Dow Jones masih menunjuk KelemahanIsyarat Kelemahan boleh diperhatikan:
1. Pengesahan Pentagon merah
2. Perubahan trend
3. Pengesahan 2 Up-Thrust (penjualan)
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
idea dagangan US30FU
DOW: paras sokongan 25500 adalah kritikal
Pada ketika ini DOW di lihat selesa sedang naik ke atas, jika melihat pada indeks DOW, jelas sekali ia sedang dalam gerakan menaik, dan ketika ini DOW berada di atas paras 20ma. di lihat pula dari petunjuk Ichimoku, Dow kini sedang di kira sebagai trend menaik, (uptrend) kerana berada di atas awan, dan garisan CHIKOU pula selesa berada di atas paras indeks semasa.
tetapi melihat pula kepada MACD, sudah terjadi silangan negatif sejak ia mula bersilang positif pada awal tahun 2019 tempohari. ini hanyalah petunjuk awal, dan tidak bermaksud yang dow akan terus jatuh keesokan harinya. namun begitu paras 25500 dilihat sebagai paras sokongan yang kritikal. andai paras ini di cerobohi ke bawah, mungkin ada kemungkinan dow akan memulakan pergerakan untuk jaruh. ini semua hanyalah satu kemungkinan.
djianampak djia dah masuk zon overbought.
candle hangingmanyang berada di paras ma200adalah sangat kritikal.
jika indeks hendak turun, boleh target ma50 atau zon merah seperti di dalam chart.
penurunan indeks djia akan memberi kesan kepada mood trader di malaysia juga.
jika usa dan china but hal lagi, indeks kita juga akan turun.
US Market - Kalau naik lagi tak tahu laDJIA sudah membuat kenaikan sebanyak 16% dari hujung Disember sehingga semalam. Ia merupakan satu permulaan yang baik bagi tahun 2019. Berbagai faktor yang support kenaikan ini termasuklah pengumuman berkenaan Interest Rate dan pengumuman Earning Report.
Namun bilakah rally ini akan berehat/berhenti ? Saya menjangkakan akan ada penurunan pada US market dalam masa terdekat. Dan adakah penurunan ini akan berterusan (continue downtrend) atau hanya sebentar sahaja (just a retracement)?
History tend to repeat itself
1)Melihat pada carta DJIA pada 2008, terdapat sedikit persamaan antara 2008 dan carta semasa :
Berdasarkan indikator seperti MA 200 dan RSI di carta di atas, US market berkemungkinan akan meneruskan kejatuhannya lagi.
2)MA 100 cross below MA 200. Kali terakhir MA 100 berada di bawah MA 200 adalah pada August 2015. Dan kini MA 100 berada semula di bawah MA 200
Adakah MA 100 akan kembali semula di atas MA 200? Jom kita monitor sama2.
Mengapa saya mengatakan akan ada penurunan dalam masa terdekat
US market telah rally untuk tempoh lebih dari sebulan dan belum ada ‘pullback’ setakat ini. Ini menunjukkan bahawa rally tersebut akan ‘exhausted’.
1)VIX Indeks - berada di ‘support area’ dan area ini dikategorikan sengagai significant area kerana kerap kali VIX indeks test the support/resistance area disini.
2)ZSI - sudah berada diparas ‘overbought’ dan telah reverse dari paras overbought berdasarkan market performance semalam. Boleh lihat di link ini :
scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net
Jadi marilah kita sama2 menyaksikan apa akan berlaku pada US market bermula malam ini. Naik ke turun ke, yang penting kita tak loss.
Dow Masih Trending UP
Pada hari semalam, Dow ditutup dengan penurunan sebanyak 21 mata ke 25,390. Namun, ia masih dilihat sebagai positif kerana, MACD masih lagi berada di atas Signal. Kemungkinan berlaku pullback kerana correction adalah sesuatu yang harus di jangka, kemungkinan sokongan terdekat adalah di paras 24,800 / 24,000 dan paras halangan semasa berada di paras 25,400 / 25,500.
Dow Jones : Menuju rintangan pada trendline1. Merujuk pada post terdahulu (sila rujuk pautan di bawah). Dow Jones telah memecahkan rintangan yg terhampir dan mula naik lebih tinggi.
2. Sasaran seterusnya adalah rintangan pada garisan trend di atas.
3. Untuk analisis jangka masa pendek, saya menjangkakan bahawa Dow Jones akan menyentuhkan garisan trend dan melakukan retracement pada paras sokongan 23600 mata kerana indikator RSI telah pun menunjukkan situasi terlebih belian/overbought.
4. Jika paras sokongan berjaya dikekalkan, saya menjangkakan rintangan pada garisan trend di atas berjaya dipecahkan.
5. Untuk analisis jangka masa panjang, saya menjangkakan Dow Jones akan mengalami fasa downtrend kerana telah melengkapkan beberapa corak carta yg bersifat bearish (rujuk pautan di bawah).
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
DJI : Halangan 24,500 di uji
Melihat pada DJI secara teknikal, paras DJI menguji halangan apabila meningkat ke paras 24,370 dengan ketinggian harian 24,474 dan sedikit di bawah paras psikologi 25,000
melihat pada garisan MACD yang masih positif, ada kemungkinan DJI akan meneruskan kenaikan, walaupun ada tanda-tanda bearish divergence kelihatan pada MACD histogram.
Tidak mustahil bahawa DJI akan meneruskan kenaikan nya dalam masa terdekat ini, tetapi kenaikan ini di jangka kan terhad jingga ke paras 25,000 sahaja dan di paras itu, berkemungkinan akan ada aktiviti penjualan yang mungkin akan menghentikan kenaikan DJI.
di waktu ini, kelihatan garisan chikou (lagging line) sedang cuba melepaskan diri dari halangan harga semasa.
Carta Mingguan DJIA - pergerakan mulai lemahSetelah 2 minggu kenaikan / technical rebound dari paras 21,750, DJIA mulai menunjukkan kelemahan. pergerakan indeks ini seterusnya dijangka akan kembali mengundur didalam zone S1 ini.
Corak carta / chart pattern masih boleh diguna pakai - double top pattern - bacaan terkini - pergerakan indeks telah memecah dan confirm signal break neckline (s1), kini ia hanya retest S1 sebelum meneruskan penurunan. Jika S1 berjaya di tembusi kembali, maka indeks kembali bullish .
DJI, D1 - Pecah dan pulih, atau, pantul dan crash!DJI berada pada paras penentuan
samada,
1) pecah dan pulih
Garis trend BIRU adalah garis yang penting, jika, pecah rintangan tersebut
maka, peluang untuk rally semula adalah tinggi
dan pulih dari risk-off sentiment
maka, pergerakan seperti arah HIJAU
2) pantul dan crash
jika pantul pada trend BIRU, maka, peluang untuk crash adalah sangat tinggi (dan, lebih tinggi jika membuat LL yang baru selepas itu)
maka, perhatikan garisan ini dengan teliti
Sentimen:
Fed telah membuat kenyataan yang bagus untuk pasaran US pada jumaat lepas
Fed akan mengambil kira keadaan ekonomi dan pasaran, dan, akan mempertimbankan interest rate semula (dan, terbuka untuk mengubahnya semula)
Selamat berdagang!
Dow Jones : Lantunan sementara1. Jika dilihat pada carta bulanan, Dow Jones telah mencipta corak 'double top' dan 'bearish engulfing'.
2. Pada carta harian, Dow Jones dilihat melakukan lantunan di atas paras sokongan dan garisan trend.
3. Jika Dow Jones berjaya naik melepasi paras rintangan, Dow Jones dijangka akan menuju garisan trend sebelum melakukan 'retracement'.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
DJI, W1 - Kekal atau Sementara? Rebound atau Teknikal?DJI telah kembali bangkit untuk 2 hari berturut-turut
Hari pertama dengan rekod lebih 1000+ mata dalam satu hari (membuat rekod tersendiri dalam satu hari)
Hari kedua diikuti dengan panic pada awal pembukaan, tetapi berjaya menutup hijau dengan cemerlang juga
Persoalan:
Adakah ini bersifat sementara atau kekal?
Yakni, adakah perubahan ini menunjukkan pertukaran trend atau hanya sekadar teknikal rebound?
Kedua-dua masih ada kemungkinan, perlu melihat dan perhatikan dengan lebih lanjut lagi
Jika berjaya memecahkan 23,500 dan kekal diatas harga itu, maka, berjaya mengekalkan momentum yang sangat cantik
tetapi, jika pantul pada aras itu,
perlu berhati-hati dengan double top, kemudia retracement sebelum meneruskan perjalanan
Walaubagaimanapun,
aras berhati-hati adalah supaya tidak menghasilkan LL yang baru pada tf D1
Selamat berjaya
DJI, D1 - Masih adakah Window Dressing 2019?DJI telah mengalami kejatuhan demi kejatuhan
setelah memecahkan channel trend, bocor tanpa batasan telah terhasil
Terjunam yang sangat cantik menemui dasar pertama iaitu fibo 161% sekitar 22,400
Adakah akan terdakat window dressing 2019? atau, santa rally?
sama-sama kita nantikan