LQDT sedang mendaki di gelombang besar LIMALiquidity Services, Inc.
Disenaraikan - Nasdaq, USA.
Kapital Pasaran : $ 871 Million
Info Syarikat: -
Syarikat ini mengendalikan pasaran lelong dalam talian untuk aset borong, lebihan, dan penyelamatan. Syarikat menawarkan produk oleh industri seperti elektronik pengguna, barang dagangan umum, pakaian, peralatan saintifik, dan bahagian dan peralatan aeroangkasa. Liquidity Services memasarkan produknya di Amerika Syarikat.
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini berada di Gelombang besar lima & telah memulakan pergerakkan menaik ke atas serta akan membuat corak Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal ) untuk meneruskan Gelombang Kecil besar 5
bagi sasaran Gelombang 5 akan kerap berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 50% 78.6% &100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127.2% ( Jangkaan Masa - 8-10 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari