Memahami maksud disebalik corak cartaAda dikalangan kita yang hanya berdagang dengan berpandukan kepada corak-corak carta yang selalunya muncul. Kemunculan corak ini dapat memberikan kita satu signal awal samada carta itu berkemungkinan untuk naik atau turun.
Menghafal sebarang bentuk corak juga satu teknik dagangan yang baik.
Tapi bagi saya, dengan memahami bagaimana corak itu terjadi dan melihat tanda-tanda awal sebelum corak berlaku dapat memberikan saya satu kelebihan berbanding menghafal sahaja.
Sama juga seperti menghafal bentuk lilin. Tidak salahpun menghafal, tetapi memahami bagaimana bentuk lilin terjadi adalah lebih manis.
idea dagangan WCEHB
WCEHB - tunggu dan lihatkemasukan volume yang tinggi pada 8 Mac amat meyakinkan, namun begitu, volume pada hari ini juga amat tinggi dengan candlestick inverted hammer. sya menjangkakan volume yang besar pada hari ini adalah volume mereka yang megambil kesempatan untuk jual setelah 'sangkut' lama dengan kaunter ini.
paling baik untuk tunggu selepas T4 dan lihat apa yang berlaku. jika ia mula naik dengan kadar volume yang memberansangkan, mungkin WCEHB telah bertukar trend menaik untuk short term.
Pusingan carta (chart cycle)Setiap yang naik, akan jatuh dan yang jatuh akan naik.
Dalam setiap kenaikan atau kejatuhan, akan ada ciri2 tertentu yang selalu berulang-ulang.
Sekiranya kita mampu kenalpasti ciri2 tersebut, sangat membantu ketika membuat analisa lanjut setiap carta yang diminati.
Semoga terhibur.