagai industri pada 1990 dengan syarikat bernama Unique Wire Cut Sdn Bhd.
2. Mereka mula memasuki industri pemotongan metal dan acuan logam dan mula mendapat pelanggan dalam bidang fabrikasi metal pada 1992.
3. Sehinggalah pada tahun 2000, mereka memasuki bidang Precision Machine (Mesin Ketepatan) untuk bidang komponen yang lebih detail dan dapat meluaskan lingkungan bisnes yang lebih luas.
4. Pada 2005 mereka telah memasuki bidang fabrikasi metal semikonduktor untuk memperluaskan lingkugan bisnes mereka.
5. Pada 2006 mereka memasuki bidang bisnes Teknologi kesihatan untuk fabrikasi metal peralatan kesihatan seperti incubutor dan produk sains.
6. Pada 2010, mereka telah menerima tempahan pemasangan dalam teknologi semikontor yang dinamakan SMT surface mount technology.
7. Kini, semikonduktor menjadi sesuatu yang hangat dalam industri global dalam usaha dunia melangkah ke arah teknologi maklumat dan pembangunan Pusat Data (Data Centre).
8. Dari segi prestasi kewangan, UWC pada setakat artikel ini ditulis, masih lagi mengekalkan rekod kenaikan 100% sejak ia di IPO kan pada Julai 2019.
9. Suka saya menyenaraikan prestasi QR UWC sejak ia tersenarai dalam Bursa Malaysia seperti di bawah:
Q3 19 mencatat keuntungan 8.8juta, 2.3% daripada pendapatan 38.3juta
Q4 19 mencatat keuntungan 10.1juta, 21.5% daripada pendapatan 46.9juta
Q1 20 mencatat keuntungan 11.2juta, 23.9% daripada pendapatan 46.9juta
Q2 20 mencatat keuntungan 13.3juta, 24.2% daripada pendapatan 54.9juta
Q3 20 mencatat keuntungan 14.6juta, 26.2% daripada pendapatan 55.8juta
Q4 20 mencatat keuntungan 18.6juta, 30.4% daripada pendapatan 61.4juta
Q1 21 mencatat keuntungan 21.7juta, 30.4% daripada pendapatan 71.5juta
10. Daripada rekod QR sejak tersenarai dalam Bursa Malaysia, UWC sentiasa mencatatkan peningkatan keuntungan dari suku ke suku laporan.
ANALISA TEKNIKAL
1. Candlestick ditutup merah 4 hari berturut-turut sejak hari ex-date 16 Feb setelah Bonus issue, berikutan ketidak stabilan antara penjualan panik pedagang intraday dan juga sektor semikonduktor sendiri yang agak perlahan dalam bulan ini berikutan kitaran kenaikan diambil alih oleh sektor tenaga dan minyak serta metal.
2. Candlestick dilihat mampu turun sehingga ke paras klassikal support pada harga 6.24 atau menyentuh MA20 sebelum membuat lonjakan.
3. Dari segi volume, terdapat sedikit tekanan jualan pada hari khamis yang lepas, dilihat volum jualan agak tinggi kemungkinan Profit Taking dilakukan oleh pedagang contra serta jualan panik pdagang intraday.
4. Namun pada hari berikutnya, tekanan jualan dapat diserap dan volume jualan telah berkurangan. Jika volume berterusan pada kadar rendah, kemungkinan Pembeli akan datang kembali menguasai saham ini untuk menolak harga je atas untuk hari-hari yang berikutnya.
5. Dari segi RSI, masih di atas 50, kemungkinan harga akan tertarik kebawah sehingga RSI masuk ke paras 50 sebelum memulakan momentum larian bullish.
6. RSI Stoch walaubagaimanapun, telah memasuki zone oversold, menunggu masa persilangan berlaku dan seterusnya mengembalikan momentum kenaikan harga.
Khairul Hafiz
- "Market saham adalah tempat memberi pulangan kepada yang sabar, dan menghukum kepada yang gelojoh"
- "Bila berdagang hanya dengan TA, ia seperti bertarung dengan sebelah tangan. Berdagang dengan TA dan FA, ia seperti bertarung dengan kedua belah tangan."
