widad menurut elliot waveSekadar idea utk wave 3
wave 3 adalah wave terpanjang dan tertinggi yg bakal dibuat oleh sesuatu kaunter.
sekiranya kita ingin swing yang agak lama boleh ambil di awal pembentukan wave 3.
jk kita hanya ingin swing short term boleh samada tunggu selepas TAD PURPLE atau selepas 52wh atau boleh juga tunggu di sub wave 3 atau sub sub wave 3
idea dagangan WIDAD
WIDAD 27 September– Cubaan Pecahkan Rintangan> Saham WIDAD tutup pada harga 0.380.
> Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya bertahan di atas paras sokongan 0.370.
> Mengikut carta Gann, harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 0.400, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 0.430.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
Widad Berada Dalam Fasa Sideways "Berenang Bersama Jerung"Kaunter: Widad
Sektor : Industri Produk & Pembinaan
Jenis kaunter: Superpenny negative earning (overall fa+ta tidak memberasangkan)
Paparan masa 1 hari:
1. Sila rujuk pada kotak hijau, kaunter berada pada fasa sideways/ trade in range bermain-main dalam kotak harga di antara 0.355-0.385
Untuk membuat satu kenaikan baru (uptrend/ atau reversal uptrend) harga perlu break 0.385 dan bertahan di atas harga ini.
Sekiranya bocor 0.355 kaunter mungkin akan membuat fasa penurunan (downtrend). Jika anda ada posisi di dalam adalah baik untuk
elakkan sangkut di dalam fasa downtrend. Buat masa ini trading masih selamat kerana masih di fasa sideways.
2. Jika di rujuk pada fibo retracement (sila tick pada bahagian setting, lebel low & high) tarik dari low ke high. Kita dapat lihat harga membuat retracement sekitar 61.80%. Sekiranya tidak mampu bertahan harga akan cuba untuk mencari fibo retracement seterusnya iaitu di 78.60% retracement(lihat line fibo kuning) pada harga sekitar 0.26. Pada ketika ini perlu mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya bocor akan berlakunya confirmation downtrend. Point selamat untuk entry jika merujuk kepada line fibo ini adalah apabila berlakunya 'reversal up' dan permulaan trend kenaikan baru (uptrend) confirmation pada aras fibo 50% ( entry harga sekitar 0.465) adalah entry yang selamat kerana ketika ini kaunter berada pada fasa uptrend.
3. Trendline - rujuk line trendline (merah) sekiranya bocor akan mencari line trendline seterusnya. Status semasa masih berada di atas trendline (UTL-uptrend line).
4. MACD - positif (line macd biru berada di atas line signal merah) sedang menghampiri nilai 0 (sekiranya nilai line macd berjaya berada di atas 0 momentum untuk sesuatu kuanter melakukan kenaikan adalah lebih tinggi berbanding nilai MACD di bawah 0)
5. Stochastic RSI - positif ( line biru cross ke atas line merah) menunjukan minat belian dan pergerakan harga yang positif (bullish).
6. RSI - negatif pada nilai di bawah RSI 50 % iaitu 43.46 (untuk pergerakan bullish trend, kaunter yang membuatkan momentum kenaikan adalah kaunter yang berada di atas RSI 50) . Status semasa perlu membuat kenaikan di atas paras 50.
7. GBS SMI+ - jika merujuk kepada GBS SMI+ Widad sebenarnya sudah berjaya keluar dari fasa pengumpulan (accumulation- kolam hijau GBS SMI+) namun line biru telah cross ke bawah line merah menunjukkan kebarangkalian berlakunya 'retracement'. Status semasa line biru perlu cross up line merah untuk signal positif. Sekarang masih dalam keadaan negatif.
8. Slow EMA & Fast EMA - kedua-duanya masih menunjukan dalam fasa downtrend, belum ada tanda-tanda reversal. Ketiga-tiga line utama EMA 50, EMA 100 & SMA 200 masih berada di atas candle. Line fast ema merah perlu membuat persilangan ke atas line fast ema kuning untuk menunjukan reversal up berlaku, confirmation adalah apabila line fast ema membuat susunan traffic light dari atas merah, kuning, hijau. Status semasa adalah belum selamat untuk entry.
