dow jones indexkelihatan dji cuba untuk memecah high yng tercipta julai lalu tetapi gagal.
indeks kini berada dalam posisi neutral menunjukkan kekuatan bear dan bull agak seimbang. walaubagaimanapun, saya lebih cenderung untuk indeks turun.
ada kemungkinan indeks akan cuba menutup gap yang dibuat awal bulan september.
jadi , berhati hati.
idea dagangan US30
SEMANGAT DOW JONES TERUS MEMBARADow Jones susut dibawah paras 27,000 mata. Oleh kerana pembangunan masih kurang memberangsangkan, kami lihat penurunan kecil ini hanya sebagai pembetulan sementara buat index ini. Hal ini dilihat sebagai aktiviti pengambilan keuntungan yang normal selepas Dow Jones berjaya melanjutkan pendakian di atas paras 27,000 mata minggu lalu. Berdasarkan landskap teknikal semasa, kami percaya bahawa kecenderungan ke arah kenaikan harga di atas garisan merah "200-day MA" masih kekal.
Dalam masa terdekat, kami menjangkakan untuk index ini bangkit semula dan menguji paras tertinggi 27,450 mata dalam sesi akan datang. Hal ini disokong oleh garisan biru "50-day MA" yang berlegar teguh di atas garisan "200-day MA" yang dinyatakan di atas, memberi petunjuk ke arah prospek yang positif.
DOW JONES DI KAWASAN POSITIF DI ATAS GARISAN MA 200-HARIDow Jones masih terapung di kawasan positif di atas garisan merah MA 200-hari. Mengikut momentum semasa, kami menjangkakan kesinambungan positif yang bakal membawa indeks ini ke atas menembusi rintangan terdekat di 266,280 mata.
Secara keseluruhan, tren utama masih menunjukkan petanda tujahan ke atas. Garisan MA 50-hari masih berada di atas garisan MA 200-hari mengekalkan pandangan kami terhadap pergerakan positif.
Sokongan pertama pada 25,500 poin, diikuti sokongan kedua 24,680 poin. Manakala rintangan terdekat pada 26,280 poin, diikuti oleh rintangan seterusnya pada 27,000 poin.
DJI belum jelas arah tuju.DJI mingguan kini berada diparas uptrend line support, akan tetapi muncul pula chart pattern potential ascending wedge - sebuah chart pattern yang bearish jika break short term uptrend line.
Jika index berjaya melantun dari paras sokongan short term uptrendline, indeks dijangka akan meneruskan kenaikan sehingga R1. Jika tidak, dan paras short term uptrend ditembusi, ,maka chart pattern ascending wedge dikira sah dan sasaran kejatuhan kemungkinan sehingga paras S3.
pada carta harian. index masih bergerak secara sideways antara 25,300 hingga 26,400 (anggaran 1100 mata atau 4%). Jika berjaya menembusi sebelah atas, maka ia dijangka untuk meneruskan kenaikan, dan jika tembusi ke bawah, maka kemungkinan index akan terus jatuh.
DOW MELANTUN DI ATAS SOKONGAN 200-HARI GARISAN MADow Jones melantun sebagai tanda unjuran gerakan positif semenjak pembentukan corak "Bullish Harami", yang menunjukkan peralihan pergerakan daripada arah bawah ke atas. Dari perspektif teknikal, perkara ini adalah isyarat penting yang menunjukkan bahawa sentimen pasaran bertambah baik, terutama sekali apabila isyarat positif ini muncul tepat di atas garis sokongan utama 200 hari merah MA. Perhatikan bahawa "Golden Crossover" juga boleh dilihat pada penanda "Slow Stochastic". Hal ini menunjukkan momentum mula berkumpul, menguatkan lagi pandangan positif kami.
Secara teknikalnya, kita melihat garis MA merah 200 hari sebagai penanda aras penting di mana indeks melantun untuk menamatkan sentiment lemah yang membawa Dow turun sekitar 5% dari paras teringi 27,000 pts sebelumnya.
Sokongan segera pada 26,278 pts diiukti oleh seokongan kedua 25,500 pts. Dalam masa yang sama, rintangan kuat kelihatan pada aras 27,000 pts.
