Pemberitahuan: 3 sebab mereka jadikan anda pedagang lebih baikHai Semua! 👋
Walaupun pemberitahuan mempunyai begitu banyak kegunaan di dalam dagangan, mereka selalunya kurang digunakan kerana ia mengambil masa dan kepintaran untuk membina satu sistem yang boleh menggunakan mereka dengan baik. Jom kita lihat beberapa sebab penggunaannya adalah berbaloi .
1. Mereka boleh membantu dalam pembinaan tabiat yang baik 💪
Berhenti sebentar jika ini biasa anda dengari: anda dengar satu cerita pelaburan yang hebat dan terus pergi ke pasaran dan membeli aset itu tanpa membuat apa-apa rancangan.
Walaupun kaedah ini masih boleh berjalan lancar, ia bukannya satu strategi yang bagus untuk kejayaan jangka masa panjang kerana dalam keadaan sebenar, adalah sangat sukar untuk kekal dalam kedudukan itu tanpa satu rancangan dan mendagangkannya dengan efektif. Anda mungkin memilih untuk keluar dari posisi berdasarkan hanya kepada ketamakan dan ketakutan sementara, dan kelakuan seperti ini boleh menghalang ketekalan dan keuntungan jangka panjang.
Pemberitahuan adalah sangat bagus kerana mereka dapat mengeluarkan sifat meneka semasa masuk atau keluar satu posisi. Hanya cipta satu pemberitahuan untuk harga yang anda mahukan, kemudian masuk posisi hanya jika keadaan ini dicapai. Kemudian, biarkan pasaran melakukan kerja mereka dan kebarangkalian bekerja untuk anda.
Pemberitahuan dapat menukarkan pengalaman berdagang dari satu kaedah yang sentiasa mencari satu idea - dan sentiasa rasa ketinggalan - kepada satu situasi rehat sambil menunggu keadaan yang anda telah tetapkan untuk tercetus sebelum melakukan apa-apa. Secara ringkas, pemberitahuan boleh menjadikan anda lebih bersedia untuk pergerakan naik turun pasaran.
2. Mereka memberikan lebih kebebasan dan mengurangkan tekanan 🧘
Ada satu pepatah yang sangat popular di dalam dagangan dan kehidupan iaitu emosi negatif akan dirasakan dua kali ganda lebih kuat daripada emosi positif. Pepatah ini mempunyai banyak kegunaan lain, tetapi ia berguna untuk memahami kehidupan sebagai seorang pedagang.
Perhatikan pelabur-pelabur berikut:
Seorang doktor gigi yang memeriksa laporan kewangan suku tahunan daripada brokerajnya
Satu pedagang posisi yang memeriksa posisinya sekali sebulan
Seorang pedagang ayunan yang memeriksa posisinya sekali seminggu
Seorang pedagang Harian yang memeriksa posisinya sehari sekali, atau mungkin lebih
Dengan keadaan biasa ketidaktentuan yang dihadapi oleh pasaran, peserta pasaran manakah yang paling kurang berpotensi akan menjadi marah dan kecewa? Doktor gigi. Kenapa? Kerana dia mendapat maklumat data yang paling sedikit dari pasaran. Pedagang terbaik dunia sebenarnya terdedah kepada situasi negatif beratus-ratus kali sehari untuk posisi mereka pada keadaan harian disebabkan oleh ketidaktentuan yang diluar kawalan mereka. Tingkatan simulasi negatif ini boleh menganggu kesihatan mental dan keberkesanan dagangan.
Pemberitahuan membenarkan pedagang yang bersedia dengan kebolehan untuk melangkah kebelakang dari pasaran dan membenarkan dagangan datang kepada mereka.
3. Pemberitahuan kami tidak membenarkan apa-apa terlepas ✅
Dua sebab sebelum ini adalah kebaikan dari penggunaan pemberitahuan harga, pemberitahuan kami turut menjadi lebih baik dari segi utiliti pengguna. Sebaik sahaja anda ada persediaan yang anda mahu dagangkan, anda boleh menetapkan pemberitahuan pada garisan arah aliran, penunjuk teknikal, skrip tersuai dan banyak lagi, membenarkan anda memastikan persediaan kesukaan anda tidak terlepas.
Ia boleh jadi semudah seorang pelabur jangka panjang menetapkan pemberitahuan RSI pada saham Dow 30 untuk membeli penurunan untuk saham-saham yang kuat, kepada aktiviti lebih kompleks seperti tetapan pemberitahuan untuk pedagang saham singkat spread hadapan harian untuk menentukan ketakcekapan harga dalam lingkungan 40 kontrak teratasnya.
Pemberitahuan tersuai kami boleh membenarkan pedagang yang tersusun untuk menangkap semua peluang yang mereka mahukan.
Dan itu dia! 3 sebab untuk anda menggunakan pemberitahuan dan semua kebaikan yang ia berikan.
Terima kasih kerana membaca dan jaga diri!