Paparan masa 1 minggu:
1. Berada pada fasa sideways/accumulation (pengumpulan)
2. GBS SMI + - kolam smi hijau belum siap (masih di fasa pengumpulan) betul-betul berada pada fasa oversold (terlebih jualan)
3. RSI berada di bawah 50 - nilai semasa 34.69% berada pada fasa oversold (terlebih jualan). Peluan untuk BOD (buy on deep). Selalunya RSI 30 adalah di mana jerung/swing trader masuk membuat belian (collection/pengumpulan). Jika entry sekarang dikatakan berenang bersama jerung.
4. MACD GC (golden cross) - persilangan emas (line MACD biru di atas line signal merah) di bawah nilai 0 adalah sesuai untuk swing (entry awal/BOD).
5. Stochrsi positif - line biru cross up line merah, keberangkalian untuk membuat kenaikan adalah tinggi. Status semasa penampakan tanda awal kenaikan bermula 9point of reversal up)
6. Slow EMA & Fast EMA - kedua-duanya masih menunjukan dalam fasa downtrend, belum ada tanda-tanda reversal. Ketiga-tiga line utama EMA 50, EMA 100 & SMA 200 masih berada di atas candle. Line fast ema merah perlu membuat persilangan ke atas line fast ema kuning untuk menunjukan reversal up berlaku, confirmation adalah apabila line fast ema membuat susunan traffic light dari atas merah, kuning, hijau. Status semasa adalah belum selamat untuk entry.
Overall kaunter widad ini boleh masuk untuk buy on deep tetapi perlu jaga support, jika support bocor kebarangkalian membuat fasa downtrend (perlu dielakan trade kaunter downtrend). Untuk entry based on reversal up belum sesuai kerana belum ada sebarang confirmation reversal up.
Nota: "Sesuai berenang-renang bersama jerung" kalau ada di dalam boleh bersabar beberapa minggu boleh sahaja stay asalkan support tak bocor.
Gann Support: 0.34/0.31 | Resistance: 0.4/0.43
Sekadar kajian & pandangan semata-mata di atas permintaan Geng Borak Saham (GBS) . Bukanlah khidmat nasihat belian atau jualan saham mahupun "buycall". Trade at your own risk (tayor). Saya tidak bertanggungjawab di atas keuntungan mahupun kerugian tuan/puan. Sila bertanggungjawab di atas dagangan saham anda! jangan salahkan orang lain sekiranya trading anda gagal!
WIDAD sedang tidur?WIDAD dilihat sedang membuat pengumpulan dan berada pada fasa sideway yang agak lama. Ia dilihat membuat paras sokongan yang kuat pada 0.385 manakala paras rintangan pada 0.450. Untuk jangka panjang boleh perhatikan untuk tanda-tanda breakout. Buat masa sekarang, biarkan dia terus lena...
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
WIDAD keluar dari saluran downtrend1. Fibo bertindak sebagai support & resistance, resistance yang terdekat pada 0.44 iaitu Fibo 0.886.
2. Support yang kukuh S1 pada 0.39.
3. Volume tinggi masuk pada 6 Jul.
4. Candle keluar dari saluran downtrend, jika dapat stay atas maka boleh teruskan kenaikkan.
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
WIDAD hampiri zon support1. Fibo bertindak sebagai support & resistance dengan resistance yang terdekat pada 0.435 iaitu Fibo 0.886.
2. Support yang kukuh S1 pada 0.39.
3. Selepas BO dari saluran downtrend pada 10 Jun, candle retrace balik ke support.
4. SmartMCDX menunjukkan big money tak ada.
5. Jika candle pecah dari S1 maka ada kemungkinan test support di saluran downtrend bertanda ? .
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
WIDAD: Pembentukan Double Bottom Siri 4Harga ditutup 1 penurunan lebih rendah dari paras support yang kita senaraikan sebelum ini. Namun paras support fibo 0.50 di paras harga 0.420 kelihatan kuat bertahan. Namun, tiada indikator positif yang menyokong pergerakan menaik kaunter ini dalam masa terdekat.
