ARCH: Momentum?ARCH dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa tahun dagangan yang lalu
Pergerakan harga dilihat disokong oleh MA50 dan MA200 yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Harga ketika idea ini ditulis dilihat baharu sahaja membuat 'ATH' dengan membentuk jurang 'breakaway' melepasi rintangan
Volum dilihat berada lebih tinggi daripada volum purata harian namun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan selagi hari dagangan masih berjalan
Petunjuk RSI dilihat berada di atas garis purata RSI harian namun sudah memasuki kawasan 'overbought'
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga tutup dan bertahan di atas jurang kenaikan untuk hari-hari berikutnya
Sama-sama kita perhatikan
*Tidak patuh syariah
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!