MMM US🌎Syarikat ini menunjukkan sedikit kemajuan. Pada suku ketiga 2025, pendapatan meningkat 3.5%, kadar terpantas dalam tempoh empat tahun, dan margin operasi meningkat 1.7 mata peratusan kepada 24.7%.
Jualan produk yang dilancarkan dalam tempoh lima tahun yang lalu meningkat 30% pada suku tersebut.
Pelantikan CEO baharu William Brown dan penekanannya terhadap kecekapan operasi, termasuk meningkatkan bekalan kepada 91.6% (paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun), telah diterima secara positif oleh pasaran.
Strategi Solventum untuk memisahkan perniagaan perubatannya membolehkan syarikat menumpukan pada kecekapan terasnya.
Pertumbuhan pendapatan tahunan dijangka HANYA sekitar 2-3%, jauh di bawah kadar pertumbuhan pasaran AS yang lebih luas iaitu sekitar 10%.
Margin bersih menurun kepada 13.7% daripada 15.9% tahun lepas.
P/E 3M adalah kira-kira 26x, jauh di atas purata sektor perindustrian iaitu 12.9x. Ini menunjukkan bahawa jangkaan yang ketara untuk pertumbuhan masa hadapan telah pun dinilai berdasarkan harga semasa. Sebarang kekecewaan boleh menyebabkan pembetulan harga yang mendadak.
Kenaikan harga saham sebahagian besarnya didorong oleh jangkaan positif berkaitan pelantikan CEO baharu dan sebahagian besarnya tidak disokong oleh prestasi kewangan.
Kita berada dalam gelombang kelima.
Penilaian harga saham semasa adalah tinggi memandangkan prestasi perniagaan semasa.
Idea dagangan
6-MAC-2020: MMM berada di paras support DailyAssalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Tools Kajian;
1. SNR – Harga berada di Support yang ditandakan sebelum ini
2. Volume – minggu ni walaupun buyer cuba menonak harga ke atas, secara keseluruhan masih merah ni
3. MA - cross kebawah (daily)
4. Index DOW - kembali menjunam
Ulasan;
secara kasar kaunter ini adalah dalam keadaan yang sideways sekiranya di perhatikan di Daily chart. Jangkaan kita untuk masa terdekat ini harga akan berlegar di kawasan daily support. Namun seandainya harga berjaya memecahkan daily support ini dengan momentum, secara kasar harga mungkin boleh menjuman ke paras 134.53 iaitu weekly support. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian kita terhadap index US30 yang merah.(6-3-2020)
Rumusan;
Malam ini akan ada news NFP yang menentukan hala tuju ekonomi US, jadi ini sedikit sebanyak akan membantu pembentukan harga samaada menjunam atau sebaliknya. Sekiranya malam ini harga jatuh dengan momentum, kita akan tunggu setup asas di weekly S. Terpulang pada anda untuk sell tapi saya tidak menyarankan untuk short / sell stock dan sila pertimbangkan untuk hanya masuk sekiranya ada setup menarik saja.
semoga bermanafaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.