Dengan penuh kasih sayang,
Pasukan TradingView ❤️❤️
idea dagangan NAS100
US100: AnomaliIndeks US100 dilihat membuat kenaikan yang agak mengejut beberapa hari dagangan yang lalu
Jika diperhatikan pergerakan harga pada selang harian dilihat memecahkan corak carta segi empat tepat
Walaubagaimanapun pergerakan volum adalah dilihat tidak selari dengan kenaikan indeks terbabit yang membentuk marubozu
Perlu diingat bahawa indeks masih lagi belum melepasi rintangan arah aliran menurun pada selang mingguan
Namun adalah tidak mustahil untuk harga membuat kenaikan disebabkan oleh lantunan teknikal pada selang bulanan (tidak ditunjukkan)
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
INDEKS NASDAQPelan Pelaburan
- Limit Belian (1)-
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Biru
Target Keuntungan: 1000pips
Target Kerugian: 200pips
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:5
- Limit Jualan (1)-
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Merah
Target Keuntungan: 1000pips
Target Kerugian: 200pips
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:5
Tip untuk membuat entri: Entri apabila terdapat pengesahan paten pembalikan arah berdasarkan selang masa 15 minit semasa harga masuk ke dalam zon belian atau jualan bagi mengurangkan risiko rugi. Sekiranya tiada pengesahan pembalikan arah dan pasaran mengesahakan paten penerusan, maka entri berdasarkan trend ketika harga menguji semula zon tersebut.
Berdagang Atas Risiko Anda Sendiri (BARAS)
US100Penurunan US100 di TF kecil telah selesai tetapi di TF tengah gagal membuat pemecahan bawah. Kemungkinan untuk berlaku pemecahan atas agak tinggi. Untuk risiko yang lebih rendah, pemecahan mesti dengan badan lilin melepasi sumbu. Pilihan kedua yang lebh selamat ialah dengan menunggu di zon permintaan di bawah
NASDAQ (INDEKS)Teknik : Penawaran & Permintaan + Sokongan & Rintangan
Selang Masa : Minggu
Entri Belian/Ambil Untung Jualan : Kotak biru (Risiko Rendah) atau Garisan hitam (Risiko Sederhana) atau Garisan trend hitam (Risiko Rendah) atau Garisan hijau (Risiko Tinggi)
Entri Jualan/Ambil Untung Belian : Kotak merah atau Garisan Merah
Mudahkan teknik Melabur. Hanya kawal emosi. Pasaran bukan kita punya. Pelan Nisbah Risiko dan Ganjaran. Melabur dengan Ilmu. Insha Allah berjaya
TAYOR
US100 Area JualUS100 Area Jual, dengan sokongan gelombang dan div, agak berisiko kerana trend naik masih kuat.
US100 - Fasa pengumpulanIndex - Nasdaq US100, Wall Street
Idea Analisis
1. US100 berada di dalam fasa pengumpulan/sideway. US100 telah membuat kenaikan yang luar biasa dan berehat seketika sebelum membuat kenaikan semula.
2.Berdasarkan sejarah US100, sekiranya paras harga jatuh sehingga menyentuh lower bollinger band , paras harga akan memantul semula.
3. Kemungkinan, US100 akan meneruskan perjalanan ke ALL TIME HIGH semula, berdasarkan sejarahnya yang terdahulu iaitu menyentuh lower bollinger band dan meneruskan semula perjalanan.
4. Berdasarkan hari terakhir trading pada 26 Mac menunjukkan index US rata-rata menutup pada paras harga yang cantik. Hampir keseluruhan stock berkaitan semiconductor dan teknologi di Wall Street tutup dengan paras harga yang cantik.
TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
US100- sejarah mungkin berulang?Index - Nasdaq US100, Wall Street
Idea Analisis
1. Berdasarkan sejarah US100, sekiranya paras harga jatuh sehingga menyentuh lower bollinger band, paras harga akan memantul semula.
2. Kemungkinan, US100 akan meneruskan perjalanan ke ALL TIME HIGH semula, berdasarkan sejarahnya yang terdahulu iaitu menyentuh lower bollinger band dan meneruskan semula perjalanan.
3. Berdasarkan hari terakhir trading pada 26 Mac menunjukkan index US rata-rata menutup pada paras harga yang cantik. Hampir keseluruhan stock berkaitan semiconductor dan teknologi di Wall Street tutup dengan paras harga yang cantik.
TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
NASDAQ 100 Sell AreaNASDAQ 100 Sell Area dengan sokongan 2 divergence. Yang pertama sebagai tanda pembentukan wave 4, yang kedua sebagai tanda untuk reversal dari puncak wave B yang menuju wave C
NASDAQ Kebangkitan indusri teknologi (22Jun2020)Nasdaq melonjak naik setelah covid19 dan membuat New High. Namun begitu terdapat pattern double top bakal terjadi. Maka terdapat 2 tempat kemungkinan retest akan dibuat.
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Trade At Your Own Risk.