Rekomendasi untuk perhatikan dahulu kaunter ini dari tepi dan CL sekiranya menembusi 0.420. AD pada paras 0.410 iaitu di paras support fibo 0.618
WIDAD: Pembentukan Double Bottom Siri 3Pembentukan marubozu bullish hollow menunjukkan kekuatan dalam belian, support 0.430 masih kuat bertahan. dapat kita andaikan pergerakan harga masih on track dan akan mengulangi rutin yang sama sehingga resistance pada paras 0.450 ditembusi.
SnR senaraikan seperti di bawah:
Support: 0.430
R1: 0.450
R2: 0.465
R3: 0.480
WIDAD: Pembentukan Double Bottom Siri 2Pergerakan harga agak menarik pada dagangan jumaat yang lepas dimana kita dapat lihat volatiliti jualan dan belian, berdasarkan paparan 4 jam ini dapat kita lilhat terbentuk lilin hollow bullish salah satu indikator yang menunjukkan tekanan belian yang tinggi.
Teknikalnya, berkemungkinan harga akan dibuka 1 kenaikan lebih tinggi pada dagangan seterusnya dan cuba untuk menembusi resistance sementara pada paras harga 0.450. sama sama kita nantikan.
SnR sementara saya senaraikan seperti di bawah:
Support: 0.430
R1: 0.450
R2: 0.465
R3: 0.480
WIDAD: Pembentukan Double Bottom Siri 1Pembentukan bottom yang ke 2 adalah satu indikator kenaikan yang baik. "Apa yang jatuh pasti naik dan apa yang naik pasti jatuh" :P
Dapat kita lihat usaha untuk kembali ke paras teringgi, namun seblum mencapai ke paras itu, pelbagai resistance perlu ditembusi. Sama sama kita nantikan.
SnR sementara saya senaraikan seperti di bawah:
Support: 0.430
R1: 0.465
R2: 0.480
Widad Cun Percubaan Membuat Gelombang Kenaikan Yang Baru!WIDAD
Sektor : Produk Perindustrian, Pengurusan Fasiliti
Paparan 1 hari:
1. Widad berada di fasa zon 'demand' atau fasa pengumpulan sedang naik meniti EMA 7
2. Persilangan emas MACD telah berlaku menandakan fasa awal kenaikan
3. Ema 7 hampir bersilang ke atas Ema 21 pengesahan menuju kenaikan yang cantik (momentum belian bertambah)
sesuai untuk masuk (ep)
4. Berada di medium bolingger bands(BB) mencari aras atas BB
5. SMI purple lake sudah menunjukkan persilangan ke atas (petanda momentum sedang menaik- terdapat minat belian). Kawasan tasik ungu sebagai fasa pengumpulan.
Telah berjaya keluar dari fasa pengumpulan, minat belian semakin meningkat dan harga sedang bergerak ke atas, adalah masa terbaik untuk mencari peluang masuk (ep).
Untuk keadaan semasa boleh dijadikan EMA 7 sebagai harga sokongan. Perlu naik memecah aras zon 'demand' area 48 sen ke atas (BO) untuk pengesahan pertukaran dari fasa pengumpulan ke gelombang menaik
Harga sokongan : 43 sen, 40 sen
Harga rintangan : 46 sen, 48 sen
Juga boleh dijadikan ema 7 atau ma 5 sebagai sokongan, selagi mana tidak bocor boleh naik meniti tren sehingga tren patah.
