carrollapiez

UWC Akan Bangkit Minggu ini?

MYX:UWC   UWC BERHAD
UWC adalah salah satu kaunter saham dari sektor yang kuat dan trending iaitu semikonduktor. Walaubagaimanapun, sektor semikonduktor agak perlahan sejak awal Febuari berbanding ketika bullish yang kuat pada Januari yang lepas.

UWC dikategorikan sebagai kaunter Diva. Saham yang cantik dan konsisten kenaikannya, malah mencatat 100% kenaikan sejak 4 bulan yang lepas. Peningkatan harganya sejajar dengan peningkatan keuntungannya sejak ia tersenarai dalam Bursa Malaysia daripada IPO pada Julai 2017. Saya menganggap pihak pengurusan UWC adalah antara contoh pengurusan yang terbaik dalam sesebuah syarikat. Kenapa? Saya cuba huraikan.

ANALISA FUNDAMENTAL

1. UWC hanya bermula sebagai syarikat yang melakukan bisnes menjual mesin pemotongan wayar dalam pelbagai industri pada 1990 dengan syarikat bernama Unique Wire Cut Sdn Bhd.
2. Mereka mula memasuki industri pemotongan metal dan acuan logam dan mula mendapat pelanggan dalam bidang fabrikasi metal pada 1992.
3. Sehinggalah pada tahun 2000, mereka memasuki bidang Precision Machine (Mesin Ketepatan) untuk bidang komponen yang lebih detail dan dapat meluaskan lingkungan bisnes yang lebih luas.
4. Pada 2005 mereka telah memasuki bidang fabrikasi metal semikonduktor untuk memperluaskan lingkugan bisnes mereka.
5. Pada 2006 mereka memasuki bidang bisnes Teknologi kesihatan untuk fabrikasi metal peralatan kesihatan seperti incubutor dan produk sains.
6. Pada 2010, mereka telah menerima tempahan pemasangan dalam teknologi semikontor yang dinamakan SMT surface mount technology.
7. Kini, semikonduktor menjadi sesuatu yang hangat dalam industri global dalam usaha dunia melangkah ke arah teknologi maklumat dan pembangunan Pusat Data (Data Centre).
8. Dari segi prestasi kewangan, UWC pada setakat artikel ini ditulis, masih lagi mengekalkan rekod kenaikan 100% sejak ia di IPO kan pada Julai 2019.
9. Suka saya menyenaraikan prestasi QR UWC sejak ia tersenarai dalam Bursa Malaysia seperti di bawah:
Q3 19 mencatat keuntungan 8.8juta, 2.3% daripada pendapatan 38.3juta
Q4 19 mencatat keuntungan 10.1juta, 21.5% daripada pendapatan 46.9juta
Q1 20 mencatat keuntungan 11.2juta, 23.9% daripada pendapatan 46.9juta
Q2 20 mencatat keuntungan 13.3juta, 24.2% daripada pendapatan 54.9juta
Q3 20 mencatat keuntungan 14.6juta, 26.2% daripada pendapatan 55.8juta
Q4 20 mencatat keuntungan 18.6juta, 30.4% daripada pendapatan 61.4juta
Q1 21 mencatat keuntungan 21.7juta, 30.4% daripada pendapatan 71.5juta
10. Daripada rekod QR sejak tersenarai dalam Bursa Malaysia, UWC sentiasa mencatatkan peningkatan keuntungan dari suku ke suku laporan.


ANALISA TEKNIKAL

1. Candlestick ditutup merah 4 hari berturut-turut sejak hari ex-date 16 Feb setelah Bonus issue, berikutan ketidak stabilan antara penjualan panik pedagang intraday dan juga sektor semikonduktor sendiri yang agak perlahan dalam bulan ini berikutan kitaran kenaikan diambil alih oleh sektor tenaga dan minyak serta metal.
2. Candlestick dilihat mampu turun sehingga ke paras klassikal support pada harga 6.24 atau menyentuh MA20 sebelum membuat lonjakan.
3. Dari segi volume, terdapat sedikit tekanan jualan pada hari khamis yang lepas, dilihat volum jualan agak tinggi kemungkinan Profit Taking dilakukan oleh pedagang contra serta jualan panik pdagang intraday.
4. Namun pada hari berikutnya, tekanan jualan dapat diserap dan volume jualan telah berkurangan. Jika volume berterusan pada kadar rendah, kemungkinan Pembeli akan datang kembali menguasai saham ini untuk menolak harga je atas untuk hari-hari yang berikutnya.
5. Dari segi RSI, masih di atas 50, kemungkinan harga akan tertarik kebawah sehingga RSI masuk ke paras 50 sebelum memulakan momentum larian bullish.
6. RSI Stoch walaubagaimanapun, telah memasuki zone oversold, menunggu masa persilangan berlaku dan seterusnya mengembalikan momentum kenaikan harga.


Khairul Hafiz
- "Market saham adalah tempat memberi pulangan kepada yang sabar, dan menghukum kepada yang gelojoh"
- "Bila berdagang hanya dengan TA, ia seperti bertarung dengan sebelah tangan. Berdagang dengan TA dan FA, ia seperti bertarung dengan kedua belah tangan."
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.