UWC [S] 24 Dec 20 : Steady berkawan dengan EMA 501. UWC adalah contoh bagaimana para investor dan trader boleh berkawan dengannya apabila menggunakan aplikasi EMA 50 sebagai trend following indikator
2. EMA 50 kelihatan sebagai support bergerak yang sentiasa membuat kenaikan yang seiring dengan pergerakan harga
3. Apabila harga turun dan mencecah EMA 50, maka harga akan melantun ke atas kembali
4. Saham bergerak secara zig zag, setiap kenaikan akan disusuli dengan penurunan sementara selagi mana ianya dalam keadaan uptrend
5. Ini salah satu bagaimana penggunaan EMA 50 boleh membantu membuat keputusan untuk sesuatu saham itu dapat di pegang dengan lebih lama
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more Allah will give to you"
UWC [S] 10 Dec 20 : Uptrend yang cantik1. UWC steady bergerak naik secara zig-zag
2. Masih kekal uptrend sejak kejatuhan Mac 2020
3. Boleh gunakan EMA 50 sebagai panduan untuk berkawan dengan trend dan selagi tak pecah support yang dibuat oleh EMA 50, maka berkawanlah sehinggalah masih boleh berkawan
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more Allah will give to you"
Melayari EMA6UWC dilihat mempunyai struktur chart yang menarik dan dilihat masih melayari garisan EMA6. Berdasarkan laporan suku tahunan yang keluar pada hari ini, syarikat ini telah mencatatkan keuntungan bagi suku keempat tahun ini. Menarik sekiranya kaunter ini dapat terus kekal berada di atas garisan EMA6 untuk membuat ketinggian baru.
Penulisan sekadar kajian semata-mata.
UWC (S): Membuat Breakout All Time High. Sky is The Limit!1. JHM baru sahaja membuat breakout all time high pada 5 Nov 2020
2. Breakout bersama dengan volume yang secara relatifnya tinggi
3. Telah membuat pull back (dengan volume yang sedikit) disusuli dengan reversal
4. Golden cross MACD telah berlaku pada 5 Nov 2020. RSI masih belum memasuki kawasan overbought (tiada signal bearish divergence setakat ini)
5. Trend menaik masih cantik dengan EMA50 & mid boli berada dibawah harga semasa
6. Membentuk paten flag minggu lepas.
FA - Bagus. Syarikat mencatatkan keuntungan dalam semua QR sejak disenaraikan di Bursa Malaysia. Osem.
Penafian: Ini hanya untuk tujuan pendidikan, bukan buy call (kalau ada ralat, mohon betulkan, TQ). Keputusan & risiko pelaburan adalah tanggungjawab masing-masing.
UWC [S} 23 Nov 20 : Cubaan melengkapkan cart pattern target.1. UWC dalam cubaan melengkapkan cart pattern target iaitu pada 8.235.
2. UWC juga berada di atas kumo.
3. Kelihatan garisan Kijun Sen cuba menjarakkan diri dengan garisan Tenkan Sen.
4. Sila masukkan ke dalam watchlist anda.
Sama-sama kita perhatikan.
Diclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk percambahan minda sahaja.
SEKIRANYA IA MEMBANTU ANDA, SILA LIKE DAN SHARE.
"MORE YOU GIFT, MORE YOU GET... INN SHA ALLAH"
UWC [S] 13 Oct 20 : Menuju ke tahap rintangan1. UWC sedang bergerak menuju ke tahap rintangan terdekat
2. Sekiranya berjaya memecahkan rintangan tersebut, maka breakout itu akan dikenali sebagai breakout all time high
3. Mampu ke mampu?
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more Allah will give to you"
11 Okt 2020: UWC membentuk paras tinggi berkembarPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
UWC
1. Harga naik setelah mencapai harga terndah 52 mingguan pada RM1.00.
2. Harga berjaya memecah zon fibo 100% (RM4.08) selepas kali kedua percubaan, harga dapat sokongan EMAs.
3. Harga semasa membentuk corak carta paras tinggi berkembar pada harga RM7.00, selari dengan zon fibo 200%. Perlu memerhati sama ada EMAs akan menjadi sokongan.
4. MACD berada di zon bullish dan bermomentum.
5. RSI di zon overbought, penarikan balik sementara mungkin berlaku.