


FauziSaham
Velesto-wa kini berada dalam consolidation zone 0.140 - 0.165 di mana ianya ada kemungkinan untuk ding dong dalam kawasan ini. Semalam ia menunjukkan anomaly di mana candle merah kecil tetapi volume tinggi. Ini menunjukkan tingginya selling pressure dan mencadangkan ianya mungkin akan buat penurunan terlebih dahulu. Namun selagi mana ia bertahan atas dari 0.140,...
Velesto masih berpotensi besar untuk naik selagi mana ia berada atas 0.360. Paras 0.385 pula ialah paras penting untuk tentukan samaada ia akan terus menuju ke rintangan kuat berikutnya 0.465 - 0.480 atau dia akan turun dulu ke 0.360 untuk tutup gap sebelum melantun.
CCK-WA telah melepaskan diri dari downtrendline dan kini 'BARU MULA' mendaki. Tetapi ke manakah ia mampu pergi? Berikut adalah harga sasaran atau RnR dia: 0.130 0.170 0.230 0.275 (Di sini ada kemungkinan untuk dia buat retracement besar) Dan kemuncaknya di 0.310 - 0.330 di mana ianya dijangka akan mula berehat sebulan dua (Sideways), yang mana kemudiannya...
CCK telah breakout corak Triangle dan juga EMA 200. Sekiranya ia mampu bertahan atas sokongan 0.560 ianya berpotensi besar untuk meneruskan perjalanan dalam masa terdekat ke rintangan berikutnya 0.665 - 0.690.
Mudajaya memberikan isyarat minat pembeli mula masuk. Kemudiannya membentuk reversal candle hammer dan selepas itu membentuk sokongan di 0.185. Selain itu ia juga membentuk minor trendline. Melalui pergerakannya ia berpotensi untuk membuat kenaikan ke 0.235 atau 0.270.
Carta mingguan Index Technology menunjukkan index berjaya melepasi dua rintangan iaitu awan Ichimoku dan juga trendline. Ini memberi isyarat sektor Teknologi berkemungkinan besar meneruskan kenaikan sepanjang bulan Oktober.
Indeks Teknologi di carta mingguan menunjukkan isyarat bullish oleh stochastic yang melantun di atas paras 50. Namun kini terhalang oleh rintangan awan Ichimoku. Sekiranya indeks teknologi berjaya melepasi rintangan awan pada penghujung minggu ini maka cuaca lebih cerah untuk sektor Teknologi terus bullish. Namun sekiranya indeks teknologi gagal melepasi awan,...
Dufu semalam telah memecahkan 52 weeks high. Dan masih meneruskan kenaikan pagi ini. Kebarangkalian besar untuk terus rally. Dalam situasi ini, kita boleh terus entry sekiranya risiko ~6% adalah satu paras yang kita sanggup terima.. Jika tidak sanggup, maka kita boleh tunggu dia retrace terlebih dahulu.
KNM telah breakout Symetrical Triangle dan sedang cuba melepasi paras rintangan penting 0.400. Jika dia berjaya melepasi rintangan 0.400, kebarangkalian untuk dia teruskan kenaikan adalah tinggi. Namun jika gagal melepasinya, wujud kebarangkalian untuk consolidate ataupun berlaku false breakout.
Carimin kelihatan sedang mencuba untuk lepasi rintangan kuat 52 weeks high. Berjaya atau tidak?
Uzma telah melepasi downtrendline namun belum menunjukkan isyarat jualan yang jelas lagi. Jadi kita boleh gunakan paras fibonacci retracement untuk bantu keputusan kita. 0.390 adalah paras fibonacci 38.2. Jadi selagi mana harga tutup atas dari paras ni, ia masih berpotensi besar untuk meneruskan pendakian.
Tadmax telah melepasi rintangan 0.295 semalam beserta volume yang baik dan berhenti di rintangan 0.310. Hari ini ia meneruskan kenaikan namun berlaku penolakan dengan volume yang besar. Ini menunjukkan besar kemungkinan dia akan retrace dahulu. Jadi di manakah paras sokongan penting? Ada dua iaitu 0.310 ataupun 0.295. Selagi dia berada atas paras ini, ia masih...
Semalam Dsonic berjaya breakout Descending Triangle dengan cemerlang. Hari ia di persimpangan samaada untuk menguji sokongan terdekat dahulu (0.900), atau meneruskan perjalanan dengan melakukan breakout paras rintangan 0.950.
Elsoft sebelum ini membuat hammer/pinbar dan seterusnya bertahan atas sokongan kuat 0.840 (consolidating). Semalam dia telah memberi isyarat untuk keluar dari consolidation dengan menutup pada harga 0.850. Hari ini dia memberikan continuation signal dengan melakukan gap up serta melepasi rintangan terdekat 0.875.
ARBB salah satu kaunter yang mencatatkan QR yang positif hari ini membuat rebound setelah lama 'membuang'. Dia membuat doji di Fibo 61.8, dan lower Parallel Schiff Pitchfork semalam sebelum rebound hari ini. Setakat ini dia telah melepasi paras rintangan terdekat iaitu 0.330 beserta volume. Mari kita lihat adakah hari ini permulaan untuk dia rally atau sekadar...
Carimin masih mencuba untuk memecahkan rintangan. Dia telah memantul di awan dan Kijun. Namun selagi tidak berjaya memecahkan rintangan kuat 1.01, ia masih lagi terdedah kepada kejatuhan (Sideways ataupun downtrend)
RGtech telah keluar dari awan ichimoku dan kini sedang bertahan di atas Kijun. Volume pula dengan kenaikan melengkung. Ini merupakan setup yang baik untuk kenaikan sekiranya harga mampu bertahan atas Kijun. 0.265 merupakan rintangan.
Gadang sedang di persimpangan samaada menembusi Fibo 50 dan seterusnya menembusi mini channel untuk membuat kenaikan atau untuk turun ke Fibo 72 di median line pitchfork sebelum mula membuat kenaikan deras.