idea dagangan YONGTAI
Yongtai Adakah Permulaan Kepada Perjalanan Menuju Ke Atas?Yongtai telah lama downtrend dan kelihatan seperti sedang membuat tapak dan pusingan untuk kembali mendaki keatas. Pertamanya kena lengkapkan kuali ajaib terlebih dahulu. Jika kuali sudah lengkap dan telah berjaya memecahkan downtrendline yang pertama, diharap semoga mampu untuk mendaki dan memecahkan garisan downtrend seterusnya. Boleh la perati rapat dan sediakan trading plan masing-masing ya.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
YONGTAI - Adakah kenaikan sementara atau perubahan trend?Yongtai pada jumaat lepas telah sampai ke aras terendah dalam 52 minggu (52WL) pada harga 0.370 dan telah bocor tetapi kemudiannya naik kembali dengan volume dagangan harian yang paling besar sejak tahun 1998. Adakah kenaikkan sementara atau pencetus untuk perubahan trend. Ini kerana volume yang sangat tinggi dan candle doji di lower bollinger. Sepanjang bulan October 2018, Datuk Wira Boo Kuang Loon banyak required saham Yongtai ni. Mengapa dia banyak required? Sama-sama kita kaji ya. Boleh la follow rapat kaunter Yongtai ni. Mana tau ada rezeki.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
arah tuju yongtaiyongtai punya chart downtrend. disebabkan itu, kalau ada kenaikan, ia bersifat sementara. kalau betul nak reverse kena break down trendline tu. resistance kat area 60sen.
buat masa sekarang nampak dia buat doji dengan volume yang besar. jadi esok boleh monitor mungkin ada peluang untuk trade. kebiasaannya orang masuk atas drpd yesterday high.
jika rajin, check2 news, mana tahu ada apa2 news yang menyebabkan volume surge.
Bila aras sokongan dikhianatiBayangkan ada satu longgokan harga membuat satu aras sokongan yang baik dan secara tiba2, aras tu bocor ke bawah.
Mungkin yang buat longgokan tadi sudah kehabisan wang.
Mungkin tiada sambutan menggalakkan dari pelabur2 lain.
Mungkin teknikal rebound saja.
Yang pasti, aras sokongan bocor, petanda kurang baik.
Nota :
bila aras sokongan bocor, TUNGGU REVERSAL SIGNAL muncul.
Yongtai: Menunggu reaksi pada T+4 Melihat pada carta harian, harga telah memecahkan garisan aliran arus kebawah jangka pendek. Harga juga membuat paras rendah meninggi. Volum yang besar masuk pada 13 Nov lalu ditanda sebagai T+0. Jika kejatuhan harga disetai dengan volum yang sedikit, ia merupakan pentanda yang baik. Walaubagaimanapun, kami menunggu reaksi pada T+4 & jika ada peluang, kami akan membuat pembelian jangka pendek.
Penafian: Hanya untuk analisa teknikal
Review YONGTAI signalCarta yang digunakan adalah carta 5 minit. Selamat menonton dan abaikan perkataan so so so tu!
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
Yongtai - Adakah Solid Reversal atau Sekadar Technical Rebounce?Pada Jumaat lepas, Yongtai sangat cemerlang didalam lautan merah. Untuk memastikan Yongtai telah membuat reversal dan pertukaran trend kita perlu satu lagi candle untuk kepastian dimana Yongtai perlu melepasi aras rintangan 0.72. Ini kerana Yongtai masih belum turun hingga ke aras terendah iaitu di 0.435. Kebarangkalian untuk terus turun dan jumaat lepas sekadar technical rebounce masih ada. Sama-sama kita perhati rapat. Sediakan trading plan. Jika ada peluang, boleh la masuk. Lama dah Yongtai ni oversold. Ada peluang disitu.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
YONGTAI klimaks penjualan1. YONGTAI berada dalam fasa downtrend
2. Namun, volume transaksi semakin aktif apabila harga yongti semakin turun
3. Petanda klimaks penjualan sedang berlaku dan juga bullish divergence
4. Perubahan trend diramalkan bakal berlaku
5. TP 800 SL 600 EP 700
6. RRR 1:1, kurang memberansangkan
Jaks - Potensi Double BottomHari ini harga saham Jaks kembali ke RM1.03. Esok boleh perati rapat kalau berlaku reversal dan membentuk double bottom chart pattern. Saham Jaks pun sudah oversold, jadi besar kemungkinan akan menarik minat pembeli kembali.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
YONGTAI YONGTAI pada 8/8 telah formed satu white marubozu with strong buy force. It bermakna reversal signal berlaku dan Yongtai akan buat rebounced. White marubozu candle akan menjadi support yang kuat bagi YONGTAI. Kalau pecah support 1.12. dijangka YONGTAI akan jatuh ke RM1 dan ke bawah. Resistance bagi Yongtai pada minggu depan adalah 1.21, 1.30 dan 1.38
Yong Tai (Mingguan) - berhati-hati jika aras sokongan bocorPedagang digalakkan untuk monitor dengan lebih teliti aras sokongan yang ditandakan.
Sekiranya bocor , dijangkakan harga akan terus ke bawah.
Jika tidak bocor tetapi muncul signal pembelian yang kuat, jadikan aras sokongan sebagai aras risiko rugi (stop loss).
Boleh jadikan carta AEMULUS sebagai rujukan.
7066 YONGTAI BERHAD
Melihat kepada chart YONGTAI, saya rasakan stock ini berpotensi untuk naik dengan lebih tinggi lagi. Kita boleh jangkakan price berpotensi untuk naik sehingga ke level 1.590 dan jika break, terus ke level 1.680.
Walau bagaimanapun, stop loss harus diletakkan di level 1.500 sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya price reversed.