shahidah_sf

Widad Berada Dalam Fasa Sideways "Berenang Bersama Jerung"

MYX:WIDAD   WIDAD GROUP BERHAD
Kaunter: Widad
Sektor : Industri Produk & Pembinaan
Jenis kaunter: Superpenny negative earning (overall fa+ta tidak memberasangkan)

Paparan masa 1 hari:
1. Sila rujuk pada kotak hijau, kaunter berada pada fasa sideways/ trade in range bermain-main dalam kotak harga di antara 0.355-0.385
Untuk membuat satu kenaikan baru (uptrend/ atau reversal uptrend) harga perlu break 0.385 dan bertahan di atas harga ini.
Sekiranya bocor 0.355 kaunter mungkin akan membuat fasa penurunan (downtrend). Jika anda ada posisi di dalam adalah baik untuk
elakkan sangkut di dalam fasa downtrend. Buat masa ini trading masih selamat kerana masih di fasa sideways.

2. Jika di rujuk pada fibo retracement (sila tick pada bahagian setting, lebel low & high) tarik dari low ke high. Kita dapat lihat harga membuat retracement sekitar 61.80%. Sekiranya tidak mampu bertahan harga akan cuba untuk mencari fibo retracement seterusnya iaitu di 78.60% retracement(lihat line fibo kuning) pada harga sekitar 0.26. Pada ketika ini perlu mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya bocor akan berlakunya confirmation downtrend. Point selamat untuk entry jika merujuk kepada line fibo ini adalah apabila berlakunya 'reversal up' dan permulaan trend kenaikan baru (uptrend) confirmation pada aras fibo 50% ( entry harga sekitar 0.465) adalah entry yang selamat kerana ketika ini kaunter berada pada fasa uptrend.

3. Trendline - rujuk line trendline (merah) sekiranya bocor akan mencari line trendline seterusnya. Status semasa masih berada di atas trendline (UTL-uptrend line).

4. MACD - positif (line macd biru berada di atas line signal merah) sedang menghampiri nilai 0 (sekiranya nilai line macd berjaya berada di atas 0 momentum untuk sesuatu kuanter melakukan kenaikan adalah lebih tinggi berbanding nilai MACD di bawah 0)

5. Stochastic RSI - positif ( line biru cross ke atas line merah) menunjukan minat belian dan pergerakan harga yang positif (bullish).

6. RSI - negatif pada nilai di bawah RSI 50 % iaitu 43.46 (untuk pergerakan bullish trend, kaunter yang membuatkan momentum kenaikan adalah kaunter yang berada di atas RSI 50) . Status semasa perlu membuat kenaikan di atas paras 50.

7. GBS SMI+ - jika merujuk kepada GBS SMI+ Widad sebenarnya sudah berjaya keluar dari fasa pengumpulan (accumulation- kolam hijau GBS SMI+) namun line biru telah cross ke bawah line merah menunjukkan kebarangkalian berlakunya 'retracement'. Status semasa line biru perlu cross up line merah untuk signal positif. Sekarang masih dalam keadaan negatif.

8. Slow EMA & Fast EMA - kedua-duanya masih menunjukan dalam fasa downtrend, belum ada tanda-tanda reversal. Ketiga-tiga line utama EMA 50, EMA 100 & SMA 200 masih berada di atas candle. Line fast ema merah perlu membuat persilangan ke atas line fast ema kuning untuk menunjukan reversal up berlaku, confirmation adalah apabila line fast ema membuat susunan traffic light dari atas merah, kuning, hijau. Status semasa adalah belum selamat untuk entry.



Paparan masa 1 minggu:

1. Berada pada fasa sideways/accumulation (pengumpulan)
2. GBS SMI + - kolam smi hijau belum siap (masih di fasa pengumpulan) betul-betul berada pada fasa oversold (terlebih jualan)
3. RSI berada di bawah 50 - nilai semasa 34.69% berada pada fasa oversold (terlebih jualan). Peluan untuk BOD (buy on deep). Selalunya RSI 30 adalah di mana jerung/swing trader masuk membuat belian (collection/pengumpulan). Jika entry sekarang dikatakan berenang bersama jerung.
4. MACD GC (golden cross) - persilangan emas (line MACD biru di atas line signal merah) di bawah nilai 0 adalah sesuai untuk swing (entry awal/BOD).
5. Stochrsi positif - line biru cross up line merah, keberangkalian untuk membuat kenaikan adalah tinggi. Status semasa penampakan tanda awal kenaikan bermula 9point of reversal up)
6. Slow EMA & Fast EMA - kedua-duanya masih menunjukan dalam fasa downtrend, belum ada tanda-tanda reversal. Ketiga-tiga line utama EMA 50, EMA 100 & SMA 200 masih berada di atas candle. Line fast ema merah perlu membuat persilangan ke atas line fast ema kuning untuk menunjukan reversal up berlaku, confirmation adalah apabila line fast ema membuat susunan traffic light dari atas merah, kuning, hijau. Status semasa adalah belum selamat untuk entry.

Overall kaunter widad ini boleh masuk untuk buy on deep tetapi perlu jaga support, jika support bocor kebarangkalian membuat fasa downtrend (perlu dielakan trade kaunter downtrend). Untuk entry based on reversal up belum sesuai kerana belum ada sebarang confirmation reversal up.

Nota: "Sesuai berenang-renang bersama jerung" kalau ada di dalam boleh bersabar beberapa minggu boleh sahaja stay asalkan support tak bocor.

Gann Support: 0.34/0.31 | Resistance: 0.4/0.43

Sekadar kajian & pandangan semata-mata di atas permintaan Geng Borak Saham (GBS) . Bukanlah khidmat nasihat belian atau jualan saham mahupun "buycall". Trade at your own risk (tayor). Saya tidak bertanggungjawab di atas keuntungan mahupun kerugian tuan/puan. Sila bertanggungjawab di atas dagangan saham anda! jangan salahkan orang lain sekiranya trading anda gagal!












Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.