Ini hanyalah sekadar kajian saya semata-mata. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan tuan/puan. #Tayor
Widad Tampak Cantik Naik Meniti Di Atas EMA 7WIDAD
Sektor : Produk Perindustrian, Pengurusan Fasiliti
Paparan 1 hari:
1. Widad berada di fasa zon 'demand' atau fasa pengumpulan sedang naik meniti EMA 7
2. Persilangan emas MACD telah berlaku menandakan fasa awal kenaikan
3. Ema 7 hampir bersilang ke atas Ema 21 pengesahan menuju kenaikan yang cantik (momentum belian bertambah)
sesuai untuk masuk (ep)
4. Berada di medium bolingger bands(BB) mencari aras atas BB
Untuk keadaan semasa boleh dijadikan EMA 7 sebagai harga sokongan. Perlu naik memecah aras zon 'demand' area 48 sen ke atas (BO) untuk pengesahan pertukaran dari fasa pengumpulan ke gelombang menaik
Harga sokongan : 43 sen, 40 sen
Harga rintangan : 46 sen, 48 sen
Juga boleh dijadikan ema 7 atau ma 5 sebagai sokongan, selagi mana tidak bocor boleh naik meniti tren sehingga tren patah.
Ini hanyalah sekadar kajian saya semata-mata. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan tuan/puan. #Tayor
WIDAD: Double Golden CrossMACD telah bersilang keatas (GC1) dan adakah EMA 7 & EMA 21 berjaya untuk membentuk persilangan emas (GC2).
Penafian: Perkongsian ini hanyalah rekod kajian dan pembelajaran saya sendiri dan bukanlah buycall atau sellcall. Sebarang risiko untung/rugi adalah tanggungjawab sendiri.
WIDAD masih dalam Saluran Downtrend1. Resistance R1 pada 0.44 dan Support S1 pada 0.39.
2. Support yang kukuh pada S1, jika break boleh meneruskan penurunan.
3. MACD menunjukkan bullish momentum kurang.
4. Volume masih rendah.
5. Jika candle dapat break out dari saluran downtrend dengan volume tinggi boleh meneruskan kenaikkan.
Sila LIKE jika bersetuju dengan idea saya sebagai sokongan.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
Widad : Satu kajian nubisKajian kaunter widad dari sudut TA
1) Volume telah overtake volume sebelumnya
2) CS hammer dan meniti di atas line ema5
3) Jika esok volume menujah dgn kuat line ema20 akan di langgar seterusnya pergi ke R1
4) Jika tidak berjaya break 3ma20 ia akan turun ke support yang terhampir iaitu sekitar 0.415
5) RSi menunjukkan masih ada momentum iaitu di atas 50
6) Macd belum lagi melintas garisan 0.
7) Boleh guna gann chart untuk menentukan SnR
Ini adalah kajian semata-mata dan untuk tujuan pembelajaran. Tiada saranan untuk membeli dan menjual.Tayor !!!
Keep its simple & Sweet.
WIDAD REBOUND DI MAJOR TRENDLINESector: Construction
1. WIDAD masih dalam keadaan trend menurun, berdagang di bawah MA50 dan MA200.
2. Namun pada timeframe 4 jam, tampak WIDAD telah memecahkan garisan trend menurun disertai dengan pertambahan volume yang cukup signifikan.
3. MACD pada timeframe daily juga telah bersilang ke atas
S: 0.40
R: 0.445, 0.50
WIdad baru memecah rintangan terdekat..dah keluar signal EPSecara teknikalnya, WIDAD tidak kelihatan baik kerana Purata Pergerakan 20 Hari merosot ke bawah dan tindakan harganya berada di bawah garis Moving Average. Dengan pergerakan ke bawah secara umum, harga sekarang berada jauh di bawah rintangan 0.46. Bagaimanapun ia telah memecah rintangan terdekat pada 0.42 dan petunjuk telah mengeluarkan tanda untuk belian.
Penafian:
Idea ini untuk tujuan pembelajaran penulis sahaja. SIla berdagang atas risiko sendiri.
WIDAD CUBA UNTUK NAIKSector: Construction
1. WIDAD dalam keadaan downtrend pada timeframe daily, berdagang di bawah MA50 dan MA200.
2. Namun pada hourly timeframe, tampak WIDAD memecahkan garisan trend menurun dan tampak intak bertahan di garisan uptrend.
3. Perlu memecahkan rintangan di paras 0.545 untuk meneruskan kenaikan.
Support : 0.50
Resistance : 0.545, 0.595