zurytrader

US Market - Kalau naik lagi tak tahu la

DJ:DJI   Indeks Dow Jones Industrial Average
DJIA sudah membuat kenaikan sebanyak 16% dari hujung Disember sehingga semalam. Ia merupakan satu permulaan yang baik bagi tahun 2019. Berbagai faktor yang support kenaikan ini termasuklah pengumuman berkenaan Interest Rate dan pengumuman Earning Report.

Namun bilakah rally ini akan berehat/berhenti ? Saya menjangkakan akan ada penurunan pada US market dalam masa terdekat. Dan adakah penurunan ini akan berterusan (continue downtrend) atau hanya sebentar sahaja (just a retracement)?

History tend to repeat itself

1)Melihat pada carta DJIA pada 2008, terdapat sedikit persamaan antara 2008 dan carta semasa :


Berdasarkan indikator seperti MA 200 dan RSI di carta di atas, US market berkemungkinan akan meneruskan kejatuhannya lagi.

2)MA 100 cross below MA 200. Kali terakhir MA 100 berada di bawah MA 200 adalah pada August 2015. Dan kini MA 100 berada semula di bawah MA 200
Adakah MA 100 akan kembali semula di atas MA 200? Jom kita monitor sama2.

Mengapa saya mengatakan akan ada penurunan dalam masa terdekat

US market telah rally untuk tempoh lebih dari sebulan dan belum ada ‘pullback’ setakat ini. Ini menunjukkan bahawa rally tersebut akan ‘exhausted’.

1)VIX Indeks - berada di ‘support area’ dan area ini dikategorikan sengagai significant area kerana kerap kali VIX indeks test the support/resistance area disini.


2)ZSI - sudah berada diparas ‘overbought’ dan telah reverse dari paras overbought berdasarkan market performance semalam. Boleh lihat di link ini :
scontent.fkul13...052914688_o.jpg?_nc_cat=10...

Jadi marilah kita sama2 menyaksikan apa akan berlaku pada US market bermula malam ini. Naik ke turun ke, yang penting kita tak loss.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.