DJI or DOW diatas paras support mingguanDow berlaku penjualan besar-besaran 3 hari mengalami kejatuhan, selalunya saya akan monitor dalam masa 3 hari (3 days rule).
Ini theory saya la ... dan saya akan biarkan mingguan harga selesai dulu nak bagi sense of direction. Jadi untuk daily ada berlaku pin bar formation so kalo nak long stop loss area bawah skt dari line pin bar. Tetapi weekly still up trend cuma dh tak byk dow ni boleh nampak la...so pilihan saya baik cari entry sell.
Indeks Dow Jones menunjukkan deathcross overPandangan teknikal:
Setelah kenaikkan beberapa hari, tanda-tanda kelemahan harga untuk menaik mulai muncul, indikator biru menunjukkan volatiliti harga mulai mengecil dan indikator kuning mulai mendatar. Stochastics menunjukkan persilangan lintasan mati arah ke bawah 80%.
Komen:
Hari ini bermulanya persidangan antarabangsa antara kuasa ekonomi dan negara terbesar dunia G20 yang berlangsung di bandar Osaka Jepun. Kemungkinan juga kesan dari ini menyebabkan secara purata harga bergerak perlahan.
30 SYARIKAT TERBESAR AMERIKA SYARIKAT "US" TERUS BERKEMBANGDow Jones memperluaskan pergerakan 3-minggu positifnya dan kini sedang melayang berhampiran rintangan kuat sekitar aras 26,956 pt. Pergerakan positif ini telah menafikan isyarat negatif dalam penampilan corak "Bearish HArami". Fakta bahawa indeks telah kembali di atas biru 50-hari dan merah 200-hari garis MA mencerminkan bahawa sentimen pasaran kini memberangsangkan.
Landskap teknikal semasa menunjukkan bahawa ia hanya masa yang singkat sebelum indeks 30 syarikat “US” terbesar memecah ke puncak baharu. Hal ini disokong oleh kecenderungan kenaikan harga yang berterusan dalam corak osilator "Slow Stochastic" (biru di atas merah) - satu petunjuk bahawa sentimen pasaran masih menggalakkan.
Pandangan positif kenaikkan jangka panjang terus kekal dengan sokongan segera sekitar 26,278 poin, diikuti dengan sokongan berikutnya pada 25,834 poin. Pada masa yang sama, kami menetapkan rintangan yang kuat dalam lingkungan 26,956 mata - 27,500 mata.
Perhatian buat pedagang2 US30Melihat pada carta harian US30, didapati neckline masih bertahan sebagai sokongan. Jika harga pecah ke bawah paras ini, maka signal akan menjadi lebih bearish dan harga mungkin akan menuju ke paras sokongan seterusnya, S2, S3.
Pantau juga 200MA (paras sokongan jangka panjang) yang berada di sekitar paras neckline yang disebutkan.
<TradeVSA> Dow Jones Membentuk Corak PullbackIsyarat Kekuatan di carta:
1. Sokongan yang kukuh
2. Isyarat Spring, Test and Line Change
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
<TradeVSA> Dow Jones Masih Lemah Lagi1. Sell-Off menunjukkan penjualan area
2. Kelemahan muncul di rintagan dengan Up-Thrust
3. Red Pentagon disahkan
4. Downbar yang luas
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
DJI: menguji paras sokongan 25500
melihat pada carta di atas, ketika ini dow sedang menguji paras sokongan kritikal 25,500. ketika ini dow telah pun jatuh di bawah paras sokongan 20ma 25,800 dan melihat ke kiri, kelihatan garisan chikou telah pun melanggar paras harga semasa 26hari lalu. petunjuk silangan negatid MACD telah pun keluar sejak minggu pertama bulan march apabila dow jatuh 206 mata apabila di tutup pada paras 25,819. melihat pada petunjuk ichimoku, paras sokongan seterusnya adalah di kawasan 24,000, untuk samai ke paras tersebut memerlukan kejatuhan sebanyak 1,500 mata, dan itu adalah lebih kurang 6% sahaja. Dan jika kejatuhan ini di cermin oleh FBMKLCI, ada kemungkinan indeks FBMKLCI akan ke paras 1570, iaitu kejatuhan sebanyak lebih kurang 100 mata dari paras semasa. dan paras 1570 ini seiring dengan sasaran penuh gann dari paras 1730 square of 9.
Indeks DJIA: Analisa ringkasIndeks DJIA merupakan indeks yang menjadi panduan bagi arah tuju KLCI. Mungkin akan turun sedikit dahulu sebelum melantun di:-
1) paras rintangan menjadi sokongan dan
2) garis kipas gann
Harga masih berada di atas awan Ichimoku dan sedang mencuba garis EMA50. Bayangan seakan 'Cup & Handle' juga dapat dilihat buat masa ini.
10-Mac-2019: PEMBELAJARAN 1 - SOP NEWBIE (Trendline & SNR)PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Dengan lafaz bismillah...
Assalamualaikum dan selamat pagi...
Saya ingin berkongsi sedikit kaedah kajian yang saya sering gunakan. Ianya adalah kaedah asas namun sangat berharga untuk dikongsi dan dipraktikkan. Sedia maklum ini adalah kaedah untuk PEMULA (Newbie/zerobie) untuk sekurang-kurangnya boleh menentukan hala tuju pasaran sebelum mereka membuat keputusan.
Sekiranya anda bukan newbie/zerobie mungkin ini tidak sesuai untuk anda, namun tiada salahnya untuk kita berkongsi pendapat dan kaedah kajian masing-masing. Walaupun ini cuma asas, even you dah lama trade, sekiranya anda gagal tentukan halatuju pasaran... still juga akan tersungkur dengan market.
Baiklah kita mulakan dengan STEP berikut;
1. Tandakan Trendline
Mula2 lihat pada trend keseluruhan pada TF 4 H dan tandakan arah dengan menandakan trendline. Ianya sangat penting untuk mendapatkan gambaran awal kemana hala tuju pasaran.
2. Tandakan Support & Resistant (SNR)
Langkah ini penting untuk mendapatkan gambaran kemana harga boleh pergi dan apa yang boleh dijangkakan...mungkin akan ada pergerakan turun naik di kawasan harga tersebut.
benda yang selalu jadi persoalan bila nak tanda SnR... "nak tarik kat mana" sebenarnya tiada tempat spesifik nak tanda pun... semua bergantung pada keselesaan dan pengalaman individu.... jadi x yah kita nak judge dan berbalah cikgu in ajar salah , cikgu tu ajar betul... sbb selagi dia BOLEH WITHDRAW so betul la tu... jadi nya saya share kaedah daripada salah seorang cikgu sya dan apa yang saya amalkan:-
Menanda SnR ni kita kena tgk dari kiri ke kanan... ni yang dikatakan HISTORY REPEAT ITSELF
Selepas itu kita tandakan dan namakan garisan yang telah ditandakan seperti dibawah:-
TAHNIAHHHHH.... anda dah hampir berjaya lalui stage 1. Jadi selepas kita berjaya tandakan garisan macam mana pulak nak tau "betul ka apa aku tanda ni..." dia ada dua kaedah, kaedah visual dan fibo. Untuk permulaan kita guna kaedah visual ja dlu... fibo akan di terangkan dalam sesi lain. So cuba kita perhatikan lukisan kita, kita akan nampak banyak candle akan berlegar disekitar garisan yang kita lukis tadi. Oleh yang demikian makanya... inshaallah lukisan kita dah betul la tu.... boleh rujuk gambar dibawah:-
3. Kesimpulan
- Jangan sekadar melihat, salin la nota ya... mgkn kita tgk lukisan org...."eleh senang ja" tapi cuba buat, tgk boleh ka tak...
- sila praktik dan conteng2 la chart tu dulu... inshaallah boleh mahir... jangan la nk lompat ke fibo,CP,CL selagi korang x mahir menconteng.
PERFECT PRACTICE MAKE PERFECT
- Kita akan sentuh berkenaan fibo dalam pembelajaran akan datang.
-Semoga perkongsian ini memberi manafaat.
Berikut adalah lukisan penuh yang telah dihasilkan
Kelemahan di Dow Jones dan FKLIKedua-dua carta menunjukkan kelemahan:
1. Pentagon merah
2. Tidak berjaya melepasi rintangan
3. Akan mencuba sokongan
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.